Pages

Friday, April 15, 2016

BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH


Peringatan buat Diri sendiri....

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui FB dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Pergi bercuti , upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin tak boleh nk makan mcm kita. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, mungkin ada di kalangan mereka yang bergaji kecil shj. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang biasa2 sj. Ada yang tengok gambar percutian kita, mungkin ada di kalangan mereka yg tidak mmpu @ sempat pergi bercuti dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..

"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..

"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..

"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

BENARLAH APA YANG DICORETKAN OLEH SOHIBUL HIKAM AL IMAM IBN ATHOILLAH ASSAKANDARI DLM KALAM HIKMAH YANG KE-11 :

'Kuburkanlah keberadaan kamu (kemasyhuran/kekayaan dll) di bumi yang tandus (tdk diketahui sesiapa) kerana sesuatu yang tumbuh tanpa di tanam akan menghasilkan hasil yg tidak sempurna..)

Cantik tazkirah ni. mudah2an kita mendapat manfaat daripadanya...

12 comments:

  1. memang cantik KM..acik pun sesekali ada juga share gambar makan yang dimasak..tapi dah banyak kurang nya..dulu2 mula2 pandai upload gambar memang setiap kali masak seronok je upload.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu dlm blog biasanya kita dh knl walau tk pernah jumpa pun..msing2 dh tau plot apa yg kita nk sampaikn..rasanya knor ok jer nk share apa pun..rasanya kwn2 dlm blog ni semua ok..biasanya share dlm wsppp kut,yg jadi tk bestnya bila bersaudara..kang sentap sana,sentap sini,sbb klgn saudara ni bkn semua sng pun..kita sndiri tau..so tk perlulh kut nk tunjuk2..tpi media sosial ni...mcm2 org ada..klgn kita,kita knl wlu tk pernh jumpa pun..

      Delete
  2. Kadang dapat inspirasi, kalau upload cara masak atau cara usaha untuk dapat ok kut, itu la kena ingatkan bersyukur apa yang ada, serba salah pulak..tksih atas peringatan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dgr ustaz kta..tkpe klu kita satu kepala,mknanya kita gang..kita dh fhm kita..

      Delete
  3. Terima kasih atas peringatan kak... kdg kdg kita terlupa. =) hehehe.. tp aina suka baca tmpt tmpt makan n bercuti yg menarik dr blog org lain... kita xdpt pergi dpt tgk gmbr pn jadi la..

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas ingatan kak....

    selamat mlm

    ReplyDelete
  5. Share resepi tk salah rasanya, bole dpt ilmu. Yg tk bole tu dgn niat mrnunjuk2..

    ReplyDelete
  6. Share resepi tk salah rasanya, bole dpt ilmu. Yg tk bole tu dgn niat mrnunjuk2..

    ReplyDelete
  7. Ha ah..kdg sama kita ok jer...nk tyg pun..nak taip resepi mls hahha

    ReplyDelete
  8. Alamak....mcm terasa jer hihi...

    Terima kasih Knor atas ingatan. Banyak ilmu yang kita dapat dpd blog Knor ni. Moga kelebihan dan kekurangan org lain tu dpt mendidik hati diri sendiri untuk lebih bersyukur dan redho... Boleh gitu hihi...

    ReplyDelete
  9. Memang ada betulnya..tp zaman dah berubah..bg sy berfikir secara positiflah..hasad dengki tu kan ke sifat mazmumah.apa benda pun klu kita fikir positif jadi positif..pada sy ok je nk share apa benda pun.agak2 macam tak suka tu remove je frenz..tak pun pejam mata.hahaha

    ReplyDelete
  10. SIFAT DAN SIKAP NEGETIF TERSERLAH DGN MUDAH WALAUPUN LUARANNYA 'SESUCI EMBUN PAGI'

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)