Pages

Thursday, October 6, 2011

Kereta dan biskut..

Assalamualaikum,kepada semua pembaca..
Tengahari yang panas-panas redup,saya menjalankan tugas seperti biasa menghantar anak ke sekolah,dan lepas tu menjemput anak yang bersekolah menengah,kebetulan sekolah cuti,tapi anak saya tak bercuti,ada cikgu yang tak habis lg mengajar bab yg terakhir,so cikgu kena la bertungkus lumus untuk habiskannya,maklum la,dah nak dekat exam..kesian cikgu..

Dah menjemput anak tadi,saya melencong ke tempat lain,pergi kedai febret saya la,kedai menjual barang-barang kek n biskut..dalam kepala nak buat kek tiramisu,so bahan-bahan dah ada dalam kepala.

Dah selesai membeli-belah,saya pun nak baliklah,hidupkan enjin,sudah! kereta buat hal,tak boleh nak start ..banyak kali saya cuba,masih tak boleh..

Lepas tu suruh anak perempuan saya messages ayahnya."Ayah kereta tak boleh start,mama dkt kedai kek"tak sampai 2 saat suami call..ayat yg mula-mula keluar,suami kata "ha tu la nak pergi kedai kek tak minta izin dulu."saya pun cakap," ala."tak tau nak cakap apa dah,memang tak minta izin pun tadi,terlupa..Sebenarnya saya tak risaukan pasal kereta tu,dalam kepala saya hanya teringat pasal biskut tiramisu yang saya beli tadi,sama ada halal ke tak,sedangkan saya dah pun beli,belek sana,belek sini,tak jumpa tanda halal pun.
Dalam menunggu suami datang,saya pergi balik kedai kek tadi,tanya dekat jurujual tu,lps tu dia suruh tanya dekat nyonya pulak,mesti la dia cakap halal..kebetulan ada seorang makcik,dia terdengar pertanyaan saya tadi,"ni halal  ni,kat Mekah pun ada jual jenama ni."oh lega saya,ada juga hamba yang  Allah hantar untuk saya, Mekah pula tu.Alhamdulillah.
Saya memang risaukan tentang halal,haram ni,bukan apa,suami saya ni sensetif sangat dengan isu ni,dia akan belek-belek,lepas tu dia cakap,halal ke ni,beli kat mana n macam-macam lagi lah,kalau beli jajan yang jual kat luar sekolah pun dia,tak bagi,jangan harap la.Saya pun macam tu juga..hehe

Tak lama selepas tu,suami datang dengan abang saya dan adik ipar.
Suami pun hidupkan enjin kereta,dengan mudahnya enjin kereta boleh di hidupkan..
Rupa-rupanya gear dekat reverse (R), mana boleh start..aduh,kenapa la boleh tak pandang kat situ tadi,ni la gara-gara,kepala melayang-layang,n tak minta izin bila nak merayau ke tempat lain,orang suruh hantar,n jemput anak,hantar n jemput je la..sudahnya saya kena gelakkan dengan diorang,siap kena sindir lagi."berapa tahun bawa kereta ni."

Sebenarnya saya tak risau pun pasal kereta tu,saya lebih risaukan pasal biskut tu aje.
Sebab nak jadi darah daging keluarga saya.


Kereta pun dah ok,biskut pun halal,start kereta jalan,sampai rumah minta maaf dekat suami sebab tak minta izin.
Suami ok je,cuma dia nak kita tahu  supaya jangan pandang ringan perkara ni..walaupun dia tak kisah,kita wajib minta izin dulu..

Masa tu, hampir masuk zohor ,sempat saya buat solat taubat..minta ampun pada Allah.

Sekadar berkongsi..

17 comments:

  1. hahaha.....minta izin dari suami supaya dapat berkat orang kata...hehehe

    ReplyDelete
  2. alamak! yg ni nak kena kesah..pasal kehalallan benda makan..memang selalu belek2 dulu baru beli, setakat logo halal tulisan jawi je , jgn terpedaya..kena beringat selalu tu...Diana mmg kaki spot chek brg yg PCL beli,...emm, tulah lain kali jgn lupa minta izin suami.

    ReplyDelete
  3. hehehehe.. jadikan pengajaran... :)

    ReplyDelete
  4. lain kali, jangan lupa mintak izin..^_^

    ReplyDelete
  5. Hah...suruh anak message abah dia.. ingatkan suruh dia tolak...

    ReplyDelete
  6. ehehehe... saya paling tak suka kalau enjin keta tak bole on.. saya ni cepat gemuruh,. ekeke

    soal makanan yang dibeli, biarlah yang halal kan.. sebab ianya akan menjadi darah daging sendiri kelak..

    ReplyDelete
  7. hehehe. kalau kite pon komfem kena gelak je bila gear reverse je puncanya. :)

    ReplyDelete
  8. Kancil 8349-betul tu..

    pcl-memang pun,tulisan jawi tu,taktik diorg je,kena selalu berhati-hati..

    Queen Teratal-ye.tq

    feza-ingat2, kadang2, lupa..hehe

    WuMing-badan anak kering je,kereta tolak dia boleh la..hehe

    Gen2Merah-saya pun,masa tu fikiran kat tempat lain,so tak rasa apa pulak..harap2 tak jadi lg la,takut di buatnya..

    siti kektus-ha ah memang kena gelak pun..

    ReplyDelete
  9. selamat tengahari norihan..
    lama tak singgah sini.. 2 minggu ayu bercuti. 2 minggu hati tersangat rindu..

    ttg entry norihan tu banyak pengajaran..
    lagilah tang biskut tu..
    kena ambil perhatian dan titik berat, darah daging kan....
    kita islam kena ambil 100% faktor halal haram

    ReplyDelete
  10. bab halal haram makanan tu mmg xleh amek mudah kn..ye la, nk jd darah daging...

    mst dh gabra thp gaban ni..tu yg xperasan kt gear..hehe

    ReplyDelete
  11. Citarasa Rinduan-selamat petang ayu..
    oh,bercuti,jalan-jalan tenangkan fikiran ye,elok la tu..asyik kerja je pun tak bagus kan..

    ziraziz-betul sgt,gabra tahap gaban..hehe

    ReplyDelete
  12. biskut lagi penting dr kereta :)

    ReplyDelete
  13. nasib baik ada makcik tu bleh sahkan status halal biskut tu.

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  14. mak aii.. kes macam ni pun ada ka? mujur masih slamat kan? itula, skrang ni, kena hati2 masa beli makanan..

    ReplyDelete
  15. iMBobo-betul tu,biskut lg penting..


    NasZ-mak cik tu,memang nmpak mcm hajah je..


    Zul Fattah-Ada..selamat la, hero ada tiga org..betul tu,jgn pandang ringan..

    ReplyDelete
  16. Jarang ada org yg jaga halal haram makanan dia... Kagum dengan kesungguhan awak....

    ReplyDelete
  17. msredcheesecake- ada tapi diorang tak cerita je kut..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)