Pages

Sunday, May 31, 2015

PRODUK ORANG KITA


Alhamdulillah ramai tetamu bertandang ke rumah semalam,rumah yang sempit bertambah sempit..rezeki bukan saja pada,makanan,pakaian,duit semata tetapi kunjungan saudara mara juga adalah rezeki dari Allah..semua datang tanpa temu janji..tak cukup tangan kapal aku tadahkan..siap berjual beli di dalam rumah ku..itulah dia ukhuwah barakah dalam berniaga..
pagi ke klang delivery rempeyek,jumpa anak untuk lunch,lepas zohor memenuhi udangan majlis berkhatan..
sudahnya aku jamu tetamu dengan air tangan orang lain...semuanya bertapau..
biasalah bila kita membeli ada saja yang tak kena...kuih tak masaklah,kuih keraslah...di sini agak hampa....


adik tengah memilih kain ela untuk di buat baju raya...gambar memang kabur pun..ini saja yang sempat di capture...
memang rambang mata sampai aku tak terbeli..(sebenarnya aku tak suka tempah-tempah ni..sangat leceh)asal ada cukup..
akhirnya rezeki anak buah, jualan dia memberangsangkan...hasil jalaan tetamu yang lain...lumayan gitu...

antara kain-kainnya...boleh juga buat sarung bantal,sarung kusyen,selimut,sarung sofa..baju kurung,kemeja,skirt dan juga langsir...bukan setakat buat baju saja ye..pelbagaikan...heheh.
janji barang terjual....kan..kan...orang kata berniaga kena kental,gigih sentiasa bersemangat..jangan ada sifat sentap-sentap ni...

dah cukup pasal kain-kain tu..uolls suka tak produk melayu..aku suka sangat menyokong..ini antaranya...

walaupun tak ada tanda halal tapi ini compom buatan orang melayu...cuma mungkin bungkusannya tak sehebat bangsa lain..pada aku tak mengapa..janji orang kita buat...dah tentu mak-mak cik kampung jaga kualiti produk..biasalah produk kampung mana ada orang yang sanggup bagi pinjaman berjuta...kita faham sudah...

mana aku dapat keduanya di atas..?
aku beli dari seorang mak cik pasar yang kedainya hampir nak bangkrup.ada kedai,tapi barang boleh di kira dengan jari...tapi aku tengok makcik ni happy jer..dia jual barang yang dia suka...buatan kampung..dari kedah(kampung) atau dari melaka...paling banyak dari kedah...semua anak-anaknya perempuan semua belajar di universiti..dan ada yang dah bekerja berpangkat besar...
kalau nak cari produk muslim pergi aje kedai mak cik ni..di pasar gombak...

korang sanggup ke makan tau foo,tao chu,bihun,dll kalau yang membuatnya tak berbaju peluh mengalir,nampak segalanya.walaupun produknya ada tanda halal...(belum tentu halal jakim)...baru-baru ini macam-macam produk makanan tersebar dengan perkara yang kita tak jangkakan...sampai aku naik muntah..tak sanggup nak tengok pun..antaranya produk yang orang melayu suka makan....aku elakan pergi pasar malam sekali pun....aku cuma beli sayuran dan buah-buahan...buah-buah juga tak boleh percaya dah sekarang ni.....minyak,beras telur..dll lagi..
hari-hari kita di sumbatkan kedalam mulut dengan makan entah apa-apa..

inikah punca segala macam gejala buruk berlaku dan semakin parah...

Aku jual rempeyek tapi tak letak tanda halal ada sapa-sapa nak beli...?

JADILAH ORANG YANG PEKA






12 comments:

  1. P/s Oh ya choco pie tu cuma photoshoot je..x mkn pn ;)

    ReplyDelete
  2. Assalam Knor....lama tak jengah sini. Apa khabar Knor?
    Ninkiranya ala ala party Tupperwarelah yeh hihi...Seronoknya jumpa adik beradik, sedara mara sambil berbisness.

    Cik Abe kita selalu pesan , tak perlah mahal sikit tp yg penting produk Melayu.Sapa lagi nak tolong org Melayu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam hainom.
      Alhamdulillah sehat..tulah knor pun lama tak menyinggah...

      Tak juga ..tak rancang pun rezeki agaknya..lama tak jumpa knor kut,asyik sibuk bt tempahan jer..kena serang hendap,nasib tak tgh mengoreng..kalau tak kalutlah juga...dh nk dtg tak bg tau...tak adalah persiapan perut..

      Delete
  3. wah cantik2 nya kain....yan belum beli apa2 lagi untuk raya tahun nie...huhu.... :-))

    durian ..beras...telur..milo pun ada tiruan...kena lebih peka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik semuanya...tapi tak beli pun..
      Betul yanti..kna tgok betul2lah biasanya kedai bangsa lain yg berniaga kecik2 ni..suka ambil produk tiruan..diorg tak ada halal haram...main tibai jer..melayu yg somboronolah yg jadi mangsa...

      Delete
  4. Saya pun macam knor, kalau jumpa produk org melayu Islam kompem saya beli walaupun packeging dia tak gah mana, janji saya yakin halal.

    ReplyDelete
  5. Tentulah sebagai org Islam produk mereka akan diutamakan. Apa lagi dlm senario negara kita sekarang ni banyak yg mencabar halallan toyyiban Islam. Terasa bagai mahu perkotak-katikkan agama kita.

    ReplyDelete
  6. samalah dengan saya kak.. biar pun mahal sket tapi asalkan produk org muslim saya tak kisah berabis duit

    ReplyDelete
  7. Kdng produk yg ade cop halal tu pun blm tntu halal.... Peluh b'jurai2 ye that's y Cikna xprnh jjk kaki Kat mamak wlupun ade yg sudi blnje...;-/

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)