Bila iman meresap ke dalam hati mudah untuk kita mengikut segala perintah Allah.
Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil-kecil ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!
Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang aku anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, aku akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini aku ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat aku hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana aku sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka aku cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Aku juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah dan taufiq dari Allah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah dan sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala memberi hadiah,bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
semoga anak-anak kita nanti berjaya dunia akhirat
lebih baik lagi jadikan solat subuh berjemaah..ada anak anak kecil juga dikejutkan..jangan kesian pada anak-anak untuk melakukan kebaikan...biar mereka menangis sekarang dari kita menangis esok..
ramai ibu bapa di luar sana yang tak mahu kejutkan anak anak kecil yang belum baligh untuk solat..alasannya kesian..ajarlah mereka dari kecil supaya jadi kebiasaan..

anak kecil ini setiap pagi bangun untuk solat subuh berjemaah,sekali pun tak pernah meragam sentiasa ceria,apa petuanya..setiap kali dikejutkan dari tidur ayahnya sentiasa memeluk anak kecil ini sambil bercakap perkara-perkara yang baik-baik.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Aku juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah dan taufiq dari Allah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah dan sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala memberi hadiah,bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
lebih baik lagi jadikan solat subuh berjemaah..ada anak anak kecil juga dikejutkan..jangan kesian pada anak-anak untuk melakukan kebaikan...biar mereka menangis sekarang dari kita menangis esok..
ramai ibu bapa di luar sana yang tak mahu kejutkan anak anak kecil yang belum baligh untuk solat..alasannya kesian..ajarlah mereka dari kecil supaya jadi kebiasaan..
melentur buluh dari rebung
ReplyDeleteAlhamdulillah..
terima kasih atas perkongsian kak nor
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian kak nor
ReplyDeleteustaz pun bagi tips ni... cuma nak tanya, kalau kita nak hadiahkan pada ramai org, elok kita baca banyak kali untuk setiap orang atau boleh share?
ReplyDeletemmg setiap malam bacakan untuk anak2 knor. lagi2 sewaktu menidurkan mereka !
ReplyDeleteBetul Nor bukan susah sangat pun. Utk diri sendiri pun boleh.
ReplyDeleteAnak kalau dah biasa kena kejut pagi rasa kakak akan jadi biasa dan tak jadi masalah...
Mudah.
ReplyDeleteUtk sy yg x reti ni pun..insyallh boleh buat. Mudah bc alfatihah.
Betul Nor, amalan yang mudah dan sangat bermanafaat, kunci keluarga bahagia dan tenang.
ReplyDeleteinshaallah akan cuba amalkan ..thanks for sharing..
ReplyDeleteMsredcheesecake-selalunya knor bca sekali n sebut nama anak2.. n suami.
ReplyDeletesbelum tu sedekahkn al-Fatihah bt ayahanda dn bunda dulu, n mk mertua.
Sebelum tido kalau sedekah AL-Fatihah utk suami pun byk fadilatnya kan Kak, sedekah fatihah utk 14 org (lupa plak.. 14 or 16) sebelum tido, nt kat mana2 pun diorang berada, diorang akan ingat kita.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sharing yg sangat bermanfaat, sebenarnya mudah, tapi jadi susah sbb selalu terlupa.
ReplyDeleteInsyaAllah kak.. sekali sekala saya buat. Nak kena jadikan amalan ni. Mmg sentiasa memgharapkan yg terbaik utk anak2
ReplyDeletePernah dengar jugak pasal Al-fatihah ni Knor...tp tulah...belum istiqamah...kalau lupa, selalu hanyut...huhu
ReplyDeleteAllahuakbar kak... terima kasih kak :)
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan Knor
ReplyDeleteBagusnya..harap saya dpt mendidik anak2 mcm ni jgk..aminn
ReplyDeleteznzabadistore.blogspot.com