Pages

Monday, August 26, 2013

Semut yang beriman

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut, "Berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam setahun?"

Semut menjawab, "Hanya perlu makan sebanyak sebutir gandum."

Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.

Nabi Sulaiman bertanya, "Mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan kamu pernah berkata perlukan makanan sebesar sebutir buah gandum?"

Sang semut menjelaskan, "Jika di luar botol rezekiku dijamin sepenuhnya oleh Allah SWT dan aku yakin Allah SWT pasti akan mencukupkan rezekiku. Sebab itu, aku tidak perlu risau.

Tetapi apabila dikurung oleh kamu, aku ambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau kamu terlupa lalu mengurungku terlebih daripada tempoh setahun? Apa akan terjadi kepadaku?"


p/s Maha Suci Allah telah menciptakan semut yang kecil tetapi setiap hari memuji kebesaran Allah.mereka akan bersalaman setiap kali berjumpa sebagai tanda mereka tidak suka bertengkar dan bergaduh sesama sendiri.


7 comments:

  1. Lumrah manusia. Sebab tu ada sorga dan naraka...

    ReplyDelete
  2. Empayar Utama -ye betul,tapi manusia di beri akal

    ReplyDelete
  3. itulah yg sepatutnya...bertawakkal n yakin pd Allah

    ReplyDelete
  4. klu semut kat umah...jawabnya mati kena bunuh..hehehe...manusia yg diberi akal pun masih x mampu berfikir spt semut..

    ReplyDelete
  5. Semut dpt seketul pasta tu di kongsi dgn semua sahabat-handai-anak-cucu Nor...

    ReplyDelete
  6. ambil iktibar dalam cerita ini kan !

    ReplyDelete
  7. Teribgat masa pergi ESQ dulu....salam semut dah menjadi kemestian dlm kursus ni

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)