Pages

Wednesday, April 11, 2012

Nak masuk syurga.

Assalamualaikum.

Inilah kerja saya asyik menukar header saja,saya memang cepat boring.Entah berapa lamalah header baru saya ni boleh bertahan.Begitu juga  isi rumah,asyik ubah sana ubah sini,pantang rumah berhabuk,hobi saya mengemas,sampai blog pun asyik nak kemas saja.

Itu sedikit cerita tentang saya,sesiapa yang perasanlah.

Kali ini saya nak kongsikan  kisah tentang syurga,asyik di berikan cerita yang menakutkan aje,saya bukanlah pandai,saya juga mahu belajar dan belajar.

Ada hadith terdahulu menerangkan bahawa tanah di syurga berupa kasturi dan za'faran,dan bahawa pokok apa pun di dalam syurga batangnya dari emas.Kalau tanah di dalam syurga sedemikian rupa,dan batang-batang pokok pun seperti itu,maka bagaimana dengan yang di hasilkannya,baik itu buahnya yang menawan hati,matang,dan lazat.Buah-buahan itu tidak ada di dunia,selain nama-namanya sahaja yang sama.
"Di dalam syurga tidak ada apa-apa yang berasal dari dunia,selain nama-nama yang sama."(Ibnu Abbas r.a.)

Kalau pokok bidara yang ada di dunia ini buahnya kecil-kecil yang di sebut 'Nabaq.'banyak durinya pula.Sedangkan pokok pisang hanya untuk naungan,maka di dalam syurga kedua-dua pokok itu nampak bagaikan hutan,kerana rimbun,indah dan lebat buahnya.Bahkan sebiji buahnya boleh mengandungi sehingga tujuh puluh jenis rasa dan warna,yang di antara satu dengan yang lain tidak sama.Apa lagi buah dari pokok-pokok yang lain,yang di dunia sahaja tergolong sedap rasanya,seperti epal kurma,anggur dan lain-lain lagi.Begitu juga,bagaimana dengan pelbagai jenis wangian dan bunga-bunga?

Jadi secara kasarnya,di sana terdapat apa-apa yang tidak pernah di lihat mata sesiapa pun,tidak pernah di dengar oleh telinga sesiapa pun,dan tidak pernah terdetik di hati manusia manapun.Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan itu semua kepada kita.

Allah s.w.t. berfirman:

Ertinya;"Dan (mereka mendapat) buah-buahan dari apa yang mereka pilih,dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli,laksana mutiara yang tersimpan baik,sebagai balasan di atas apa yang telah mereka kerjakan."{Al-Waqiah:20-24}

Nota:Selepas subuh setiap hari baca Surah Yasin,Surah Ad-Dukhan,Surah Ar-Rahman,Surah Al-Waqi'ah,Surah Al-Mulk,dan,Surah Al Insan.

p/s Sumber

10 comments:

  1. Kakak perasan pertukaran header tu sebab kakak selalu singgah sini. Kali ni buat kakak lap mulutlah hihi... dapat tengok aje hmmm...

    Syurga gambaran yg tidak terjangkau dek akal kita. Namun itulah gambaran yg ditunjukkan dalam al-quran.

    p/s: jujur kakak kalau tak bulan ramadhan utk membaca semua suroh ini memang tak terbuat selepas subuh. Iman tak kuat lagi...aduh jelesnya melihat mereka yg mampu...

    ReplyDelete
  2. dah lama jannah tak datang sini kak, wah dah berwajah baru blog akk. hehe.

    indahnya gambaran syurga. tapi sukarnya kita manusia hendak mencari syurga. sukar sebab diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. semoga kita diberikan petunjuk...

    ReplyDelete
  4. Kakzakie-tulah dah tak ade kerja la saya ni..asyik tukar aje.

    Surah-surah ni mmg lazim kami baca setiap subuh..anak2 sekali.

    semoga dapat keberkatan.

    keluarga kak zakie juga rakan2.

    ReplyDelete
  5. cIk JanNah -Allah suka kita tak putus2 berdoa.

    merintih dan merayu padaNya.selalulah kita mohon keampunan.

    ReplyDelete
  6. Kancil 8349 -InsyaAllah.

    Allah Maha pengasih dan Penyayang.

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum agh yan...

    "...Aku tak layak ke syurgamu tapi tak sanggup pula ke nerakamu..." insya allah bila kita ada perasaan macam tu,kita akan sntiasa bermuhasabah diri dr semasa ke semasa untuk menjadi hambaNya yang terbaik.

    ReplyDelete
  8. salam kak..alahai...melelehair liur tau..saja je jan..haah..cerita kat atas tu lynn pernah dengar dan baca masa sekolah menengah dulu..suka en3 kak..banyak ilmu yang menggamit memories..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Cinnamon,

    Allahhuakbar....Allah tu maha segala galanya....

    ReplyDelete
  10. I highly recommend, the Mashreq savings account for starting a banking services in UAE.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)