Pages

Sunday, July 8, 2012

HARTA PUSAKA...

Assalamualaikum

Rasulullah saw tidak meninggalkan kepada umatnya wang ringgit, gedung-gedung perniagaan, emas dan perak, tanah, ladang dan estet.... apakah yang ditinggalkan oleh Baginda s.a.w.?

"Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada satu hari, beliau berlalu di pasar Madinah, beliau telah berhenti di pasar, dan berseru kepada ahli-ahli pasar, dengan katanya: Wahai ahli-ahli pasar, apakah yang melemahkan kamu? Mereka berkata: Apakah maksudmu wahai Abu Hurairah? Beliau berkata: "Harta pusaka Baginda Rasulullah s.a.w sedang dibahagi-bahagi, sedangkan kamu masih berada di sini!... Tidakkah kamu ingin pergi mendapatkan bahagianmu? Mereka bertanya: Dimana dia? Jawab Abu Hurairah: "Di masjid".

Maka keluarlah orang ramai dengan segera ke masjid... sedang Abu Hurairah tetap menunggu di situ, sehingga mereka kembali... Abu Hurairah bertanya: Apakah yang kamu dapati? Mereka menjawab: "Kami telah pergi ke masjid, dan masuk ke dalamnya... namun tiada suatu pun harta pusaka baginda yang dibahagi-bahagikan"... Abu Hurairah bertanya: "Tidakkah kamu nampak seseorang di dalamnya? Mereka menjawab: "Ya, kami nampak sebahagian mereka sedang bersembahyang, sebahagiannya membaca Al Quran, dan sebahagian sedang membincangkan perkara halal dan haram... Maka Abu Hurairah berkata: Alangkah kecewanya kamu... "Bukankah itu harta pusaka peninggalan Nabi s.a.w.?" (HR Thobrani)



p/s  ketika kita di masjid,sedang mendengar kuliah atau ceramah,dan membaca al-Quran malaikat membentangkan sayapnya,dan kita duduk di atas sayap malaikat.Alangkah seronoknya,ketika itu kita berada dalam kelompok itu.

12 comments:

  1. Harta pusaka untuk kesana nanti..

    ReplyDelete
  2. dah nak bulan puasa ni, harap2 dpt tingkat kan amalan. mengaji. bekalan ke sana jua nanti. harta dunia, tinggal di dunia semata

    ReplyDelete
  3. org tak nampak sayap tu.,.kalau nampak gerenti penuh masjid mcm org p tgok konsert..kan?

    ReplyDelete
  4. amaln sebagai bekalan kita menuju akhirat nanti!

    ReplyDelete
  5. Pn. Norihan pun tengah membahagikan sebahagian harta2 Rasulullah itu di blog Cinnamon ini. Tkasih banyak2,

    ReplyDelete
  6. HARTA YG TAK NAMPAK ITU SELALUNYA LEBIH BERNILAI...

    ReplyDelete
  7. Pen Biru-betul..apa agaknya yg ada bersama2 mereka ketika berhibur,,kalau nampak, cmfrm semua cabut lari..

    ReplyDelete
  8. Mat Som -saya HAMBANYA yg mahu kasih sayang dr ALLAH,BEGITU JUGA DENGAN SEMUA.

    ReplyDelete
  9. ahlan wasahlan yaa ramadhan :)

    psss mmm aurat ye kak hee sy pakai seluar tight bawah paras lutut..yg pict ade perempuan tu sy hitamkan :) baju suar depe pakai ketat..

    boleh klik kat gambar baru nampak jelas sowi kak pict tu memang kabur hehehe yg lain tu ramai kristian, 2 3 orang je muslim kat situ tmasuk sy :) alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. harta pusaka yg paling bernilai dan mmg amat rugi jika kita x menggunakan harta yg ada ini sebaik mungkin

    ReplyDelete
  11. nie la bekalan yg Rasulullah tinggal kan buat kite..cuma nak ngan xnak je kejar harta yg ditinggalkan..

    ReplyDelete
  12. sume majlis ilmu akan dapat sayap malaikai jika dibuka dgn al fatihah dan ditutup dgn tasbih kifarah. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)