Pages

Thursday, November 29, 2012

Buah cinta berasas takwa

p/s cuti -cuti sekolah ni carilah sedikit masa untuk berbual dan bercerita dengan anak-anak yang sedang meningkat remaja untuk memiliki cinta berasas takwa..tapi dengan saya  anak-anak jangan harap nak bercinta-cintun ye..buat masa ni adibah dengan azhan geli pula dengar pasal cintan-cintun ni..cerita dan jadikan tauladan ok aje.."Ingat couple dalam Islam adalah Haram."
Di sini saya hidangkan dengan hidangan santapan rohani semoga kita sentiasa  memperbaharui kehidupan dengan perkara yang baik lagi murni...

Inilah kisah indah percintaan seorang tabi’in mulia. Namanya Mubarak.

Dulu, Mubarak itu seorang hamba. Tuannya memerdekakannya kerana keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka ia bekerja pada seorang kaya raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Ia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi semua temannya dan penduduk di sekitar kebun.Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata: “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!”Mubarak seketika itu bergegas ke kebun. Ia memetikkan beberapa buah dan membawanya padaTuannya. Ia menyerahkan pada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya masam dan belum masak.

Ia mencuba satu persatu dan semuanya tidak ada yang manis dan masak..Pemilik kebun itu gusar dan berkata: ”Apakah kau tidak dapat membedakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan mana yang masam?”“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya boleh merasakan yang manis dan yang kecut,” jawab Mubarak.“Apa? Kamu sudah sekian tahun bekerja di weesini dan menjaga kebun delima yang luas yang telah berpuluh kali berbuah dan kau katakan belum merasakan delima. Kau berani berkata seperti itu!”Pemilik kebun itu marah merasa dipermainkan.“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah memetik satu butir buah delima pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk memakannya?” .Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun ia tidak langsung percaya begitu saja. Ia lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak dan tetangga disekitarnya tentang kebenaran ucapanMubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima. Juga tetangganya.Seorang temannya bersaksi: “Ia seorang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika ia tidak pernah makan satu buah pun sejak bekerja disini bererti itu benar.”***Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam ia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu.Untuk lebih meyakinkan dirinya, ia kembali memanggil Mubarak:“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buah pun selama menjaga kebun ini?”“Benar Tuan.”“Berilah aku alasan yang boleh aku terima



“Aku tidak tahu apakah Tuan akan menerima penjelasanku apa tidak. Saat aku pertama kali datang untuk bekerja menjaga kebun ini, Tuan mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu aqadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku kerana tidak ada izin yang jelas dari Tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?”“Ya, meskipun delima yang jatuh ditanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku boleh memakannya.”Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Ia sangat tersentuh dan terharu. Ia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata, “Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan.Menurutmu aku mengahwinkannya dengan siapa?”Mubarak menjawab: “Orang-orang Yahudi mengahwinkan anaknya dengan seseorang kerana harta.Orang Nasrani mengahwinkan kerana keindahan. Dan orang Arab mengahwinkan kerana nasab dan keturunannya. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”Pemilik kebun berkata: ”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertakwa darimu.”Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan cerdas. Ia hafal kitab Allah dan mengerti sunnah NabiNya.Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah SWT. Ia hidup dalam syurga cinta. Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama“Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau“Ibnu Mubarak”, seorang ulama di kalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenali sebagai ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenali sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.Inilah Buah cinta yang Berasaskan Ketaqwaan, semoga kita dianugerahkan cinta yang disertai ketaqwaan.





Wednesday, November 28, 2012

Ok ke PLKN ni...?




p/s boleh tak kongsi pengalaman atau pendapat tentang kebaikan atau keburukan..saja nak tanya..manalah tahu rakan-rakan atau anak rakan-rakan sudah melaluinya..:)

Tuesday, November 27, 2012

Mak cik tu dengan saya tak ada bezanya...


Tergesa-gesa turun tangga  nak pergi ke parking,ternampaklah ada seorang mak cik ni tengah borak-borak dengan seseorang..tiba-tiba dia datang ke arah saya macam mengejar saya je.saya cepat-cepat masuk dalam kereta,tiba-tiba mak cik terus menegur 'adik nak beli keropok,' gaya percakapan macam orang Terengganu, "takpelah mak cik saya nak cepat ni"mak cik tu pujuk-pujuk saya,banyak kali juga saya menolaknya..lepas tu saya tanya "berapa satu makcik.."satu 12 ringgit kalau adik beli dua 24 ringgit..emmm dalam hati tak payah cakap pun tak apa kalau dua 20 ringgit oklah juga..oleh kerana kesian dengan makcik tu oklah saya ambil satu.memang tak nak beli sebenarnya sebab memang bukan pengemar keropok dan tak berapa nak bagi anak makan keropok,makan keropok pun bila bertandang rumah orang,  takkan tak makan pula bila orang hidangkan..

saya anggap bersedekah aje kat mak cik tu..dalam hati kata..:"tak kaya pun saya dengan 12 ringgit tu..ok mak cik terima kasih banyak..berpeluh-peluh mak cik tu,susah payahnya dia mencari rezeki.

 bilalah saya nak goreng keropok ni...

saya pun jual keropok juga bezanya ia adalah rempeyek tak perlu jalan-jalan hanya tunggu call masuk atau dari mulut ke mulut . tak perlu iklan sana sini orang datang mencari saya.tapi susah payahnya saya di sini ialah mengoreng rempeyek.kalau tak cukup mental dan fizikal lupakan aje..macam adik saya..kononnya nak buat jugalah, saya bagi resepi,dia cubalah buat..dia kata satu balang satu hari..amboi lamanya..macam-macam komplen..sudahnya beli aje dari saya..kalau satu hari satu balang kalau orang tempah 3 balang mau seminggu..mak cik tadi mungkin susah payahnya menjual merata tempat..

p/s memperbanyakkan doa kepada Allah semoga di permudahkan usaha dalam mujahadah.tiada satu yang mudah kecuali Allah mempermudahkan..

Monday, November 26, 2012

Macam-macam minta



hai macam-macam adibah minta,nak makan durianlah nak makan pavlovalah,nak makan maggilah,nak minum air berkarbonatlah,nak makan sambal belacanlah,nak tidur puas-puaslah,nak tengok tv suka hati dialah, nak baca novel,nak berchatting macam orang mengidam pula..

maklum saja bertungkus lumus sebelum ni menelaah,sampai tak keluar bilik,tak keluar rumah,keluar rumah hanya untuk kesekolah aje..nak makan di luar pun tak nak ikut,pergi jalan-jalan rumah saudara pun tak nak ikut.masa itu emas katanya...rugi..rugi inilah yang menentukan masa depan katanya,"

hari ni paper biologi subjek yang dia sangat minat..juga tamat pada hari ini.semoga dia beroleh kejayaan dalam semua mata pelajaran yang di ambil.


p/s sebelum ni semua yang dia teringin tu di larang makan..jemput dia nanti nak singgah beli durian..makan puas-puas ye adibah..

Sunday, November 25, 2012

Go..go..go.. Azhan




p/s ..dapat tahu hanya melalui online...30.11 baru ambil slip keputusan di sekolah,hmmmm anak orang lain hebat lagi agaknya...tahun hadapan PMR ..go..go...go azhan.

Saturday, November 24, 2012

Masak apa hari ni....?


selamat berhari minggu..hari ni update n3 memandangkan senang dan tidak le sibuk...
suami biasalah ada kelas bahasa arab..

memasak dah jadi rutin..nak jalan-jalan belum tiba masanya lagi anak tak habis exam lagi..

sup bebola ayammas tak pedas anak-anak suka...

kangkung sos tiram

ikan bawal putih hanya di goreng dan sambal belacan..kegemaran saya dengan adibah

tak ada resepi hari ni..hidangan tak ada yang istimewa sangat pun..rasanya semua pun boleh masak..kan..nak bagi idea tu yelah kut..

Friday, November 23, 2012

Main sambil belajar


inilah kerja iman soffea tak habis dengan mengunting, melukis, mengadun dan macam-macam lagi ...
buat lubang dan masukan jari...lepas tu boleh gerak-gerakan lukisan tu..

 iman dan muhammad

ini gelang yang iman buat...banyak tasbih mama yang putus..di jadikan gelang

nak jual katanya...

sahibba


Nabi Saw amat menyukai kanak-kanak..Bahkan kanak-kanak juga sangat menyenangi Nabi SAw..Nabi selalu mendahului mengucap salam kepada mereka, mengusap pipi dan kepala mereka, bergurau senda bermain bersama, bertanyakan soalan teka teki kepada mereka, memanggil mereka dengan panggilan 'wahai anakku'....



ini lukisan muhammad si gunung dan si pelangi

 ini pula lukisan iman soffea sinaran matahari

 ini pula lukisan abang lamborghini

p/s aktiviti cuti-cuti ni...lepas ni saya akan bagi markah..untuk semua lukisan tu..tak sabar dah anak-anak...!!

Thursday, November 22, 2012

Qunut nazilah

Bismillahirrahmanirrahim.

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman.

Bersamaan dengan turunnya berbagai musibah dahsyat yang menimpa kaum muslimin berupa peperangan, penganiayaan, bencana alam dan lain-lainnya terutamanya di Iraq, Palestin, Afghanistan, Chechnya dll, maka perlunya dijelaskan secara ringkas mengenai Sunnah Qunut Nazilah yang merupakan Sunnah yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw pada keadaan yang seperti ini dan juga merupakan salah satu bentuk keperihatinan seorang muslim kepada saudaranya apabila hanya mampu menolong saudaranya dengan doa ini.


Diharapkan kepada Allah Taala semoga tulisan ini bermanfaat untuk kaum muslimin dan mempererat hubungan ukhuwwah Islamiyyah antara Muslimin.

DEFINISI QUNUT NAZILAH

Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah:
"Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

p/s Sumber

surau dan masjid  di minta mengadakan solat hajat doa qunut nazilah untuk rakyat palestin di Qaza.

Wednesday, November 21, 2012

Kek cinta monyet


Menekan,memaksa dan mengongkong adalah umpama mendidik monyet liar bagi di jadikan pemanjat kelapa.monyet itu di paksa serta terkongkong dengan lehernya terikat.pengikat menekan dan menundukan monyet adalah dengan mengunakan besi panas yang di bakar hingga merah.apabila monyet itu berbuat silap ,maka di cucuk dengan besi merah panas itu.

lama kelamaan monyet menjadi takut dan serik.tak lama selepas itu tidak lagi mengunakan besi merah panas sebaliknya di tukar kepada rotan yang bercat merah.apabila monyet itu silap, dengan mengacukan sahaja rotan bercat merah itu,monyet pun takut dan tunduk kepada arahan.

moralnya di sini mendidik menurut kaedah menjinakkan monyet sesuai untuk haiwan ye...cara mendidik haiwan memang tidak sesuai untuk manusia,nanti sakit jiwa, penuh pulak manusia di Tanjung Rambutan.

kek Darul Aman rinduan resepi yang di cipta oleh peserta master chef puan Nina, caramel pisang dengan labu.

Kek cinta monyet resepi yang di cipta oleh Knor, caramel pisang dengan ubi keledek oren.ada kena mengena  dengan monyet....kan..kan

 resepinya:

2 cawan tepung blue key
3 biji keledek oren
5 biji telur
1 cawan minyak jagung
5 biji pisang restali
hiasan cerry
gula (caramel)

pukul telur,gula tepung sehingga memutih kembang
kaup balikan ubi yang telah di rebus dan di penyekan dengan garpu.
hanguskan gula.lepas tu letakkan di dalam dulang kek, susun pisang atas caramel.
kemudian curahkan adunan kek di atas pisang.bakar selama 45 minit suhu 180 celcius.
dah masak,sejukan dan terbalikkan...lepas tu hiaslah suka hati...

p/s Allah menjadikan seluruh alam semesta dan mengambil manfaat daripada penciptaan mahkluk

Monday, November 19, 2012

Untung nasib di sisi Allah



“Bagaimana mampu  bergembira seseorang yang harinya membinasakan bulannya dan bulannya membinasakan tahunnya dan tahunnya membinasakan umurnya. Bagaimana mampu  bergembira seseorang yang umurnya menggiringnya kepada ajalnya dan kehidupannya menggiringnya kepada kematiannya.”

Segala puji bagi Allah yang telah menetapkan sifat fana bagi dunia ini dan mengkhabarkan bahawa akhirat adalah negeri abadi, dengan kematian dia membinasakan usia yang panjang. Saya memuji-Nya atas segenap nikmat-Nya yang tercurah dan saya bersaksi bahawa tidak ada yang berhak diibadahi selain Allah semata, zat Yang Menundukkan segala sesuatu. Dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Dia telah memperingatkan dari condong kepada negeri ini, shalawat serta salam semoga tercurah kepada beliau dan keluarganya beserta para shahabatnya yang taat dan suci sepanjang siang dan malam.

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Allah dan fikirkanlah dunia kalian dan betapa cepat dia berlalu. Bersiap-siaplah menyambut akhirat dan kengeriannya. Setiap bulan yang menghampiri seseorang semakin menyeret dia mendekati ajal dan akhiratnya.

Sebaik-baik kalian adalah yang panjang umurnya lagi baik amalannya, dan seburuk-buruk kalian adalah yang panjang  umurnya lagi buruk amalannya. Tidak ada selain apakah seseorang diberi pahala atas ketaatan dan kebaikannya atau diberi dengan dosa atas keburukan dan kemaksiatannya, kecuali apabila dikatakan fulan telah wafat.

 p/s nafsu mengakui keesaan Allah sebagai Tuhan apabila berada dalam keadaan yang lemah.
nafsu makhluk yang degil dan angkuh terutama ketika dalam keadaan yang kuat.

Sunday, November 18, 2012

IMAM AHMAD HANBAL RAHIMAHULLAH



Pagi tadi selepas subuh sempat saya membacakan kisah-kisah Imam yang terkenal antaranya Imam Ahmad Hanbal,Imam Shafie,dan Imam al Ghazali.saya baca depan adibah kerana hari ini paper ugama Islam,kira last minute la ni...

kalau nak di ikut adibah memang minat tentang sejarah Islam di banding sejarah Melayu,kerana katanya ia sangat berbaloi.namun kertas sejarah melayu tidak menghampakan setiap kali exam alhamdulillah A.

Riwayat hidup.
  
A) Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b.
Hanbal b. Hilal As-Syaibani.
B) Beliau berketurunan Nabi sebelah nenek yang bernama Nazar b.
Maad b. Adnan.
C) Beliau dilahirkan pada 164 hijrah bersamaan 780 masihi.
D) Seorang ahli sunnah yang terbesar, Saleh dan Zuhud dianggap
( Mujaddid ) bagi abad ke 3 hijrah.
E) Beliau meninggal dunia pada 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika
berusia 77 tahun.
D) Merupakan pengasas Mazhab Hambali.

SIFAT PERIBADI.

A) Sangat taat kepada gurunya dan tidak suka bercakap banyak.
B) Mempunyai daya ingatan yang kuat sehingga dapat menghafal hadis
lebih banyak daripada orang lain.
C) Suka memaafkan kesalahan orang lain.
D) Telah dipenjara dan didera kerana enggan mengakui pendapat
Muktazilah bahawa Al-Quran adalah makhluk Allah.
E) Beliau berjiwa besar, Zuhud dan tidak terpengaruh dengan
kemewahan hidup.

KEISTIMEWAAN BELIAU.

A) Berminat dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti hadis, fikah dan
ilmu Al-Kalam.
B) Digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih daripada 700 000
hadis.
C) Kuat beribadat dan pernah bersembahyang 300 rakaat semalaman
dan seminggu sekali khatam Al-Quran.

SUMBANGAN BELIAU.

A) Karangan beliau yang termasyhur ialah kitabnya Al-Musnad.
B) Menghasilkan tafsir Al-Quran, kitab An-NasihWal Mansuh, Taatur
Rasul, Al-manasik, Al-kabir, Wal manasik Al-saghir.
C) Mazhab Imam Ahmad iaitu mazhab Hanbali berkembang di Baghdad,
Mesir dan Syria.
D) Menyebarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
E) Fatwa sahabat dianggap penting selepas Al-Quran dan As-Sunnah
selepas itu barulah Kias.

p/s semoga ada yang keluar dlm exam hari ni...

Saturday, November 17, 2012

Keajaiban di Gaza..





Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1




Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA... DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA..

"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-
burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin, syria, dan di mana shj umt islam ditindas.. dan hancurkanlah tentera Zionis
laknatullah!"

Sahabat Ku bacalah surah al-Baqarah ayat 26-27 dan surah yunus ayat 85,86,88 malam ini. Tolong sebarkan. Agar israel hancur. Foward kepada seluruh umat islam. Saudara seagama
telah dikepong tunggu masa untuk disembelih. Keadaan amat dashyat. Itu sahaja jihad kita. Mintak tolong sangat2 kepada sahabat2 sebar seramai mungkin.
hanya doa yang mampu kita kirimkan,semoga Allah makbulkan doa kita semua.
 p/s sumber dr fb
When you sleep tonight, remember that there are 1.6 million people in Gaza that will remain awake, to stay alive. :'(

Thursday, November 15, 2012

Ayat 1000 Dinar




 Kek coklat raspberry


Cuti sekolah banyak juga menerima tempahan kek,ada yang nak bertunang ada yang nak kawin ada juga nak buat sambutan harijadi. yang saja-saja nak makan pun ada juga .




kek cawan coklat badam

p/s dari suka-suka pada mulanya...rezeki Allah ada di mana-mana....

Wednesday, November 14, 2012

Ayat Kursi penghulu bagi seluruh ayat Al-Quran



FIRMAN Allah bermaksud: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KeupayaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255).

Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam Al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat Al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya. Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak.

Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain. Daripada kedudukannya dalam Al-Quran, sabda Nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: "Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling Agung?" Jawab Baginda: "Ia adalah ayat Kursi" (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).

Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: "Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu." Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat Al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).

Daripada sudut keberkatannya ketika mati dan di akhirat, sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya"
(riwayat al-Nasai).



Salam 1 Muharram yg berkah sahabatku..Semoga tahun baru membawa sejuta perubahan dan keinsafan dalam diri kita ... moga beristiqomah dan bertambah iman kita :)

Tuesday, November 13, 2012

Cendawan shiitake

“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah Al-Baqarah ayat 168)


Monday, November 12, 2012

Finger tips



beli plasticine banyak-banyak pelbagai warna menjana otak...hasil kerja tangan iman...

print  paper craft dari internet..buatlah robot macam azhan buat ni...
 lego..muhammad


Thursday, November 8, 2012

Spaghetti carbonara 2


Tengahari Jumaat anak-anak ada di rumah kecuali azhan.dah seminggu cuti.hari ni dia pula yang pergi sekolah,nak bincang dengan cikgu mengenai jamuan katanya.semalam hari anugerah cemerlang iman soffea,tahniah buat iman.Esok giliran muhammad pula.sementara  adibah bercuti  exam selama sepuluh hari...akan bersambung selepas itu.

 spaghetti dengan hotdog buatlah macam di atas,bantuan anak-anak,diorang suka cucuk-cucuk ni...

 selepas di rebus..pastikan letak minyak ke dalam air rebusan ..



spaghetti carbonara resepi ada di n3 lepas..


sementara tu rebus american potato separuh masak,tak payah buang kulit ye...ini nak buat potato wedges

beli aje tepung serba guna..perapkan..selepas tu bolehlah di goreng.

sedap makan panas-panas..sambil goreng boleh terus masuk mulut...


perapkan daging dengan sos barbeque nak di panggang selepas satu jam...

 selepas daging di panggang...


tiba masa saya makan....buatlah ye..senang aje..



Tuesday, November 6, 2012

Fruits cake

assalamualaikum

hari ini knor mungkin tak sempat nak jalan-jalan sebab nak menyudahkan tempahan.insyaAllah  kalau ada kelapangan  saya singgah.terima kasih pada yang sudi singgah sini,saya hidangkan dengan kek sponge buah peach.silalah ye...



Sunday, November 4, 2012

Tasbih Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan Nun




LAA ILLAHA ILLA ANTA SUBHAAN AKA INNI KUNTU MINADH-DHAALIMIN
Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau Ya Allah,Maha suci Engkau,aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku.

Sabda Rasulullah saw menerangkan bahawa beliau telah mengetahui sebuah kalimat,jika membaca kalimat itu,orang yang kesempitan akan di lapangkan Tuhan.Kalimat yang di ucapkan oleh saudaraku Yunus ketika berada di dalam perut ikan Nun.

p/s pesanan ayah dan mama selepas solat subuh

Friday, November 2, 2012

Pokok sembahyang





masa sarapan tadi ternampak sebatang pokok  di tepi restoran..malangnya tak tau pokok apa..

sepohon kayu daunnya rimbun
lebat bunganya serta buahnya
walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.



Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)