Ustaz Badli shah cerita tentang Dajjal.
Diceritakan 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal, Allah akan perintahkan:
1) Tahun pertama: untuk langit mengurangkan hujan 1/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok-pokok sebanyak 1/3 juga.
2) Tahun kedua: untuk langit mengurangkan hujan 2/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok-pokok sebanyak 2/3 juga.
3) Tahun ketiga: untuk langit tidak turunkan hujan langsung dan bumi tidak lagi menumbuhkan sebarang tumbuhan.
Lalu dunia akan mengalami kemarau luar biasa, tiada binatang yang hidup kecuali beberapa ekor yang Allah kehendaki. Ketika itu Dajjal akan muncul. Di saat inilah kita semua akan mengalami fitnah terbesar iaitu fitnah Dajjal.
Dajjal mempunyai kuasa untuk menurunkan hujan, dan berkuasa menumbuhkan pokok-pokok. Dajjal dikatakan membawa sungai-sungai (bagaimana caranya wallahualam) yang berupa sungai api dan sungai air yang sejuk, dan mempunyai gunung roti. Dajjal mempunyai syurga dan nerakanya sendiri untuk memperdaya manusia.
Ketika itu, Dajjal akan menawarkan bantuan kepada manusia tatkala bumi sedang nazak dengan kemarau, tanpa air dan makanan. Lalu yang tidak beriman dengan mudahnya akan mengaku Dajjal adalah Tuhan kerana Dajjal berupaya menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuhan. Selain sungai dan bekalan gunung roti.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, ketika Dajjal menawarkan air sungai, pilihlah sungai api, celupkan kepala ke dalam sungai api itu lalu minumlah kerana itulah air yang sebenar.
Yang tidak beriman akan terpedaya memilih sungai air, iaitu sebenarnya adalah api.
Persoalannya, mampukah kita percaya bahawa api itu air dan air itu sebenarnya api? Di saat kita semua dalam keadaan terdesak? Tepuk dada tanya iman...
buatlah persiapan dari sekarang kerana tanda-tanda kiamat semua sudah ada. Kita di selangor sedang alami catuan air, salah satu krisis air..bumi sudah memberi petanda lah tu...tingkatkan keimanan atau terus leka? Pilihan di tangan sendiri....
KNOR,
ReplyDeletekita tgok gak petang..
kita pun br cita pasal ni minggu lepas.
ingat2..lepas jd kes air kena catu, kes kapal terbang..ntahlah..rasa insaf sikit.
ADA BACA GAK
ReplyDeleteSalam Nor...
ReplyDeleteJika direnung dengan mata hati, fenomena yang berlaku sangat menginsafkan, semoga hati kita semua kembali dekat denganNYA.
kalau tak insaf juga, tak taula nak cakap.
ReplyDeletesemoga kita terpelihara dari fitnah dajjal.
Semoga kita didunia ini kembali kepada kebesaran Allah kan knor... ini semua petanda utk kita...
ReplyDeleteTakut bila baca dan dengar cerita-cerita macam ni. Mampukah kita meghadapinya jika ianya munculkan. Kenu usaha atas keimanan kepada Allah S.W.T.
ReplyDeleteso touched !
ReplyDeleteSama-sama mengingati
Thanks kak nor
betul kak. memang dah makin hampir. bnayak petunjuknya kan. :)
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat..
ReplyDeleteDajjal..
Kena banyak membaca..hadiri majlis ilmu utk mempelajari tentangnya
moga kita semua berada di bawah lindunganNYA.
ReplyDeleteBagus perkongsian akak ni. Memanb buat rasa takut nak menghadapi detuk2 ni. Semoga bila tiba masanya kita ni takkan trsalah buat pilihan dan utuh imannya.
ReplyDeleteAku berlindung diri pada Allah dari fitnah Dajjal
ReplyDeleteTakutnya Knor mampukah iman kita bertahan diwaktu kita terdesak........moga hidayah Allah tu akan berterusan kepada kita hambanya yg lemah!
ReplyDeletesy nk tahu sesgt cm ne rupa dajjal tu.. adakah sm mcm kite manusia ni atau dia mcm alien
ReplyDeleteYg knor tahu anies melalui pembacaan dn kuliyyah..mta satu di dahi..ada tanda kafir. Yg tk berimn, tk nmpklh tnda tu..so kita mntapknlh iman kta dn minta jauh dr fitnah dajjal al masih itu..w'hualm
ReplyDelete