Pages

Thursday, February 5, 2015

CARA MUDAH MEMBUAT COKLAT BERKEJU

Bismillah
Assalamualaikum
Jumaat yang barakah everyone !
Hari ni nak kongsi resepi mudah homemade chocolate berkeju....YANG RAJIN BOLEH BERNIAGA JUGA...untuk tambah pendapatan.
biasakan membuat kebaikan walau sekecil mana sekalipun asalkan ikhlas....mana tahu, perkara kecil itulah yang Allah pandang berbanding perkara besar yang lain....

Bahan-bahan:
kepingan coklat berkualiti tinggi...khas untuk buat coklat
3 sudu besar cream hazel
kekacang
kekacang(dipanggang didalam oven)

Hiasan:
chocolate powder
white chocolate

bahan keju
cheese cream
susu cair
whipping cream
putar hingga kental
masukkan dalam pipping bag

caranya;

panaskan coklat secara double boiling,biarkan cair  dan masukkan cream hazel...di kacau sehingga suhu bilik...
tuang separuh kedalam acuan dan masukkan keju dan kekacang.
langkah seterusnya tuang permukaan dengan coklat dan ratakan.. simpan di dalam peti ais selama lima belas minit dan bolehlah di keluarkan..

Nasi tertumpah, makanan hampir basi, air kurang gula, ayam dah keras....
atau apa sahaja yang telah dimakan....
maka, itulah saja REZEKI kamu untuk hari berkenaan...
yang dalam mulut pun boleh keluar balik kalau bukan REZEKI....
fahami konsep REZEKI, mudah-mudahan kita lebih bersyukur...


 coklat yang berinti krim keju dan kekacang
kejayaan sebenar setiap mukmin ialah ketenangan hati... berapa ramai yang kaya tetapi resah gelisah bimbang dirompak, diserang rasa tidak cukup lagi dan takut muflis... yang miskin pula resah memikirkan bila nak kaya dan sedih tak dapat memiliki pelbagai benda... hanya yang syukur,sabar dan redha dapat hidup bahagia tanpa desakan dan tekanan.....


Antara komen sahabat yang menyentuh hati HAZELNUT CREAM/PASTE terjadilah n3 ini...

Miss Mirror a.k.a Sam
Ooo... Alkisahnya.
Moga bertambah2 pahala hingga ke liang lahad atas perkongsian ni K.Nor.
Thanks.



Pastikan kita menjadikan hari-hari yang kita lalui hari yang terbaik untuk kita dengan sentiasa kita berusaha sehabis baik, sentiasa berfikiran positif, menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada Allah setelah kita berusaha.
Selawat, al-Kahfi dan dhuha. Jangan lupa...

Penat kerana kerja keras mencari rezeki? sabar.... kepenatan itu berbalas dengan tergugurnya dosa-dosa kecil.... Allah Maha Kaya.

p/s  Kita memberi dahulu, kemudian menerima. mana mungkin kita menerima tanpa memberi...

17 comments:

  1. sedapnya nampak coklat tu KM..acik ni patutnya dah kena kurangkan manis2 dah usia emas..tapi dengan coklat ni tak mampu nak kurangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah coklat nor ni kurang manis...sbb mmg knor dn family amalkan ambil sikit gula...coklat knor ni tak ada sesudu pun tambah gula..hanya gula dr coklat bar..so bila tambah itu ini..dan serbuk coklat mmg tak manis sgt pun..

      Delete
  2. sedapnya knor...nk cuba resepi knor ni...

    ReplyDelete
  3. salams kak nur,

    tq berkongsi ilmu resepi....hanya llah swt yg dapat membalasnya.....:)
    sedappppp kak :)

    ReplyDelete
  4. Tq share resepi. Mkn coklat boleh rasa tenang juga..

    ReplyDelete
  5. Kakak baru tengok dah rasa sedapnyaaaa
    Ini kalau dapat betul-betul masuk mulut aduhai Nor:)
    Berkat rajin dapatlah nikmatnya.

    ReplyDelete
  6. KM jual ke coklat2 tu.. nampak sangat sedapnya :D

    ReplyDelete
  7. minta 2 ketul kak noor...ada masa nak try jugalah..kak nak tanya sikit..sukatan susu cair dan whiping cream

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu cair dlm 2sdb
      whipping cream stgh cawan
      krim hazel 1sdb
      cheese cream 75gm
      nk guna sikit jer.. so terpulang pd berat coklat bar tu.. knor bt anggaran.. 800gm..atau 1kg

      Delete
  8. tu dia makin lama makin sedap2 kek nih... meruntun perasaan... takleh makan banyak ni... bahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Jib..taku gumuk ke hihih...lelaki gumuk x pe masih seksi kalau perempuan gumuk nampak seksa hihihih

      tapi gemuk ke kurus ke janji sihat..ye dop

      Delete
  9. Salam hujung minggu...

    sedapnyer KM, bunda n anak2 memang suka coklat2 ni...

    ReplyDelete
  10. Resepi-resepi Kak Nor dan hasil2 kreativiti kak Nor,sudah smakin umphhh,umpama gambar2 dlm majalah.Tahniah,semoga terus maju, dah boleh buka kelas masakan ni

    ReplyDelete
  11. thanks share sis..nampak sedap!lagi jimat dari beli kan...

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)