Pages

Thursday, February 6, 2014

Hatiku bulat


Pagi 6.2.2014 suasana sunyi  ketika solat subuh berjemaah,selesai solat subuh,masing-masing membaca al-Quran sementara iman soffea bersiap-siap untuk ke sekolah...
suasana dalam kereta,iman sepi sambil muka menghadap luar,suami tanya kenapa? spontan dia jawab;"pagi ni iman tak dengar suara abang",terus menangis.suami terus peluk iman..
kebiasan waktu pagi azhan qamat sebelum subuh,dan menyahut selepas imam (suami) selepas subuh kami sama-sama membaca al-Quran. yassin dan surah-surah lain...tapi pagi semalam lain suasananya..aku juga merasakan pagi tu,tapi saja tak nak tunjuk sedih,sebab tak nak nangis-nangis,tapi di sebabkan sedih iman soffea kami semua menangis dan rasa terharu sangat..suami ceritakan selepas menghantar iman ke sekolah,ketika aku masih membaca al-Quran.

Azhan telah selamat mendaftar pada hari rabu 5.2.2014
Semua pelajar adalah 8A dalam keputusan PMR .
Beribu yang memohon cuma 200 pelajar yang berjaya dan 1 bilik darjah seramai 25 pelajar.
48 tenaga pengajar
bersekolah selama 6 hari dalam seminggu
tingkatan 4 dan 5 sahaja
dari 8:10 am hingga 4:10 pm

daftar kemasukkan
 ikrar pelajar tingkatan 4 sesi taklimat ibubapa
masuk bilik asrama

inilah bilik azhan...
perkhidmatan dobi dan BSN termasuk juga gunting rambut...sesuai sangat untuk azhan. 

Surau Al-Mutafawwiqin, SASER..
Sedikit mengenai SBP Sms Tuanku Munawir (SASER)
Hampir 12 tahun penubuhan SASER.Dalam tempoh tersebut SASER telah melakar sejarahnya yg tersendiri dalam bidang akademik dan kokurikulum,SASER telah mengukir nama dengan cemerlang dalam bidang akademik.Bermula dengan sebuah sekolah yg serba kekurangan,prestasi pencapaian dalam peperiksaan SPM menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti.SASER telah berjaya menduduki tempat pertama di peringkat kebangsaan dari segi Gred Purata Sekolah dalam kalangan sekolah-sekolah berasrama penuh selama lima tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2006 hingga 2010 dan seterusnya dinobatkan sebagai sekolah terbaik dalam kalangan sekolah-sekolah  Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 2010 SASER telah berjaya memperolehi Gred Purata sekolah 0.89 dengan serami 16 pelajar memperolehi semua A+ dan 159 orang memperolehi semua A.Pada tahun ini juga Muhammad Putera Farid Iskandar pelajar SASER di nobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2010 peringkat kebangsaan.Saban tahun hampir 100 orang pelajar SASER dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.Sehubungan dengan pencapaian cemerlang ini SASER telah dianugerahkan pelbagai sijil penghargaan daripada Jabatan Pelajarn Negeri Sembilan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.Antara sijil penghargaan yang di terima SASER ialah Anugerah Terbilang JPNS,Anugerah Khas dan Anugerah Emas Kementerian Malaysia.

Dalam bidang kokurikulum SASER juga tidak kurang hebatnya.Banyak kecemerlangan telah dicapai di peringkat kebangsaan dan di peringkat antarabangsa.Antaranya memenangi pingat dalm pertandingan reka cipta anjuran Institut Pengajian Tinggi,Johan Pertandingan Caklempong kebangsaan,tempat ketiga kejohanan Golf MSSM,Johan Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri dan memperolehi Double Gold Medal dalam pertandingan ICAS.
Sesungguhnya kecemerlangan dalam pelbagai bidang di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa telah berjaya melayakkan SASER dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sekolah Cemerlang pada tahun 2006 dan Sekolah Ber prestasi Tinggi pada tahun 2010.SASER telah menerima Anugerah Bai'ah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak tiga kali pada tahun 2011,2012 dan 2013.Kejayaan yang di terima ini telah menjadi pendorong kepada warga SASER untuk terus menjana dan melestarikan kecemerlangan SASER dalam persada pendidikan di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa.

p/s doaku cuma satu cemerlang dunia dan akhirat aku serahkan segala kepada Allah swt.Hati aku bulat ketika ini.

17 comments:

  1. Rindu kan Nor..tapi demi masa depan, anak bujang harus dilepaskan untuk berjuang,moga Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  2. knor baru sehari tu..

    kakak dah masuk tahun kedua di asrama, dia masuk ptengahan tahun lepas, tahun ni dia SPM, adik-adik di rumah menunggu membilang hari kakak balik...

    Untuk Azhan, all the best!!

    ReplyDelete
  3. alaa cian iman...jgn plak azhan yg homesick lak lepas nie..:)

    ReplyDelete
  4. salam kak nor..perpisahan demi menuntut ilmu untuk dunia & akhirat, In Sha Allah hasilnya nanti akan menjadi anak yang cemrlang & soleh..

    ReplyDelete
  5. Semoga di mudahkan usaha mencari ilmu anak Kak nor.

    ReplyDelete
  6. kesian Iman...rindu kat abang la tu...utk Azhan...all the best...

    ReplyDelete
  7. selamat menghadapi pancaroba hidup di asrama, azhan!!

    ReplyDelete
  8. seronoknya kak tengok anak2 berjaya camgini...

    ReplyDelete
  9. Oh kakak ingatkan Nor dan suami tak mahu Azhan duduk asrama macam Nor katakan dlm N3 tak lama hari itu. Hantar juga ye. Itulah pembelajaran sekarang Nor tak boleh elak kena berpisah juga. Anak-anak kakak dari tingkatan satu dah terpisah... Insya-Allah DIA ada utk menjaga anak-anak kita. Kita sebagi org tua mampu berdoa dan menasihati...

    ReplyDelete
  10. kak nor yg terpisah dgn anak demi cita2... saya pulak yg sebak....

    ReplyDelete
  11. Baru2 ni perasaan ibu memang macam tu...lama2 ok lah...redha demi anak..

    ReplyDelete
  12. perpisahan untuk sementara waktu..akan menghasilkan ilmu yang berpanjangan..dan doa ibu berserta keluarga sebagai pengikatnya kasih dan sayang untuk menjanah masa hadapan..good luck Azhan ..

    ReplyDelete
  13. Semoga Azhan menggapai impiannya, cita-citanya, dan Allah sentiasa melindungi dan memberkati perjuangannya.

    ReplyDelete
  14. Tahniah Azhan....tahniah jugak utk mamanya kerana berjaya mendidik anak....suka tengok keluarga Knor...berjemaah pagi pagi...

    ReplyDelete
  15. Bagus sekolah Azhan ni. Semoga azhan bakal jadi anak cemerlang yang bukan sahaja akademik malah sahsiah ya..

    Adik rindu ya.... bagusnya..hububgan yg erat mcm itulah..

    ReplyDelete
  16. Kakzakie-ye kak,kak boleh baca n3 slps n3 yg kak baca tu..

    az mmg tak memohon,dah dpt tawaran itu rezeki dan kali ni tak nak tolak lagi,asyik menolak rezeki ,tak baikkan..tapi utk kebaikkan dia jihad menimba ilmu dr guru2 yg hebat,saya sgt galakkan..anak lelaki harus keluar mencari ilmu buat bekal diri sendiri dan keluarga.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)