Pages

Monday, February 13, 2012

Masih ingat lagi..

Assalamualaikum.

Entri kali ni nak mengimbau kenangan lama.Ketika masih hingusan lagi.

Kenangan di kampung yang tak mungkin saya lupakan,dan selalu jadi bahan cerita untuk anak-anak.Saya datang dari keluarga yang miskin,Pada masa tu rezeki kami  hanya bersawah padi,selain kerja-kerja kampung.
Inilah jamban (tempat melepaskan hajat)

Seorang budak yang sangat comot (saya la tu ),balik dari sekolah aje,terus terjun dalam parit,lepas tu berkubang dengan jiran-jiran sebaya.(belum baligh lagi)
Masih ingat lagi,makcik-makcik kat kampung masa tu berkemban bila mandi,bukan makcik-makcik aje,anak-anak dara pun sama,bayangkan mandi air parit aje,cuma ada pangkin aje..tutup pun tak.Dulu-dulu airnya putih bersih..walaupun di kelilingi kiambang.
Bayangkam masa tu aurat tak di jaga ,mana taknya mandi di tempat yang terbuka.

Itulah antara dulu dan sekarang,dulu yang nak menyampaikan ilmu tak banyak dan tak sampai pun dekat kampung.Di bandingkan dengan sekarang,sudah banyak penceramah-penceramah yang hebat-hebat. Media massa juga memainkan peranan.Masjid masjid juga tak sunyi,Hari-hari ada saja kuliah dan ceramah.
Kiambang bertaut

Masih ingat lagi ketika nak menonton  tv,kenalah pergi ke rumah jiran.
 Jiran tu siap letakkan tin di tepi tangga,bukan free tau tengok tv, kena bayar sepuluh sen.Bila iklan aje,jiran tu tutup tv,yang terlebih sangat tu,masa Azan berkumandang pun dia tutup,tak nak dengar Azan atau nak jimat..?di banding dengan sekarang,anak-anak di suruh diam bila mendengar azan.'Bezanya dulu dan sekarang.'
 Masa tu mana ada letrik macam sekarang,guna bateri aje.

Masih ingat lagi ketika itu suka main guli dan getah,bila tak ada guli, kulit kerang pun jadi.Tak habis dengan itu aje,main baling selipar,saya la selalunya juara,memang ganas.Anak-anak sekarang, main mengadap pc dengan kawan yang berada di luar negara.
Kalau di ceritakan pada anak-anak,ternganga semua.."eee,betul ke mama macam tu."

Nota;Selalu beritahu dekat anak-anak cintailah orang miskin.Bersyukurlah dengan apa yang ada.kalau sesiapa yang komplen pasal makan,mula la saya berhujah dengan anak-anak,Rasulullah makan tak pernah kenyang,dan tak pernah makan roti yang lembut.

Wassalam.

13 comments:

  1. salam
    besh bila teringat kenangan dulu2 =)

    ReplyDelete
  2. cantiknya...suka tengok tempat macam nie...banyak kenangan yang perlu dikongsi...ia memberi ketenangan kepada pencerita mahupun pembaca

    ReplyDelete
  3. mcm jambatan kayu kt kg sy tp bezanya kat bwh tu ada sawah padi. bab berkubang sy jg antara juara2 dlm pembikinan ms tu hehehe

    ReplyDelete
  4. Nostalgia berkubang dikampung tak akan dirasai anak-anak kita. Kakak pun dulu miskin teramat. Nak beli buku yg harganya baru RM3.15 pun kakak kena jual nenas dulu, kalau terkenang boleh rembes airmata. Mujur mak-bapak kakak celik ilmu walau susah hantar juga anak-anak sekolah...

    Main getah gelang yg warna-warni, teng-teng semua kakak rasai...

    ReplyDelete
  5. sekrang ni walau byk medium utk dptkan ilmu tp keadaan ummat skrg ni amat menggerunkan...

    zaman sya dah mmg xde kubang dlm parit ni.. kalau ada masa balik kampung nenek.. pasti akan berkubang dgn sepupu2.. masa kecil2 dulu la.. skrg xdela lg.. nak berkubang pun dh xde selera dgn parit yg ada kotor! hehehe lgpun msg2 dh besar...

    ReplyDelete
  6. Masa kecil memang terlalu indah untuk dikenang.

    Ketika itu kita tak perlu memikirkan tanggungjawab, kita suka saja...siang malam.

    Cuma masalahnya duit memang masalah. Anak-anak kita sekarang memang sgt bertuah, tak perlu nak tolg org tua buat kerja2 berat.

    Tapi, suruh basuh kasut sekolah sendiri pun dah banyak songel, itulah budak2 masa kini.

    Alangkah untungnya jadi kita yang hidu pada zaman itu. Kerana kaya dgn pengalaman umpama yg CINNAMON ceritakan di sini.

    ReplyDelete
  7. suka sgt bca..trgat kenangn lama.indah sgt....

    ReplyDelete
  8. cheqnA-banyak sgt kenangan..

    Kancil 8349-hijau..penyejuk mata..

    KhaiRin : anies-mesti cantik kan..juara juga dlm kuak rentang ye..

    ingatkan kak aje..juara renanag..

    ReplyDelete
  9. Kakzakie -orang dulu2 kuat semangat..walaupun susah..

    orang skrg semangat cepat luntur,lemah,lembik semua.

    ReplyDelete
  10. QueeN TerataI -setuju Queen,Islam tengah naik sekarang ni..barat pun dah mula kecut perut.

    queen pun juara renanag ye..?


    Mat Som-setuju,anak2 skrg tahu pakai kasut aje...

    anak2 saya..harus cuci sendiri.

    Orang2 kalau tak ada duit,petik2 aje sayaur,ikan tangkap2 aje.skrg..???..no money no talk..

    ReplyDelete
  11. TENGOK LE..PUNYA LA SIBUK,EJAAN PUN LINTANG PUKANG..ESHK..

    Ira Nira-kenangan,manis pada kita..anak2 tak pernah rasa..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, kehidupan kita semakin baik dr yg sebelumnya... kemiskinan, kepayahan dan kesusahan sebenarnya mnjadi motivasi yg diri kt secara tidak langsung utk berusaha... & bersederhana dlm mendidik anak..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)