Pages

Wednesday, October 26, 2011

Mana nak datangnya berkat itu..

Assalamualikum.

Apabila kita menghitung nikmat Allah,tentu tak terhitung banyaknya kan.Allah hanya menuntut supaya manusia mensyukuri nikmat itu.
Tapi adakah manusia mensyukuri nikmat itu,saya bagi yang paling mudah, contoh hidung kita bernafas,adakah kita sedar yg kita ni masih hidup untuk menyedup udara segar...berapa ramai bila kita bagun dari tidur mengucapkan "Alhamdulillah".

Pada hari minggu biasanya sarapan pagi,kita makan di luar ,dah lah malas nak masak,bila keluar je dari rumah,suami pakai seluar pendek,isteri pakai tudung tapi berbaju ketat,atau tak bertudung pun,atau bertudung tapi menampakkan lengan,Mana perginya "Allahuakbar',mana pergi Iyyaaka Na'budu Wa Iyayaakanas Ta'iin. "Mana nak datangnya berkat".

Ada pulak jenis manusia yang bila pergi kenduri,main langgar je waktu solat,contohnya perjalanan dari gombak ke Klang,mengambil masa yang agak panjang,kata lah mula perjalanan pukul 12:30,masa dalam perjalanan dah pun masuk solat Zohor,sampai rumah pengantin terus makan,perut tengah lapar ni,bila perut dah penuh ,apa jadi ,ada yang ingat solat Zohor tadi, Alhamdulillah,pada yang tak ingat ni, "nak kata apa",mana perginya "Allahuakbar".Perjalanan balik  pun sama mengambil masa yang panjang,terlepas lagi solat Asar..konon nak rapatkan silaturrahim.
"Mana datangnya berkat".

Ada lagi jenis manusia,bila bertandang ke rumah saudara yang kaki solat,elok bertudung,masuk waktu solat,terus solat,ini manusia yang takutkan Allah ke,atau takutkan tuan rumah.Ada juga yang tak solat langsung,ini lagi teruk.Tapi bila berjalan bersama keluarga,contoh bawa anak-anak makan angin,buka tudung,baju jangan nak kata lah,dah macam sarung nangka.Solat tak tahu lah. buat ke tak buat.Ini jenis sekejap pakai tudung sekejap buka tudung,nak main-main dengan Allah pula ye.Mana "Allahuakbar'."Mana datangnya berkat."
Fabi aii a'laa irabbikumaa tukazziban {nikmat Allah mana yang kamu nafikan}, Sebanyak tiga puluh dua kali ayat ini dalam surah Al-Rahman.

Allah berfirman:
Adakah kamu melihat orang yang menjadikan nafsu sebagai tuhan?Allah membiarkannya sesat kerana Allah mengetahui(kejahatan hatinya),menutup pendengaran,hati dan penglihatannya.Oleh itu, siapa yang memberi pertunjuk melainkan Allah?Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?"{Surah al-Jasiyah ayat ke- 23}

Terpulang lah kepada sesiapa yang nak terasa..

Wassalam.

17 comments:

  1. peringatan bersama nie.tq.manusia xlari drp melakukan kekhilafan..moga boleh berubah menjadi seorang yang lebih baik..insyallah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerna ingt mengingat antara satu sama lain. Memang kadang2 teralpa dan lalai tapi bersyukur jika Allah masih terus memberi petunjuk pd diri ini agar terus berubah ke arah kebaikan. Smoga Allah terus membimbing diri ini dan anak2 apatah lagi ketiadaan ketua keluarga yg menjd tonggak pd sebuah rumahtangga.

    ReplyDelete
  3. sori br sempat menjengah utk BW

    betul tu..sgt2 setuju dgn entry ni!

    terima kasih krn mengingatkan diri yg alpa ini

    ReplyDelete
  4. terima kasih di atas peringatan ini. saya pun ada lagi yang perlu diperbetulkan. saya tak trasa tapi saya suka entry ni. sedarkan saya. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. nice entry..manusia tak lepas dr kesilapan..kalau xde teguran..pai sudah kesilapan akan berpanjangan..

    ReplyDelete
  6. kebanyakkan dari kita sentiasa lupa akan hal ini.. Buat perkara yg baik tp dlm masa yg sama kita melupakan juga perkara yg lebih baik...

    ReplyDelete
  7. jumpa masjid/surau jgn pandang2 je, wajib singgah kalau dah dekat dgn waktu solatnya...kemudahan dah senang dan tersedia cuma nak dgn taknak je....'allhukabar'..semoga dpt keberkatan dgn peringatan ini.

    ReplyDelete
  8. Lama sudah terlupa, untung ada kawan yg sudi mengingatkan...

    ReplyDelete
  9. Bayangkan, sampai masanya nyawa kita hendak dicabut Izrail
    Terbayang betapa kehidupan kita dipenuhi dengan kealpaan
    Sesungguhnya kekesalan ketika itu, sudah tiada maknanya lagi
    Oh...tidak...

    ReplyDelete
  10. Tiramisu Fatiema-Insya-Allah

    HarumKasturi-semoga zatush tabah,menghadapi semua cabaran yg mendatang..

    KhaiRin-tak pe,sama-sama,mengingatkan diri sendiri juga..

    NasZ -sama-sama mencari keberkatan Allah,saya juga manusia biasa yg selalu buat silap..





    anismelon-sama-sama.saling tegur menegur..


    QueeN TerataI-setuju dgn queen


    PCL-betul tu,nak dengan tak nak je..

    ReplyDelete
  11. msredcheesecake-kita ni hamba yg lemah,jadi eloklah kita saling mengingati antara satu sama lain..supaya tak hanyut..

    ReplyDelete
  12. teguran yg baik.

    dah sememangnya kita hidup ni nak cari berkat. sama2 la kita berubah ke arah kebaikkan

    ReplyDelete
  13. MAT SOM -betul tu,mmg menakutkan,kalau ingat pasal mati ni..Allah terima ke amal kita selama ini..

    ReplyDelete
  14. ..hidup kita akn berkat jika semuanya kerana DIA....

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)