Pages

Monday, May 14, 2012

Bila sakit...



Assalamualaikum.

Rasanya dalam bulan ni saja dah tiga kali saya ke klinik.Mula -mula suami sakit,agak lama juga,hampir dua minggu,demam,selsema,seterusnya  batuk,lepas tu di ikuti Iman anak ketiga,selepas tu Muhammad,dan sekarang anak sulung Adibah.Dan bila ahli keluarga sakit  saya tak dapat nak melelapkan mata,asyik bangun dan tuam anak.Suami juga saya buat begitu,maklum bila dah berumur sakit,semua badan sakit-sakit dan saya juga tukang urutnya.
Dan sekarang ini anak-anak tengah sibuk dengan exam.Alhamdulillah mereka ini kuat semangat dan gagahkan juga ke sekolah,walaupun masih dalam keadaan yang kurang sehat.Buat masa ini saya larang anak-anak ambil ubat kecuali Muhammad.Takut-takut nanti daripada kesan ubat itu,hilang tumpuan pula pada kertas exam.Cuma yang saya boleh buat,buatkan bubur ,sup dan lassi buah.

Lassi mangga
2 biji mangga harum manis
3 sudu besar yogurt
1 cawan susu cair
1 sudu kecil gula
masukan mangga yang telah di kupas ke dalam blender
yogurt, susu cair , gula dan sedikit  cube ais,kalau orang sakit tak perlu ais.
Siap untuk di minum.

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit,Allah akan utuskan empat malaikat.

Malaikat Pertama akan mengambil selera makannya.
Malaikat Kedua akan mengambil rezekinya
Malaikat Ketiga akan mengambil kecantikan wajahnya (pucat)
Malaikat Keempat akan mengambil dosanya

Apabila telah sampai waktu yang di tetapkan untuk hambaNya kembali sehat,Allah akan menyuruh Malaikat Pertama,Malaikat Kedua,dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.Subhanallah,betapa Mulia dan Baik Hatinya Allah terhadap kita.Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit,bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

p/s semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya.

Wassalam.





17 comments:

  1. sya sekarang pun selsema + batuk2....semoga diampunkan segala dosa2 kita

    ReplyDelete
  2. lassi mangga?
    sedap tu...
    nak kena uat juga..
    demi menjaga kesihatan..
    ehehehee

    ReplyDelete
  3. salam kenal ...sedapnyer lassi mangga mmg dok teringin ulang order beli jus mangga ... hahhaha

    ReplyDelete
  4. Sakit sekarang dah tak bermusim... semoga cepat sembuh... sedapnya air tu...

    ReplyDelete
  5. sedap tengok lassi mangga ni...

    betul tu kak, bila sakit tandanya Allah sayang dan nak hapuskan dosa-dosa kita...

    terima kasih aka sudi tolong komen blog kwn sy...

    ReplyDelete
  6. kalu sy mmg terus kebah! siap bleh melompat lg..ye la dpt mknn sedap... ;-)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...makanan/minuman berkhasiat tak perlu susah2 beli, buat sendiri je...suatu info baru..Tq. (karot susu plus yougurt, ok tak ni?

    ReplyDelete
  8. sakit itulh yang menguji keimanan kita sebenarnya kepada Yang Maha Esa.. tetapkan ibadah kita...

    selamat petang kak.

    ReplyDelete
  9. sedap nampak..sy tak pernah minum akak..akak tak sihat ye..rehat ok...sakit penghapus dosa kecil kita..moga cepat sembuh semuanya..

    ReplyDelete
  10. wow baru tahu psal lassi mangga ni..nnt nk try buat hehe..

    musim panas ni mmg senang jatuh sakit..

    ReplyDelete
  11. moga mereka sume cepat sembuh.hmmmm..mango lassi?saya pernah minum masa kat jepun dulu je.tupon bila singgah kedai mamak dari nepal,india atau bangla yang makanan dia halal.

    ReplyDelete
  12. sihat sebelum sakit.. bila kesihatan sudah diambil balik susah nk pulih betul2 seperti asal.. *terkenangkan keadaan diri sendiri*

    ReplyDelete
  13. saye pun baru dpt saket tekak. tak lame lagi mungkin selsema dan demam lah kot.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum cinnamon,

    Wah...sedapnya...memang sesuai sangat buat orang yang tak sihat ni kan...

    Terima kasih ya cinnamon untuk info yang sangat baik ni.......

    ReplyDelete
  15. subhanallah..terharu baca info akak ni..biasa tahu sakit tu penghapus dosa jer..
    semoga semuanya cepat sembuh eyh..
    lassi memang fevret tu!
    kalo pergi pasar pagi memang cari lassi..:)
    tapi tak pernah try buat sendiri..resepi akak ni macam senang jer..nak copy :)

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)