Pages

Thursday, February 20, 2014

Dairi seorang Aku

Dairi yang teman-teman boleh baca,tiada rahsia...

1.Jika aku mati sekarang,aku harap agar segala bentuk penulisanku mampu memancing rahmat Ilahi,dan bukannya dosa yang diwariskan.
Jika yang ditulis itu bermanfaat maka baginya pahala yang bertimpa-timpa.Tapi yang ditulis itu punca dosa,maka ia akan berakhir dengan punca sesal tanpa hujungnya.

2.Syukur,redha dan berkat membuatkan yang sedikit rasa banyak, yang sempit rasa luas, yang kecil rasa besar, yang sederhana sentiasa mencukupi dan serba-serbi mampu membuatkan jiwa tenang tanpa resah, khuatir, ketidakcukupan dan kesengsaraan .

3.lepas solat subuh,lepas zikir,menahan marah.."iman,dalam solat tidak boleh bergerak, "titik" .dua tiga kali aku ulang,kalau buat lagi lain kali siaplah...solat sorang-sorang..

4..dhuha belum tunaikan lagi,tapi dah menghadap benda ni...ok takpe, kejap lagi... "alasan".

5.hari ni nak masak best-best sebab anak bujang nak balik..belum tiga minggu dah nak balik padahal baru jumpa minggu lepas..ikutkan tak bagi balik...nak balik jua, baliklah...

6.malam tadi dukung baby,setelah sekian lama tak dukung baby...rasa wanginya,kehangatan dan kecutean baby tu..melawat anak buah yang baru melahirkan zuriat..balik, mak saudara tu bagi le 3 biji cempedak kawin..cempedak nangka...apalah projek nak dibuat nanti...wassap pada adibah buah cempedak tu.."ala masa adibah balik tak ada pun!!!"..tunjuk gambar kartun nangis...huk..huk.

7.sebelum maghrib petang semalam, sempat bagi tazkirah pada suami,iman soffea dan muhammad..kenapa kita mesti minum duduk dan bukannya berdiri....sebab iman baru aje selesai minum berdiri..

Mengapa Rasulullah melarang minum berdiri? :- kerana dalam tubuh ada penapis yang hanya berfungsi jika kita duduk. Jika berdiri, penapis tertutup. Air yg tak tersaring dan terus masuk ke kantung kencing boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. : setiap sunnah ada manfaatnya....faham tak?..nak minum berdiri lagi ke?...serentak iman dan muhammad jawab.."tak nak mama"..

dari tazkirah pendek jadi panjang.. sebab muhammad tanya apa itu kantung kencing dan apa itu kristal ginjal..?




23 comments:

  1. Seronok membaca diari orang lain ni.. haha.. bagus juga bagi penerangan jelas supaya anak faham dan nak buat apa yang disuruh.

    ReplyDelete
  2. Diari yg penuh hikmah ..terima kasih kerana mengongsinya...kadang ade benda yg kita terlupa kerana terkejar kejar.

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang kite pon terlupa, laju2 minum air sambil berdiri. huhuu

    ReplyDelete
  4. Sebab itulah specialnya minum air zam-zam saja sunat berdiri, mengadap kiblat dan berdoa sebelum minum tak sama dgn air-air lain...

    ReplyDelete
  5. Diari penuh makna ni kak. Thanks atas perkongsian minum berdiri tu.

    Cempedak...feveret saya tu kak. Sedapnya.

    ReplyDelete
  6. kristal ginjal ? batu karang ke
    eh pandai2 je huhu

    ReplyDelete
  7. Fazleyatul Aini-ye pandai pun..

    ReplyDelete
  8. bila dah tertulis di dairy tu....senang nak cek balik adakah hari ini kita melakukan sesuatu yg baik....jika tidak perbaiki keesokkannya....betul tak Kak Nor..?

    ReplyDelete
  9. yan's cottage -ye setuju n sangat benar

    ReplyDelete
  10. minum air berdiri.. berlaku ketika memasak didapur.. huhuhu..

    ReplyDelete
  11. walaupun pendek tapi penuh dengan pengisian

    ReplyDelete
  12. Anak-anak jika dilatih dari kecil, Alhamdulillah cepat masuk, cepat ingat, insyaAllah bila besar senang hati kita kan Nor.

    ReplyDelete
  13. Lama tak mrnulis diari... dalam blog ni... tak real macam diari.. huhu

    ReplyDelete
  14. Sayangku Zie -ini dairi ciptaan knor aje..

    cinta dan kasih sayang manusia hanya setitis jika dibandingkan dgn selautan cinta dan kasih sayang Allah..

    dua anugerah di setiap pagi,berada dalam dua nikmat dan tidak tahu bagaimana diantara keduanya yang lebih baik, dosa-dosa yang ditutup Allah hingga tidak bisa dilihat oleh sesiapa pun, dan kasih sayang yang dimasukkan Allah ke dalam hati hamba-hamba-Nya...

    ReplyDelete
  15. Blog peribadi sememangnya sebuah diary (dairy bergambar). Cuma satu kelainannya berbanding diary buku ialah.. kita terpaksa menapis2 perkataan serta baca byk2 kali dulu sebelum menzahirkannya menjadi sebuah entry. Betul tak?.

    ReplyDelete
  16. terimakasih entri nya Knor, sedikit tapi penuh makna

    ReplyDelete
  17. hai..akak...lama x jengah blog akak..

    ReplyDelete
  18. terima kasih dairi yang takder rahsia ini...juga tazkirah yang baik untuk berkongsi..

    ReplyDelete
  19. Assalam Knor...
    Harapnya catatan peribadi kita takkan menyakiti sesiapa... tapi boleh kongsi ilmu juga

    ReplyDelete
  20. Dulu dulu zaman jahiliah rajin gak minum berdiri Knor...hehe tapi sekarang alhamdulilah seboleh mungkin mmg cuba minum sambil duduk...syukur

    Tahniah dapat anak sedara! Tak teringin lagi ke? hehe

    ReplyDelete
  21. Dulu dulu zaman jahiliah rajin gak minum berdiri Knor...hehe tapi sekarang alhamdulilah seboleh mungkin mmg cuba minum sambil duduk...syukur

    Tahniah dapat anak sedara! Tak teringin lagi ke? hehe

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)