Pages

Wednesday, August 27, 2014

"Asyik buat orang punya je"...


Assalamualaikum
selamat petang sahabat...
Cinta itu perhatian. Seperti marahnya Ibu hanya semata untuk kebaikan anak-anaknya...ayuh ke dapur..
  
"Bicara masakan, tak lain, Ibu selalu juara..."


cerita hari ini...dari lepas subuh aku masak dan masak hingga hingga jam dua belas tengahari..
atas permintaan en suami nak makan crunchy caramel almond,katanya selama ini asyik buat orang punya aje..ambil sikit aku ketuk jari suami,begitu juga dengan jari anak-anak...yang rentung aje aku bagi..heheh
so hari ni dengan rajinnya aku bikin...khas untuk suami..sambil kunyah,sambil nonton..senangnya dalam hati...
dapatlah empat balang buat kudapan keluarga...jam 10:00 pagi siap..sementara oven masih panas,aku siap barang-barang nak buat kek coklat atas permintaan adibah,katanya sebelum nak masuk ke IPTA teringin nak makan kek coklat mama,'asyik buat orang punya je"..

sementara kek dalam oven aku mula menanak nasi,lauk dan salad....nasi briyani,telur rebus,salad timun dan ayam hitam kashmir..

resepi nasi briyani:

bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2biji bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk

caranya: tumis semua bahan kecuali beras...
letak garam dan gula,masukkan air atau susu cair..akhir sekali masukan beras..biarkan ianya masak..ku guna rice cooker...


1.ekor ayam di goreng separa masak
1 paket rempah masak hitam kashmir
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar cili kisar
6 ~ 7 sudu besar kicap manis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 keping asam gelugur
minyak untuk menumis
garam dan gula

Caranya:
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah dlm paket rempah masak hitam kashmir, rempah  dan cili kisar(buat sendiri). Biarkan hingga naik minyak.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan air secukupnya Biarkan hingga ayam empuk.
3. Masukkan asam keping, garam, perasa dan kicap. Biar secukup rasa.
4. Biarkan agak kering sebelum boleh dihidang dengan nasi berianiatau nasi putih..pun boleh..

aku berkorban buat kalian..Tuhan, terima kasih atas nikmat hari ini. Bimbinglah kami menuju jalan kebaikan dan menjauhkan sifat sombong agar kami tetap rendah hati.

Aamiin

7 comments:

  1. ah sedapnya..rs cam tangni jugak nak masuk dapur try resepi knor...tp dah kul 8.30mlm..baru jer abes dinner...esok ker kalo ghajin..

    ReplyDelete
  2. Mmg betul namanya ibu kalau ligat jiddan kat dapur....cuba suh kaum bapa kalau tak fengsan awal awal lagi .......kan Knor
    Untung tau dapat isteri dan ibu yg terer ni .....mcm kat syurga....teringin jer terus dapat

    ReplyDelete
  3. Kat rumah ni pun sama la kak...klau sy buatkan utk org..anak2 pun bising...asik utk org je katanya....hehe..kesian juga kadang tu...ada la lbih2 skit sy asingkan utk mereka...sekadar nak tutup mulut je...tak la smpi sebalang gitu...

    ReplyDelete
  4. kesian cik hubby..kena ketuk jari..hehehehe

    ReplyDelete
  5. Ha... baru betul sibuk buat utk org aje sesekali bergelumang setengah hari di dapur utk keluarga pulak.

    Hasilnya! mestilah tip-top:)

    ReplyDelete
  6. kak, kalu beriyani kambing ajk sy tauuuu

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)