Pages

Monday, May 7, 2012

Api


Assalamualaikum

Nak kongsi mengenai Api.Maklum asyik masak aje..so ada kena mengena dengan api.Jangan main-main dengan api.Semalam tengah lena tidur,tiba-tiba terdengar bunyi siren bomba,terasa bau hangit rumah,buka lampu sana sini takut-takut rumah saya yang terbakar,jenguk  ke tingkap,sah ada kebakaran.cepat-cepat tutup tingkap,risau sangat.Masuk asap sikit aje dah panik,mana taknya ada empat orang penghidap asthma.Masa kejadian adibah sibuk menelaah,dia juga sudah terhidu asap.Alhamdulillah semua ok.
Jom kita selongkar kisah asal api

Setelah Nabi Adam di hantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma…
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah:kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar zarah sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.


 Dengan api,terhidang lengkap.
pulut kuning dengan rendang ayam.

Cuba bayangkan api neraka.Ada mengatakan  api dunia hanya sekecil biji sawi.

Wassalam.

16 comments:

  1. wlaupun cuba dibayangkan api neraka tu... tp tak dpt.. tak tahu nak dibayangkan macam mana... gerun pula bila memikirkannya...

    ReplyDelete
  2. Tak terjangkau dek akal kita kepanasan api neraka tapi masih juga tak takut dosa...

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua di jauhkan dari api neraka. amin

    ReplyDelete
  4. dah lama xmakan pulut..
    tiba2 mengidam pula..
    ehehehee

    ReplyDelete
  5. kancil pernah dengar cerita ini...memang betul...api neraka nie lebih panas dari api dunia nie

    ReplyDelete
  6. takutnye kebakaran...

    kene api kat dapur sikti pun dah menjerit..macamne?

    *lps ni kene rajin view blog Pn.Cinnamon ni..byk resipi blh follow. .;)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum cinnamon,

    Peringatan buat kita semua tentang api neraka,terima kasih ya cinnamon,baik sangat...

    Api kat dunia ni pun kita dah tak tahn dah,macam mana lah api kat neraka kan...

    ReplyDelete
  8. pulut kuning tu kegemaran kami juga...

    ReplyDelete
  9. Sedangkan api dkat dapur kalau kite dekat pon dah rasa panas. Apatah lg api neraka kan kak.

    ReplyDelete
  10. baru panas sikit kat dunia nie pun tak tahan..tak taulah azab api neraka tu..nauzubillah..

    ReplyDelete
  11. moga kite dijauhkan dr seksaan api neeraka mu Ya Allah.amin >_<

    singgah n follow sini

    dr,

    afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. sy fobia dah ngan api2 nie akak..de pengalaman kebakaran jugak..ya allah moga kita dilindungi drp azab api neraka

    ReplyDelete
  13. wahai Tuhan ku tak layak kesyurgamu … namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu … kami lah hamba yang mengharap belas darimu..
    Moga kita d lindungi dari azab api neraka...

    Salam kenal dari saya..
    singgah n follow dan akan singgah lagi sb banyaknyaaaa resipi... ^_^ yummmyyyy....

    ReplyDelete
  14. salam kenal,

    mmg takleh nak terbayang..ish2
    takutnyee azab api kat neraka..

    ReplyDelete
  15. ape motif pulut kuning tu? huhu. nampak sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)