Pages

Sunday, May 4, 2014

MANUSIA MENEGUR MANUSIA



Bila ada hamba Allah menegur atau memberi pandangan dalam sesuatu post yang berunsurkan hukum fiqh atau aqidah, ada segelintir hamba-hamba Allah yang lain terasa dirinya tergolong orang yang patut diberi teguran mereply dengan ayat popular, "jangan sibukkan hal orang, diri sendiri belum tentu sempurna"atau post ayat-ayat indah seperti ini setelah ditegur tujuan untuk menyindir balik...walhu'alm.


Tak perlu ilmu banyak di dada, tak perlu iman setinggi langit atau tak perlu mendapatkan sijil ustaz atau ustazah atau imam baru boleh diterima tegurannya. kita yang membaca ini mestilah mengambil iktibar... kita baca apa yang disampaikan... walaupun kata-kata nasihat atau ilmu itu keluar dari mulut seorang yang tegar melakukan kemaksiatan. 

Seperti mana kata Saidina Ali Radiallahu 'Anhu, "Janganlah kamu
melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan." Saidina Umar Al Khattab Radiallahu 'Anhu, seorang yang tegas, gagah dan perkasa pun juga menerima teguran.Pernah satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak. Dan beliau menerima teguran tersebut.Maka orang yang melihat keadaan
tersebut terasa pelik dan janggal.Jadi mereka bertanya, "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?" jawap Saidina Umar "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar."
 

Jadi masih tidak layakkah orang lain menegur kita?
 

Habib Ali Zainal Abidin juga pernah berkata, "Jika mahu lihat bagaimana keadaan iman seseorang, lihatlah bagaimana keadaan dia apabila menerima teguran."


p/s kadang teguran Allah di sampaikan melalui manusia...ilham untuk menegur datang dari Allah jua.

13 comments:

  1. Bagusnya entri ni Knor....
    Teringat kisah semalam masa minum air cinau buat sendiri....hubby kata berbau hanyir, mungkin cawan ke atau ais yg kat frisge tu...Mati mati OKje kata tak bau...bukan tak mau terima teguran tapi tekak kita ok jer hehe....macamana tu?

    ReplyDelete
  2. bukan senang nak menegur kan Nor dan bukan senang juga untuk menerima teguran, hanya orang yang jiwanya kuat dan takutkan Allah sahaja dapat melakukan dan menerima dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  3. sebenarnya sikap manusia susah nak terima teguran..

    kata diri sendiri knor.

    :)

    ReplyDelete
  4. si penerima juga harus berlapang dada bila ditegur

    ReplyDelete
  5. betul tu...harus menerima pendapat orang lain dan fikirkan baik-baik. Kalau tidak boleh ikut jangan melenting dan menyalahkan orang pula..Tetapi yang menegur pun biarlah kena dengan bahasanya

    ReplyDelete
  6. AYAT YG RINSKAS DALAM MAKSUDNYA.. MOGA KITA MENJAGA ADAB DALAM PERGAULAN SESAMA INSAN

    ReplyDelete
  7. tegur dgn ikhlas dgn niat memperbaiki utk jad lebih baikkan.. wah header baru lagi yer

    ReplyDelete
  8. Kalau berselisih bahu kat tgh jalan, jgn lupa "tegur" saya tau KNor... kekeke.

    ReplyDelete
  9. info yg sgt bagus.. kena muhasabah diri ni..sebab kekadang bila org yg saya tak suka.. bila dia bg nasihat yg baik..cam degil sgt je xleh nak terima..huhuhu..masih ada rasa ego..

    ReplyDelete
  10. bukan senang nak menegur secara hikmah supaya yg ditegur tidak terasa, dan bukan senang juga utk menerima teguran jika dalam hati ada penyakit..

    ReplyDelete
  11. Manusia memang perlu saling lengkap-melengkapi kerana manusia sifatnya tak sempurna.. jadi andai rasa terguris atas teguran kena segera pujuk hati...

    ReplyDelete
  12. saya pon tak berani nak tegur orang. takut di kata gitu la, diri sendiri pon tak betul huhu

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)