Pages

Sunday, March 16, 2014

Islamisasi di usia muda


Alhamdulillah ... Bumi menangis manja pagi ini... Dalam redup waktu dhuha serba indah..
Sambil melayan Muhammad bersarapan aku buka cerita ini....sebab mulut dia tak henti-henti bertanya...

Terjerit-jerit kat kedai buku semalam yang dia nak buku ni....

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.
Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya. “Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut. “Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan. “Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya. “Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu. Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali. “Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan. “Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk. “Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut. “Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan. “Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali. “Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut. “Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu. Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya. “Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…” “Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya. “Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama. (Muttafaq ‘Alaihi, no. 8 dalam al-Fath)

17 comments:

  1. sekarang ramai orang menafikan kewudanNya..ada sy terbace status di FB, Tuhan turunkan hujan lepas kite kembali padaNya,,ada jugak yang kaitkn kehilangan MH370 tu..sbb lepas je hilang, ramai yang berdoa dan kembali padaNya..wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Kusyuk saya baca kak. Perkongsian yg sangat bagus. Menarik lah buku tu kak. Nak cari utk anak juga lah ☺

    ReplyDelete
  3. Setuju..fiza.. saya pun sama. Nak dapatkan jg buku yg penuh info ni. Budak2 sekarang ni memang cepat pandai. Kena gunakan pendekatan yg baik utl sampaikan ilmu kepada diorang.

    ReplyDelete
  4. mmg nak ajak akk dtg..tp umh x siap lagi..hihi..nnt la..x bt makan2 lagi pun..hehe

    ReplyDelete
  5. Fiza Rahman dan Aisy Nasiha -sebnar fiza,aisy buku ni tiada kena mengena dgn cerita di atas..knor suka cerita pd anak2 mengenal Allah dn Rasul dgn bercerita...supaya diorg rasa seronok dn tak boring..

    isi kandung buku ni lebih kpd mengenal rukun Islam.. sambil dgr cerita, dn praktikkan..praktik melalui pembacaan buku ni..baca dan amalkan..baca faham isinya...

    ReplyDelete
  6. bagus buku nie....mesti beli lepas nie....tq...Kak Nor....

    ReplyDelete
  7. Perbandingan mudah yg sangat cantik Nor..

    ReplyDelete
  8. bagus buku ni...nanti nak tengok kat popular...
    salam ziarah dari bunda...

    ReplyDelete
  9. Menarik..kalaulah dpt peluang tuk membacanya jugak...

    ReplyDelete
  10. menarik nyer... tq berkongsi sama yer !

    ReplyDelete
  11. banyak membaca luas pengetahuan..banyak ilmu yg kita dapat jika rajin membaca...

    ReplyDelete
  12. cerita yang sangat bagus dan jawapan yg sangat jitu....

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..hujan turun membasahi bumi dengan belas kasih sayang Allah SWT.
    Ummi pun pernah baca kisah ni nor, memang terkesan dihati.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, perkongsian yang sangat bermakna. Thanks.

    ReplyDelete
  15. belum penah sy jumpa lagi buku ni..
    bgs pengisiannya

    ReplyDelete
  16. Ada terbaca diman tah, tak ingat, tp ya, kisah yang baik

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)