Pages

Saturday, April 21, 2012

Malaikat maut

Assalamualaikum.

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

 Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.


Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.


Maka berkata Izrail:

‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Wassalam

10 comments:

  1. Salam pagi ahad agh yan...

    Angah yan ader tak tgk citer 40 hari sblm kematian...
    Bagus lah citer tu sbb citer tu mggambarkan perbezaan antara orang yg ingat mati dan orang yang lalai dengan kemewahan dunia dalam saat2 terakhir 40 hr sblm menuju kematian. Bagi orang2 yg beriman mereka sedar akan tanda2 mati / kelainan dalam diri mereka yang Allah ingin tunjukkan. Sebaliknya mereka yang lalai menganggap perubahan itu semua perkara biase.

    Dr pengalaman sy plak, pernah semasa arwah sakit tekak n batuk2 iaitu seminggu sblm arwah jatuh sakit n koma, ada satu mase tu arwah beriya-iya minum air tebu habis sampai 2 gelas. Berselera sungguh nampaknye masa tu shingga terdetik hati ni berkata "apasal lah abang ni...?" Emm mgkin itu juga petunjuk awal...

    ReplyDelete
  2. teringat drama 100 hari di TV1 jumaat lepas..

    ReplyDelete
  3. HarumKasturi-w'salam zatush.

    rasanya ada tengok.Rusdi ramli berlakon ye.

    last sekali wife dia yg meninggal..itu ke.?ingat2 lupa.

    bila baca tanda2 kematian..masa solat duk ingat juga bergerak2 ke dahi aku ni.solat pun jadi tak kyusuk.tu syaitan tu.tgh mengacau.

    ReplyDelete
  4. menginsafkan..smua yg hidup akan mati. takutnye bila pikir kena tggl sorg2 dlm kubur

    ReplyDelete
  5. nice entri,,, salah satu sifat mahmudah ialah ingat mati.

    ReplyDelete
  6. Hidup ini bagai lampu dinding
    Yang dinyalakan di malam hari
    Apabila minyak sudah kering
    Pastilah ia kan padam sendiri....

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang baik...peringatan untuk kita semua

    ReplyDelete
  8. yup betul kak 70 kali...kite sedar dgn x sedar je kn...:( Allah...makin dekat sbnr nye kite...

    ReplyDelete
  9. Mat Som -kalau kita lampu la..boleh isi minyak.

    tapi kita bukan lampu.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)