Pages

Thursday, February 16, 2012

Kematian.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.segala puji bagi Allah.

Hari-hari ada saja kematian,entah berapa ramai dalam satu hari manusia pergi meninggalkan dunia yang bersifat sementara ini,dan menuju ketempat yang kekal abadi.
Masing-masing berbeza menghadapi kematian,itu adalah cara kematian hakikat sebenar ajalnya sudah sampai.

Kita yang hidup ini perlu membiasakan diri dengan mengingati kematian.

1.Mengosongkan hati daripada segala yang berkaitan dengan dunia dan mengantikannya dengan berfikir tentang akhirat.

2.Tidak gembira dengan dunia atau nikmat yang diperoleh dan tidak bersedih dengan masaalah atau musibah yang di hadapi.

Firman Allah:
"(Kamu di beritahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira(sombong dan bangga) dengan apa yang di berikan kepada kamu." {Surah al-Hadid,ayat 23}.

3.Mengingati orang lain yang sudah meninggal dunia,dan orang yang lebih kuat,lebih berilmu,lebih mulia dan lebih kaya daripadanya,yang akhirnya terbaring (juga) di bawah tanah.

4.Renungkan bagaimana mereka yang terdahulu yang pernah berjaya ketika hidupnya.Mereka mati dan bercerai berai menjadai tanah di dalam kuburnya.Semua yang pernah dimiliki tidak lagi membawa apa-apa makna.

5.Renungkan keadaan orang yang kaya harta benda ketika mereka mati.Mereka tidak membawa harta benda yang mereka miliki,selain pahala amal jariahnya.

'Ertinya:"Jika manusia meninggal dunia,amalnya terputus kecuali tiga perkara;sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."[Riwayat at-Tirmizi}

Nota;Tak tahu bila ajal  datang menjemput.
Ampunkan dosa-dosaku terhadap suamiku,dosa-dosaku terhadap kedua ibubapaku, yang telah pergi meninggalkan aku,dosa-dosaku terhadap zuriat-zuriatku,ampunkan dosa-dosa yang aku sembunyikan dan dosa yang aku nampakkan,dosaku yang dahulu dan dosaku yang sekarang ini..Aminn.

Wassalam.

10 comments:

  1. sy terfikir bagaimana la kalu kita tau tarikh kite mati kn...mesti manusia semua jd baik je

    ReplyDelete
  2. Bila baca perenggan akhir itu bagai menusuk hati kakak sama...

    p/s: Rumah baru ada mata mencerlang takut kakak...

    ReplyDelete
  3. Saya sering kali cuba lari dari memikirkan pasal 'mati'. Rasanya saya belum sedia dan tidak ingin meninggalkan anak-anak yang masih perlukan saya. Namun kerana mereka saya kena memikirkan juga untuk bersedia dan bekalan di sana.

    ReplyDelete
  4. mcm mne kite lepas mati nnti

    slalu tpkir sal tu

    ReplyDelete
  5. bila mengingati Mati, hati kita sentiasa akan dekat kepada Nya...

    ReplyDelete
  6. Mengingati Mati satu amaln yg baik kerana dengannya mengelakkan kita daripada sikap sombong dan takkabur.
    Kita semua akan kembali kepadaNya ..
    Dan segala yg kita miliki di dunia ini cuma sementara saja.

    ReplyDelete
  7. Siti Asiah -ye mmg menginsafkan..


    KhaiRin : anies-agknya la tu..


    Kakzakie -sama le dgn saya..dah tau,mencerlang tu apa.tq


    Adie Achim-bukan anda saja yg rasa mcm tu..agaknya semua orang pun sama..kita ni kan lemah.

    sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.Yang baik itu semua dtg dr Allah s.w.t

    ReplyDelete
  8. insyaAllah...terima kasih akak =)

    ReplyDelete
  9. Iffah Afeefah -tulah takut sentiasa..

    Gen2Merah-ye betul.


    Munnafendy-tq..welcome
    ..:)

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)