Pages

Friday, December 13, 2013

"Jangan menerakakan orang'


Malam tadi aku ambil kesempatan menonton tv,rancangan apa pun boleh,tidak dilarang sama sekali,sebab encik suami setiap malam jumaat selepas maghrib ada kelas tajwid dan kuliah.Masa ni aku akan menjadi jahat sikit, on tv bila semua selesai urusan dengan Allah.Mula-mula aku tengok astro 104,Cik Ta dengan En Zin tu nikah,bukan main mewah lagi mereka..aku tak nak komen apa-apa..tak mahu nak menerakakan orang,cuma aku nak belajar dari apa yang aku lihat,sebab kita pun ada anak-anak yang semakin membesar,dan tak tahu pun masa depan mereka.aku menonton dari sudut yang berbeza,iaitu setiap paparan menjadi pengajaran.

Bila habis rancangan Cik Ta dengan En Zin,aku ubah untuk lihat primadona.tajuk, kalau tak silap kawin campur.Ahli panel Puan Ning Baizura dengan Puan Nurul Wahab,diacarakan Puan Raja Azura,Cik Ta,dan Puan Erra Fazera,ini pun aku tak nak komen apa-apa,dan tak mahu menerakakan orang,cuma bila melihat pakaian pengacara aku jadi kesian,cuma aku hairan mereka tak ada kuasa ke untuk berkata "aku tak nak pakai pakaian ni,sangat berwarna warni dan menjolok mata",sedangkan mereka menjemput ahli panel seperti Pendakwah terkenal,aku menonton pun jadi tersangat malu,mereka tak ada perasaan malu ke?
Yang sedihnya,malam tadi bila ahli panel bercakap dan memberi pendapat tentang kawin campur,terutama  Puan Nurul dan Puan Ning,sangat menyedihkan..bila Ustaz Abdullah Tee pula memberi pendapat sangat terharu penuh pengisian ilmu.Ini pun aku jadikan pengajaran.

Habis rancangan primadona,aku menonton pula drama,kisah rumahtangga,kawin cerai,juga jadikan pengajaran,drama yang bermesej..
Dalam pukul 12 malam suami sampai,"tak tidur lagi ke" kata suami..lantas aku jawab:"tak"..
Malam tadi aku,azhan,suami dan anak buah sempat melanggan astro first 'Ustaz mu tunggu aku datang"
lihat separuh,aku dan suami terlelap tinggal Azhan dan anak buah saja yang menontonnya..
aku dan suami sempat komen yang separuh tu,'ini ke film?,dubbing suara punyalah teruk..sedih sungguh..drama swasta lagi elok..dah bertahun-tahun takat ni ajelah film malaysia..kenapa orang suka menonton film luar,inilah jawabannya.aku akan sambung hari ni untuk menonton,bukan sebab apa,cuma nak lihat mesej Ustaz Azhar Idrus yang nak di sampaikan..dan juga dah bayar rm15.

Sempat bercerita dengan suami mengenai apa yang aku tonton...kata suami:"lain kali jangan tengok buang masa je".

kami cuma menonton rancangan yang memberi faedah dan pengajaran, hiburan di larang sangat..yang dia atas tu aku curi-curi tengok..akhir kata aku senyum sendiri..


14 comments:

  1. Ikhlas cerita kat umah kami nie tak der tv, dok dlm stro berkurun2..dl ms jahil tgk beriya sgt..bila dah sedar tipu muslihat syaitan mll hiburan lalu potonglah jln syaitan..kalau nak tahu berita mll internet jer..anak pun tgk rancangan yg terpilih jer yg didownload..kartun pun bkn semua bg dia tgk..
    sebenarnya bila hidup tanpa tv cam skrang nie tak rs kekurangan pun..malah alhamdulillah byk ms tuk urusan family..
    yg pakai tak rs malu tuh sbb syaitan menjadikan mrk rs cantik begitu..hati mrk tertutup tuh nak sedar more than that..

    ReplyDelete
  2. Dengan manusia pon depa dak segan..apatah lagi dengan Allah..moga depa dapat Hidayah..

    #teringin jugak nk dgr ulasan UAI dalam cerita tu..:)

    ReplyDelete
  3. Memang hati kecil kita tak suka tengok orang yang melanggar perintah Allah kan Nor,spt berpakaian seksi dll..
    apapun moga Allah memberi hidayah kepada mereka. Betul kata Nor, bukan hak kita menerakakan orang, ada artis, bila dah dapat hidayah Allah SWT, memang kita boleh tabik spring juga kat dia orang.

    ReplyDelete
  4. salam kakNor..
    belum berkesempatan lagi nak tengok citer ni..teringin juga nak dengar ulasan dari UAI dalam citer ni..:)

    ReplyDelete
  5. ketika saya belajar dulu , lecturer saya kata tv tu idiot box . sungguhpun dia n isteri belajar kat uk , dia x mahu anaknya melangkah ke luar negara . Kat m'sia lbh terjaga dan senang nak moniter anak katanya ...

    ReplyDelete
  6. Bestnya tengok tv
    Saya sekarang dah tak minat tgok TV
    Sejak TV penuh dgn prapoganda

    Lagi2 tgok org tua kahwin ni
    Biarlah buat senyap2 je
    Kat Syiria org sampai makan anjing
    Dan mati kesejukan
    Malunya kita

    ReplyDelete
  7. jarang juga tengok TV, tv tengok saya adala..

    ReplyDelete
  8. x pernah tengok pun rancangan propaganda tu...kahwin che ta tu pun x tengok gak...skang yg noe layan cuma channel sukan, astro oasis, pecentus ummah dan discovery channel...yg lain2 tu mmg kurang sgt..kdg2 je tengok...kita sbg penonton kena pandai memilih rancangan yang berfaedah...klu tak...mmg akan membazirkan masa..

    ReplyDelete
  9. primadona tu saya pernah tgk yang penerbit dia cakap cik ta dan erra pakai baju dia sendiri. baju raja azura je yang ditaja..

    penerbit dia explain sebab penonton hantar komen kata pakaian pengacara tak sopan.

    ReplyDelete
  10. kak, semalam saya ada tengok dokumentari pondok pak ya,kisah 27 syuhada. kat 106. petang semalam pukul 5-6. dia macam story balik kisah kebakaran pondok pak ya tu.sedih sangat dengar cerita sebenar dari mangsa. tapi nanti telefilem dia tayang 1jan2014 kot. kene beli kat box office.

    ReplyDelete
  11. betulkan.kalau tak best, mmng rasa buang masa jer tengok....
    Saya pun tak brksmpatan lagi tengok filem tu....

    ReplyDelete
  12. Kadang2 Umi Qi pun selalu emosi bila tgk cerita2 melayu hahahha x tau kenapa akak kikiki asben pun ckp dh jgn tgk cite melayu...nanti stress

    ReplyDelete
  13. kak, saya pun selalu terkilan dengan drama-drama di Malaysia ni, jarang sangat saya menonton drama melayu. Sebab skripnya selalu sama aje. Kalau tengok pun yang TV Hijrah atau TV 9 je. Bukanlah maksudnya saya ni baik dan alim sangat, kalau betul-betul alim, tak tengok TV kita, tapi kualiti drama di Malaysia harus diperbaiki lagi, 80% memang ke laut

    ReplyDelete
  14. Knor ...okje tengok jugak rancangan rancangan gitu....tak tahan godaan katanya hehe....
    Ada persamaan dalam fikiran kita Knor ttg Primadona... Ada sekali tu dia jemput Imam masjid negara tu...tak ingat nama apa.....mcm tak kena jugak sepatutnya Imam tu lebih selektif dalam menerima tawaran kot...ataupun bagi guideline sebelum dia terima undangan Primadona tu

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)