Pages

Tuesday, June 19, 2012

Biarlah ikhlas...

Assalamualaikum.

Dah tak ada idea lain dah..nak post resepi aje boleh ke ni?..harap-harap janganlah bosan ye...walau dah berlambak blog resepi rakan-rakan lain yang lebih mantap.
Sebenarnya dah seminggu saya tak ada mood nak masak,masak simple-simple aje untuk family,rasa letih masak untuk kenduri abang tempoh hari masih berbaki.
Kenduri di kampung memang meletihkan,di banding di bandar,maklum saja semua orang buat,kita cuma sediakan duit saja.
Kalau dah gotong royong,perut juga kena di gotong royongkan.

Antara lauk pengantin yang di masak oleh saya,antaranya chicken sesame,prawn butter,mix vege,sweet sour siakap dan cocolate fruit cake.


Ada antaranya masih belum di hidang
Meriah sungguh,
Agak pelik sikit kenduri di sini,tuan rumah kena sediakan satu beg khas yang di isi makanan atau cendermata,siap di ikat lagi supaya tidak bercampur dengan beg-beg yang lain,maksudnya beg yang hendak di beri pada tetamu nanti.Tetamu lain,untuk orang kampung lain.Orang kampung yang bergotong royong tadilah.Begitu juga dengan masakkan,masing-masing bungkus untuk di bawa balik,masalahnya sebelum tetamu datang.Bukan hari kemuncak saja mereka bungkus,sebelum kenduri juga mereka bungkus.Makan,makan juga,bungkus,bungkus juga.Selalunya bungkus bila lauk berlebih,ini terbalik pula.Sudahnya, belum pukul dua lauk sudah habis,kenduri hingga pukul empat.Kalau abang saya mereka dah biasa,memang kenduri di sana macam tu,macam kita ini,agak peliklah.Tanya juga mana keikhlasan dalam bergotong royong.Tapi saya bukan orang kampung tu,senanglah cakap,takut nanti di pulaukan,anak-anak masih ramai.Macam tu pun ada.Kakak siap letak jari di mulut,bila saya mempersoalkan???Saya cakap dengan kakak,"lebih baik buat kenduri hanya untuk orang kampung,tak payah jemput orang lain.
Selama tiga hari saya berada di sana tanpa ada suami dan dua anak,saya hanya bawa yang kecil-kecil aje.Yang besar-besar temankan ayahnya di rumah,hari kenduri baru suami datang.Saya tergesa-gesa balik,sebab suami ada kuliah selepas maghrib.Tak sempat nak berbual dengan PCL dan isterinya.

p/s Jadikan perkara yang baik itu menjadi terbaik dan bukan ada maksud di sebaliknya.Tolong menolong membawa berkat bukan mudarat.
Mana berkatnya.

Wassalam

12 comments:

  1. betul tu kak... kebiasaannya di kampung mmg begitu kot caranya..

    ReplyDelete
  2. mmg biasa kekdahnya klu kat kampung

    ReplyDelete
  3. mmg gitu kak kalau kat kampung . plg sy agak terkilan kalau org pgl kit kenduri , tp dlm tgn kena sediakan duit utk tuan rumah ;(

    ReplyDelete
  4. tull pasal, cepat bebenor angah baliknyer..sempat sembang dgn angahJamal , lauk pengantin mmg utk pengantin dan rombongannya...pcl sempat makan buah2 je...keletuhan ..understood!

    ReplyDelete
  5. betol 2 akk...klo kt kg, tradisi gtg ryong neh msh ada lg...besh sbb bole rs suasana kg ^_^

    ReplyDelete
  6. Berkatnya dah kena bungakus Nor hahaha... macam-macam betul. Makanan habis kena bungkus dulu ye..

    ReplyDelete
  7. Em org sekarang buat kerja nak balasan... ummm penat tuan rumah nak melayan...

    ReplyDelete
  8. huhu. tak tahu nak kate ape. Allah sajelah yg menilai ikhlas itu.

    ReplyDelete
  9. wahh, akak ke yang sediakan semua tu??? hebat.... nampak sedap2

    ReplyDelete
  10. kenduri kat kampung kat mana ni???hmmm...takpela.ikhlas diri k.

    ReplyDelete
  11. knduri kt mne tu? kmpg mak sy mcm ni jgk. pakat dok bungkus rmi2. dok kt dapur x semua buat keje. saje dok dkt dgn periuk konon nk jaga lauk. penah kt kenduri makcik mak nak amik lauk org kmpg yg jaga tu mcm x bg. dia x tau mak tu adik tuan rmh. pelik gak org kmpg situ huhu

    ReplyDelete
  12. Kendurinya di sungkai,tujuan saya menulis ni bukan utk burukan sesiapa,tapi utk jadi pengajaran pd saya atau orang lain.biarlah apa yg kita buat tu berpada-pada,jiran itu juga tetamu,mmg wajib kita melayannya,kalau saya jadi tuan rumah,saya lebih berpuas hati,kalau semua orang puas hati dengan layannan atau hidangan yg di berikan,tambah-tambah kalau semua org sama rata menikmati juadah,tak adalah yg mengeluh sana mengeluh sini,yg satu pihak lagi jgnlah terlalu gelojoh.mmg ikhlas tu Allah jua yg tahu,tapi mcmmana pula dgn tetamu,yg bukan dr kmpg itu.mereka juga di jemput.lauk akan ckup kalau tak di angkut awal-awal lagi.abang dan kakak(tuan rumah)tidak kata apa2,cuma saya,adik,dan kakak2 yg lain...dan kami bukan org kmpung tu...heheh.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)