Pages

Sunday, December 15, 2013

Sejarah

Bismillaah ArRahman ArRahim...

Semasa masih kecil lagi, bilik tidur Muhammad Al fateh, (yang pada dewasanya ketika berumur 23 tahun, adalah penakluk kota konstantinopal yang termasyur dalam sejarah Islam ) telah dilukiskan peta konstantinopal atas arahan ibu ayahnya. Ini merangsangkan daya keinginan, menguatkan objektif, fokus dan semangat anaknya dalam tempoh ia membesar.

Bagaimana pula ibu ayah zaman sekarang? Kita selalu lupa akan objektif kita membesarkan anak dan selalu kalah dengan permintaan mereka.. Atau mungkin juga kita tidak tahu besarnya impak dan kesannya jika impian itu ditanam sejak anak itu masih kecil. Akhirnya bilik mereka penuh dengan angry bird, ben10,ultraman,superman,barbie,hello kitty,batman,ironman dan princess yang tidak kemana..

Kenapa taksub sangat dengan patung-patung agenda yahudi.

Rasulullah bersabda:
"Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu!" (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).

"Pelajari peraturan Allah ke atas kehidupan ini.Sejarah silam akan menghubungkan kita dengan masa hadapan."(Ibnu Khaldun).

sedikit tentang Al-Fateh
satu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al Fateh melalui sebuah ladang anggur yg besar yang sedang masak ranum. namun, sebelum melalui ladang tersebut, al Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walau sebiji. perjalanan diteruskan hingga di suatu tempat mereka berehat. setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al fateh keluar dari khemah al Fateh dengan wajah yang sugul serta memanggil semua tentera berkumpul. Dikatakan  al Fateh telah jatuh gering. maka setelah diteliti oleh doktor, ubat yg diperlukan adalah sebiji anggur. maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al fateh akan terus gering dan mangkat. malang, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. lalu tahulah al fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat fizikal, malah rohani mereka jua. benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. maka keluarlah al Fateh dari khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepada mereka akan maksud sebenar..

gambar di bawah tiada kena mengena... cuma bagaimana harus menjana otak..kreatif berdaya saing.sesuai dengan zaman sekarang...cita-cita anak-anak juga berubah-ubah,bila tanya Azhan nak jadi apa,dia jawab,nak jadi jurutera,bila tanya kenapa nak jadi jurutera?,dengan bersahaja dia jawab nak buat senjata untuk orang Islam,tanya pula Muhammad nak jadi apa bila besar?",sebelum ni dia jawab nak jadi ulama,lepas tu dengan cikgu sekolah,nak jadi saintis,baru baru ni bila tanya Muhammad nak jadi apa?",dia jawab Muhammad nak jadi pejuang Hamas"...hairan bin ajaib mana dia tahu pejuang Hamas..rupa-rupanya dia dengar apa yang aku bualkan dengan suami..tajam sungguh ingatan Muhammad..Aku juga rajin bercerita mengenai siapa Muhammad al-Fateh.

Bila kenang balik zaman sekolah,aku pernah masuk pertandingan berpidato,dan pertandingan kuiz antara sekolah,sejarah mata pelajaran terbaik...memang aku suka subjek sejarah...dapat tempat kedua..tau hadiah apa aku dapat.."di bungkus dengan kertas minyak..'tupperware" jadilah..penat aku berlatih malam-malam pakai pelita je..menjerit macam orang gila..NI TOPIK SELALU CERITA PADA ANAK-ANAK..

Rekabentuk hotel ciptaan iman soffea dan pingat gangsa hasil ciptaan kereta solar adibah baru-baru ini..

25 comments:

  1. Setuju dgn kak nor..parents sekarang ni cita2 kemain tinggi untuk anak2, saya pun termasuk macam tu.. cara yang memang kebanyakannya tak menjurus kepada tercapainya cita cita tersebut.. dengan kekangan kerja dan penat, banyak kita abaikan apa yang seharusnya dilaksanakan untuk jadikan anak lebih berjaya..

    Bagusnya anak2 akak ni.. ada bakat nampaknya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Bijak anak² knor. Bagus didikan akk kat anak2. Bagusnya muhammad nak jadi pejuang Hamas ☺☺

    Tahniah buat Iman soffea dan juga adibah.

    ReplyDelete
  3. banyak yg sy perhatikan cita2 ibu untuk anaknya..ramai mau anaknya menjadi hafiz quran, tetapi anak2 didedahkan dengan tv dan kartun yang tidak berfaeda..patutnya seawal usia dedahkan dgn kitab Allah..

    ReplyDelete
  4. zmn sekarang nak jadi ibu perlu ada ilmu . belajar tinggi tapi tak keje tak pe sbb ilmu tu blh digunakan utk didik anak sepenuh masa ...

    ReplyDelete
  5. Syukur dikurniakan anak-anak yg cemerlang Nor..

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang bagus ni Nor,moga dapat jadi tauladan kepada kita semua. Alhamdulillah, kreatif anak2 Nor tu..

    ReplyDelete
  7. setuju sis..cita2 masa kecil n dewasa memng akan berubah..smuantya bergantung kpada persekitaran..

    owh sejarah subjek kgemaran..ya org yg minat sejarah orang yang mempunyai daya ingatan yg hebat :)

    ReplyDelete
  8. anak2 cemerlang hasil dari ibu bapa yg cemerlang...tahniah Knor

    ReplyDelete
  9. Tahniah dapat hadiah. Nanti boleh jadikan pembakar semangat untuk anak anak berjaya.

    ReplyDelete
  10. kita ibubapa adalah guru pertama yang bertanggungjawab mendidik anak2 kita ke arah mana..

    setuju sangat dengan knor

    ReplyDelete
  11. Bagus ye kak norihan masuk pertandingan pidato dan minat sejarah...menarik garapan hobi disitu...yg ptg pengalaman itu lah mengajar erti dimana kita berada sekarang....betul kak, nanti Umi QI kena cari buku2 sejarah nabi dan sejarah2 untuk Qi...

    ReplyDelete
  12. Melihat Islam ditindas di Anggola, Myanmar, Thailand, Syiria, Afhanistan, Mesir, Iraq, Kashmir, Plestine, dan lain-lain, kita memang perlukan ratusan juta Muhammad AL Fateh, dan Sallahuddin Alayubi.

    Malangnya kita hari hari telah ditewaskan dulu oleh propaganda barat, akibat kekalahan mereka dalam perang Salib, lalu memperkenalkan watak-watak hero ciptaan mereka sebagaimana yg K.Nor senaraikan itu.

    Tahniah utk Muhammad yg bercita-cita mulia.

    ReplyDelete
  13. Mat Som-kita nampak tewas cikgu,tewas dr segi pembangunan,interlektual,pemikiran di jajah oleh sbb kita sendiri,tapi kita lihat islam semakin kearah kebangkitan,tgok aje dr negara2 barat sudah ramai yg memeluk islam,masjid2 didirikan,perkara ni org barat tak boleh nak buat apa walau dlm negara sendiri..mereka ketakutan skrg ni kerana semakin berkembangnya islam.tak perlu nak lihat negara luar,kita lihat negara kita banyak sudah menuju kearah islamik..media massa,tv dll menjurus kearah islam.di masjid2 kebanyakkan semua muda2 belaka..alhamdulillah.lihat saja imam semua muda bercahaya..

    ReplyDelete
  14. Saya pun suka cerita-cerita sejarah kak nor, dan selalu juga cerita pada anak-anak. tapi yg part patung dan kartun tu memang dugaannya kuat, bukan senang kita nak mengelak agenda yahudi ni, hatta kat sekolah pun dijual benda-benda macam tu..

    ReplyDelete
  15. batol cakap kak nor tu..anak2 zaman sekarang leka denga gajet dan kartun camtu..mereka jadi tak berapa kreatif bila sentiasa berdampingan dengan benda2 tu semua..

    ReplyDelete
  16. singgah sini.. bestnya anak2 berjaya sejak dr kecil.

    ReplyDelete
  17. betul tu nor...ibu bapa yg cemerlang, beriman dan kreatif akan melahirkan anak yg cemerlang dan kreatif serta taat pada perintah dan suruhan agama.
    byk yg boleh kita belajar dari sejarah

    ReplyDelete
  18. hebatlah Adibah cipta solar lagi , terbaik...

    ReplyDelete
  19. Terasa rugi pulak tak jana minda anak anak dgn ilmiah masa kecik kecik dulu Knor...nak buek camno dah lepas!

    ReplyDelete
  20. hainom OKje-jgn ckp mcm tu..selagi hayat masih ada lagi ni..mulakan dr hari ni ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Knor....tp tak dapatlah yg macam Muhammad Al Fateh tu....

      Delete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)