Pages

Tuesday, July 22, 2014

DESSERT THAI,THAB THIM GROB

Assalamualaikum sahabat soleh dan solehah.
Ramadhan semakin kepenghujungnya..terus terang aku tidak puas  dan rasa sangat sekejapnnya waktu berlalu..

alhamdulillah tempahan raya dah selesai penghantaran juga tinggal sedikit lagi..rempeyek sold out,syukur...masih ada yang nak menempah,tapi ku tolak dengan berhemah,ada antara pelangan yang berduit minta tolong sangat kita buatkan,"nanti saya bayar berapa pun"..katanya.."boleh, tapi lepas raya"..

semalam aku baru mula memasak manisan untuk anak-anak..dan buat durian crepe untuk adik adik dan abang.aku agihkan juga pada pelangan yang baru juga lama..

Desert Thai thab thim grob nama diberi..sesiapa yang biasa makan taulah dengan desert ni..memang popular dekat Thai.

misi berjalan selepas zohor..paginya ke pasar mencari bahan-bahan..
water chestnut atau sengkuang cina di kupas kulit dan di potong kiub seperti foto di bawah..


sengkuang cina yang di potong kiub dibersihkan dan di toskan..mula mewarna..ni bab kasi pada anak-anak..
masukkan tepung pulut dan gaul rata sambil mengayak ,jadikan seperti foto di bawah..

masak air hingga mendidih dan masukkan water chestnut yang disalut tepung pulut,biarkan sehingga ia naik kepermukaan dan kelihatan seperti lut sinar bak mutiara..seperti foto dibawah..
angkat dan tos..ketepikan.




langkah seterusnya,masak air gula dan masukkan  ketulan mutiara seperti foto di atas..
masakkan juga santan bersama sesudu garam..
berbuka dengan menikmati manisan bersama santan dan ketulan ais serta keranggupan water chestnut..

Dikala petang menjelang aku agihkan durian crepe pula..


kita mula besarkan Allah.
kita menangis bersungguh-sungguh
kita taubat bersungguh-sungguh
minta maaf pada keluarga,suami dan anak-anak.
dekat orang yang kita sakiti
moga Allah terima taubat kita
moga baki umur yang sedikit ni buat kita tersenyum masa menghadap Allah
mana tau satu benih kita tanam, berkat taubat kita sungguh-sungguh jadi pohon raksasa, bawak kita ke syurga.
Maaf‬ segala salah bicara .
aku berlindung kepada Allah dari ilmu yang tidak saya ketahui.

17 comments:

  1. Dimana nak cari sengkuang china tu knor.. macam teringin pula nak membuatnya.. nampak sedap sangat mutiara tu..

    ReplyDelete
  2. Selalu makan dekat restoren Thai Knor...kalau ada nangka sedap ek Knor...
    Senang je buatnya rupanya ...teringin nak mencubalah....

    ReplyDelete
  3. amboiiii menggodan yer...terliur la pulok!

    ReplyDelete
  4. oh ini macam dekat Johnnys tu. apa nama ntah. tapi memang sedap. kat johnnys dia letak nangka sket

    ReplyDelete
  5. Kakak buat campur dgn pisang tanduk pun sedap juga Nor...

    ReplyDelete
  6. Akak jual rempeyek rupanya..Ala kalau saya nak tempah dari akak camana sebab tak boleh nak pos...Tapi nengok rempeyek akak teruja la jugak ni hehe...Lepas raya nak tempah la yea

    ReplyDelete
  7. Nurulhuda Abdul Latip-
    ok lps raya boleh jer..lps puasa enam..in shaa Allah.dua minggu lps raya..

    ReplyDelete
  8. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete
  9. Moga semakin murah rezeki hendakNYA.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah murah rezeki akak. Banyak dapat tempahan yea. Sedap masakan yang akak sediakan tu ;-)

    ReplyDelete
  11. gambar desert tu mmg wat saya terliur kak.. tak penah rasa la menu akak tu.. pas tu ayat di atas ni.. menyentuh hati dan sanubari saya knor.. terima kasih...

    ReplyDelete
  12. desert tuh memang cair liur nengok...kalau senang dpt bahan nak cuba jugak..

    ReplyDelete
  13. rasanya dulu pernah order desert tu kat kedai...rajinnya knor...mcm2 buat

    ReplyDelete
  14. mcm seng je knor buat..
    selalu gitu.. bila buat x berpa jd..huuh

    ReplyDelete
  15. Tak pernah saya makan ni.. mmg kampungla saya ni. Hihi..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)