Assalamualaikum.
sahabat yang soleh dan solehah..
Semalam banyak sekali aku terima berita kematian dari anakanda adibah dan juga suami...buat hati jadi tak tenteram..juga melalui laman-laman sosial...Ya Allah. mati itu bila-bila sahaja,tak kira dimana,tak kira siapa,yang kita kenal atau tidak kenal...
sebelum ini di khabarkan ada seorang pelajar UITM meninggal dunia ketika selepas subuh,..menurut ceritanya selepas subuh rakan mengajak main bola,tapi arwah menolak sambil berkata "takpelah kau pergilah aku nak tengok syurga". bila rakannya balik,arwah masih dalam keadaan berselimut."Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."
semalam ada seorang pelajar dari matrikulasi pahang gambang mati lemas di tasik yang berdekatan kolej.menurut cerita sebelum kejadian arwah dan rakan-rakan bilik meraikan hari perpisahan dengan membuat jamuan..sambil main campak-campak rakan dalam tasik,menurut ceritanya arwah pandai berenang..misi mencari mayat sangat lama,di jumpai di dasar tasik..kejadian berlaku sekitar 6.30pm..hampir menjelang maghrib."Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."
Aku bersms dengan anakanda adibah.."tak sempat arwah nak ambil final exam beberapa hari lagi" jawapan yang aku rasa amat betul.."dia kena jawap exam yang lagi besar di 'sana"..
Ada seorang lagi pelajar MRSM yang di panah petir ketika berjalan bersama rakan-rakan.."Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."
Dan berita semalam seorang murid tadika maut van terbabas dalam kolam kumbahan.."Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."
Setiap hari yang kita lalui, pernahkah kita bermuhasabah akan nasib diri kita selepas dicabut nyawa nanti? Bagaimana pengakhiran kehidupan kita, adakah husnul khatimah atau kita akan mati ketika sedang lazat melakukan maksiat? Bagaimana kehidupan kita di alam kubur nanti? Sempitkah atau indahkah di dalam sana?
Bagaimana pula dengan keadaan kita setelah dibangkitkan, kemudian semasa dihimpunkan di padang mahsyar? Derita atau bahagiakah kita di sana? Matahari yang berada sejengkal dan juga lautan peluh manusia yang lelah menanti akan buku laporan amalan mereka di dunia. Pernah kah kita terfikir bagaimana kita akan menerima buku amalan kita, dengan tangan kanan atau tangan kiri? Berjayakah kita menyeberangi titian sirat? Mudahkah nanti perhitungan amal kita di sana? Manakah yang mungkin lebih berat, neraca timbangan pahala atau dosa? Persoalan yang besar, adakah Rasulullah saw mahu memberi syafaat kepada kita?
Dihujungnya nanti, sebagai pengakhiran, pernahkah kita terfikir, ke syurga atau ke neraka kah kita? Tepuk dada, tanya iman. Istighfar dan Selawat.
BETUL TUE
ReplyDeletetotally true :)
ReplyDeletehttp://missbaybeeboo.blogspot.com/2014/04/giveaway-by-sha-malek_6.html
tlg wish kat situ blh x? tq :)
Knor, bila dgr berita ni, tmbh plk org2 dekat sekeliling kita...rasa jgk, bila plk giliran kita. X bersedia ke bersedia, ajal tu dtg jgk.
ReplyDeleteYg pergi dh pergi, buat peringatan kita yg hidup.
Inalilah..
jangan difikir ttg kematian kerana ianya pasti . apa yg ptg , buat ibadah sebanyak mungkin ibarat kita akan mati bila2 masa ...
ReplyDeletekadg2 terfikir2 cukup sudahkah amalan yang kita bawa bila mati nanti.. Ya ALlah knor kerdilnyer diri kita ni kan !
ReplyDeleteBetullah Knor...mati itu pasti...entah esok entahkan lusa...moga masih diberi peluang utk beramal soleh...insyaallah...
ReplyDeleteBetullah Knor...mati itu pasti...entah esok entahkan lusa...moga masih diberi peluang utk beramal soleh...insyaallah...
ReplyDeleteterima kasih kerana mengigatkan saya..
ReplyDeletemengharpkn husnul khatimah...
ReplyDeleteaminnnnn
terima kasih Knor sbb mengingatkan akan kematian...kdg2 kita lalai dalam mengejar duniawi ..
ReplyDelete