Pages

Tuesday, June 5, 2012

"Kita buat apa,saat ini..?

Assalamualaikum.
Dah  ada kesempatan sekejap untuk mencatat sesuatu di sini.Alhamdulillah.Bergunakah sepuluh jari ini yang Engkau berikan Ya Allah?.Kita sedia maklum manusia kini semakin sibuk dengan dunia,dunia,dunia..

Firman Allah:
"Adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?.."{al-Baqarah, ayat 214}

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar.Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus." "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCD, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuas hati dengan isteri-isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari.
Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka sibuk,sibuk,sibuk.'

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam.
Tanya pada diri kita,bagaimana kita sekarang,saat ini,dan masa kini.

Wallahua'lam...

Wassaalam

17 comments:

  1. ya, kita seringkali lalai dengan urusan duniawi.. Ini lah masanya Iblis dan para syaitan menyerang kita daripada pelbagai sudut...

    Semoga peringatan ini menjadi renungan buat kita bersama..

    ReplyDelete
  2. ya Allah. terkadang leka nyaaaa kita.

    ReplyDelete
  3. betapa berjayanya rancangan iblis untuk menjauhkan manusia dari penciptanya... Nauzubillah...

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar kak...memang betul..kita yg tak perasan sebenarnya..alhamdulillah..sekurangnya ade yg sudi menegur...tq kak..

    ReplyDelete
  5. Begitulah nampk gayanya begitu licik syaitan menggoda anak-cucu-cicit Adam selagi belum kiamat. Kita? Kena muhasabah dan saling ingat-menginati seperti N3 ini...

    ReplyDelete
  6. sebagai manusia...
    kita mudah lupa...
    jadi saling ingat mengingati...

    ReplyDelete
  7. muhasabah diri setiap hari tu penting kan kak..hidup semakin banyak godaan dan cabaran.memang syaitan kerjanya menyesatkan kaum adam..

    ReplyDelete
  8. hidup dalam dunia nih mmg penuh dgn godaan...kdg2 terlalai jugak...terima kasih kongsi n3 nih...

    ReplyDelete
  9. godaan tu ada di mn2.. tepuk dada tanya iman..kuatkah kita utk menepisnya?

    ReplyDelete
  10. semua tu kerje syaitan kerje kafir..kak terima kasih atas perkongsian..Allahuakbar..smga Allah terus bantu kite dlm usaha dakwah yg x seberapa ni insyaAllah...

    pss : tq kak smpai tema pun boleh request ek heee kak, plan tu memang ada nawaitu pun ade tapi sob3 calon nye enggak ada . . . . . ngeee insyaAllah x lame lg la kot ade heee

    ReplyDelete
  11. As salam kak,

    Seronok dpt berkunjung ke sini... Langkah kanan dgn ilmu baru ni... :)))

    Apa yg perlu kita buat skrg, disaat ini adalah kurangkan atau hentikan kesibukan itu...

    Sibuk dgn hal org... Sibuk dgn cari harta kekayaan yg tiada penghujungnya... Sibuk utk memenuhi penghargaan manusia...

    Doa semoga ALLAH tidak memalingkan hati kita setelah diberi hidayah... Amin....

    ReplyDelete
  12. Benarlah kata-kata Cinnamon ini
    semua itu telah membelenggu kita sekarang ini

    ReplyDelete
  13. semue yg tersebut tu mmg da berlaku di zmn kini..

    ReplyDelete
  14. sama2 ingat mengingatkan.. salam kenal n dah follow u

    ReplyDelete
  15. Allahu Robbi! terima kasih atas peringatan ni kak, semoga kita terus dapat petunjuk dan hidayah dari Allah dalam menghadapi godaan syaitan.


    ilmu faraid tu dulu saya ada belajar tapi sekarang bari nak share dalam ni...

    ReplyDelete
  16. salam akak cinnamon pekaba ye?lama tak singgah sini..moga kita dilindungi Allah selalu..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)