Pages

Wednesday, March 5, 2014

Aduss!! bersangka burukkah aku ni..


Assalamualaikum.. Barakah Thursday...

Hari ni aku ke pasar,dah seminggu tak berasap dapur...ada rasa macam rugi aje asyik makan luar atau bungkus,tak sedap mana pun...masuk restoran mahal pun sebab ikut nafsu..ingat kata suami: "pilihan atas kita".memang sekali ajelah aku jejakkan kaki ketempat-tempat itu..hampa, nama bukan main gah lagi..ingat kata suami lagi:"makan macam masakkan dalam tin aje".sedih...masuk restoran yang towkehnya seorang artis komedi,pun hampa..jenguk-jenguk kat dapur yang hampir nampak,banyak barang yang meragukan..barang-barang dalam tin yang kita tak pernah beli..tengok pulak minyak masak dalam plastik...yang kita tak pernah guna pun...aduss.

singgah pulak gerai-gerai tepi jalan,tengok hotdog,dalam hati kata, jenama apalah mak cik ni guna..comfirm guna minyak dalam plastik ni..mula bersangka buruk...belum lagi fikir makanan kat kantin sekolah...hotdog,daging burger,roti yang di gunakan...aduss..bersangka buruk lagi...takkan lah makcik tu nak beli jenama yang top kat kedai-kedai tu yang ada tanda halal jakim,di tambah beli yang kuantitinya banyak...
kalau nak di kira tanda halal,semua pun ada tanda halal,takut-takut ramai manusia yang jenis tangkap muat...aduss..

Teringat kejadian kematian selepas makan lauk kenduri dan pasar malam....


 elak dari membeli di kantin sekolah..bekalan muhammad,iman dah pandai memilih makanan apa yang di suruh mamanya...

aku puas bila masak sendiri,makan sendiri..aku bukanlah cerewet,tapi semacam ada sesuatu bila aku makan luar,hati selalu nak berkata-kata.munkin aku bukan kaki makan luar kut...yang aku dan suami boleh terima makan luar ialah teh tarik,roti canai dan capati...yang lain-lain aku rasa aku masak lagi sedap..(puji diri sendiri)...kalau asyik mengomel aje..agak-agak sahabat, aku makan luar lagi tak?...pilihan atas kita..."ke, tak bersyukur,ke, itulah rezeki kita...ke,ianya ujian untuk kita"......tolong jawab ye...?



18 comments:

  1. Makan luar belum tentu lg sedapnya..masak sendiri kalau tak sedap pun pahalanya dah tentu..:)

    ReplyDelete
  2. xpe la kak berpenat bgn pagi nak sediakn makanan..berbaloi... :)

    ReplyDelete
  3. Masak sendiri lagi puas hati. Lagi terjamin kebesihannya. Scary plak bila baca kes budak 5 tahun meninggal lpas belil makanan kat pasar malam.

    Skang ni saya rajin buat bekal utk anak ke sekolah. Tapi klo tak sempat terpaksa lah mkn makanan kantin.

    ReplyDelete
  4. klu dah was - was tu , lbh baik jgn . nanti dah jadi lain lak hukumnya . masak sendiri lbh baik . selain dpt pastikan kehalalannya juga dapat gunakan yg fresh dan berkualiti serta dpt krgkan koesterol .

    ReplyDelete
  5. Kalau kita ada rasa was-was memang sebaiknya jgn makan. Kalau macam kakak ni memang janji cuti aje makan luar. Tapi kalau hari kerja/sekolah memang tak dapatlah sebab tak cukup masa.

    So terpulanglah makan luar ke masak sendiri Nor semua atas budi bicara dan rasa yg ada dlm diri kita.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, setakat ni kami sekeluarga jarang makan kat luar, suami pun tak suka, kalau makan kat luar kami prefer hidangan rinkas cam nasi goreng je. Masak sendiri ni jimat, bersih dan dah tentu halaln toyyiban. Anak2 saya pun suka bawa bekal, so dah bangun seawal jam 4 pagi kalau hari keje tu utk sediakan.

    ReplyDelete
  7. kalau kite, kite lebih suka makan makanan kat rumah. kalau terasa nak makan macam kat luar punya, beli sendiri bahan, masak sendiri. hehe :D

    ReplyDelete
  8. Betul Nor, kadang-kadang makan kat luar tak sedap mana satu hal, disamping penyediaan dan bahn yang diguna tu kita tak tau macamana kan. Tapi sekali-sekal tu ada juga makan kat luar, santai2 dengan keluarga, cuma kena pastikan tempat tu ok dan memenuhi piawai kita kan..

    ReplyDelete
  9. saya biase makan luar mende yang saya tak reti masak
    tu pon sesekali je taim wiken
    konon macam reward penat masak ari2 keje hihi
    sejak anak2 dah membesar, puas ati masak sendiri, boleh makan byk2, walupun rasenye tak le sesedap mana :P

    ReplyDelete
  10. makan luar...byk kena keluar ongkosnya...kalau masak sendiri jimat sikit...

    makan luar...kdg2 tu mmg tak sedap langsung...pernah sekali makan...nasi goreng...bukan macam nasi goreng pun...ntah apa rasanya...rugi duit...baik masak sendiri...lagi sedap

    ReplyDelete
  11. Jika sempat masak boleh buat bekal. Tapi jika tak sempat kena pesan dan cari makanan yang rasa "yakin" untuk memakannya.

    ReplyDelete
  12. kalau ada masa, KA sehabis baik masak di rumah... tu lah kdg2 tak berkesempatan !

    ReplyDelete
  13. setuju dengan pandangan kak zakie...if ada rasa was2 untuk makan dekat luar better masak sendiri, di tambah dengan kasih sayang cukup lazat buat santapan kuarga..menjamin keberkatan juga..tepuk dada tanya selera..

    ReplyDelete
  14. Betul tu kalau ada rasa was2 jangan makan...bawa bekal lagi elok..

    ReplyDelete
  15. Beringat lagi bagus.. dah macam2 yg yerjadi..

    ReplyDelete
  16. Alahhhh... makan jugak tu bila nak makan roti canai tu hehe

    ReplyDelete
  17. jarang dah makan kat luar.. makan kat rumah lagi sedap selain selesa dan puas hati.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)