Pages

Monday, December 30, 2013

Khalifah kecil

Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan

ENTRI ULANGAN UNTUK TAHUN 2014...minda wajib sedar.

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada pemuda dan pemudi

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.


Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap Allah swt dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kamu bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kamu untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kamu agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kamu. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

17 comments:

  1. selamat tahun baru kak
    semoga kita sentiasa berada dalam redha Nya, berjaya dalam apa semua yang di lakukan

    ReplyDelete
  2. insyaAllah amin ya Rab.. anak2 permata hati ibu bapa :)

    ReplyDelete
  3. Inshaallah pesanan ini bermanfaat untuk semua diambil ikhtibar..

    ReplyDelete
  4. bagus bagi pesanan macamni kat anak... dunia skang ni banyak sgt dugaan...takut

    ReplyDelete
  5. Peringatan yang bagus kak.. semoga ramai yang memanfaatkan ilmu ni..

    cabaran bagi kita semua utk hidup tanpa gadjet...kan..

    ReplyDelete
  6. Semoga khalifah kecil yang dididik dengan didikan agama yang sempurna ini, bakal menjadi khalifah dan pemimpin masyarakat yang berwibawa dan bertaqwa, insyaAllah, sama2 kita doakan.

    ReplyDelete
  7. insyaallah.menjadi pesanan jg buat anak ku..:)
    selamat tahun baru knur,salam ukawah :)

    ReplyDelete
  8. insaallah..
    pesanan yg bgus.saya yg baca pun trut tkesan..
    slamat mnyabut tahun baru sis :)

    klik initi :)

    ReplyDelete
  9. semoga mereka menjadi insan yang beriman dan mencari dunia untuk akhirat seperti mana kemahuan ibunya ... aaamin .

    ReplyDelete
  10. salam tahun baru knor,

    saya juga mengharapkan seperti harapan knor untuk anak-anak saya, kerana anak yang soleh dan solehah itu harta yang amat berharga buat kita dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  11. selamat tahun baru 2014.. pesanan yang baik untuk anak-anak.. semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  12. in sha allah kak..dalam dunia yg penuh cabaran ni anak2 selalu kena ingatkan dengan benda2 camni. semoga anak2 kita menjadi insan yg cemerlang dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  13. Moga Allah menetapkan iman anak2 kita kan Kak?. Dunia dah semakin mencabar skrg ni,

    ReplyDelete
  14. Selagi mereka bernama anak kepada kita kenalah pikul dan galas tanggungjawab kita moga penitian sentiasa berada di landasan yg terbaik.. moga kita juga mampu Nor...

    Selamat tahun baru dari kakak:)

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)