Pages

Wednesday, November 2, 2011

Kasturi....

Assalamualikum.

Di pagi hari yg sejuk nyaman ni,sempat juga saya nak berkongsi kepada rakan-rakan,mengenai suatu perkara yg mudah  hendak memahaminya...

Mungkin ada kejadian ini di mana-mana dan terlepas pandang,dan saya juga belajar dengan perkara ini serta mengambil iktibar daripadanya.

Pada suatu hari Saidina Umar r.a menerima kasturi dari Bahrain.Beliau telah berkata, 'Adakah sesiapa yang boleh menimbang kasturi itu dan membahagi-bahagikan di kalangan orang-orang Islam?"

Isteri beliau Atikah r.anha telah menyahut, "Saya akan menimbang kasturi itu."
Saidina Umar r.a mendiamkan dirinya.Selepas beberapa ketika beliau mengulangi soalan itu lagi, "Adakah sesiapa yang akan menimbang kasturi itu dan boleh aku membahagi-bahagikannya."

Isteri beliau sekali lagi menawarkan perkara yang sama tetapi beliau terus mendiamkan diri.Pada kali ketiga beliau menerangkan, "Aku tidak suka engkau memegang kasturi dengan tanganmu dan meletakkan kasturi itu di atas dacing dan kemudian menyapu tanganmu ke badan.Dengan perbuatan itu, aku akan mendapat bahagian yang lebih daripada orang lain sebanyak itu."

Inilah sifat berhati-hati yang sempurna dan telah menyelamatkan daripada sebarang tomahan.Pada hal sesiapa pun yang menimbang kasturi itu pasti ada yang terlekat di tangan.

Inilah sifat berhati-hati yang di miliki oleh para sahabat,para tabi'in dan salafussolehin.

Perkongsian di pagi khamis.

Wassalam.

13 comments:

  1. seharum kasturi...thanks share kak

    ReplyDelete
  2. kita memang perlu bersifat hati2 dlm segala urusan hidup mesti berlandaskan agama atau dlm istilahnya BERSIFAT WARAK

    ayie dah follow kembali ^__^

    ReplyDelete
  3. Allah hu robbi... betapa sahabat rasulullah amat muhasabah atas apa juga yg melibatkan masyarkat. Bimbang kerana yg sedikit itulah yg melambatkan titian as-sirat di akhirat kelak....

    ReplyDelete
  4. setiap saaat setiap minit setiap jam...mmg kita perlu berhati2

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang baik... penuh dengan teladan dan pengajaran...

    ReplyDelete
  6. aman lah dunia jika para sahabat masih hidup hingga kini

    ReplyDelete
  7. kalo manusia skrg ni jika diberi peluang mmg cepat aje mereka ambil tanpa mengira org lain...

    ReplyDelete
  8. Tiramisu Fatiema -seharum org yg berpuasa..sama-sama tiramisu..


    AYIE ABAS-setuju..tujuan hidup adalah utk beribadah.


    Kakzakie-betul kak zakie,takut juga..kita rasa semua dah ok..tetapi yg sedikit itulah membawa ke murkaan Allah.

    ReplyDelete
  9. KhaiRin-betul adik,saling ingat mengingati..supaya kita tak lupa..


    RoslanPutra-terima kasih kerana sudi membaca...pengajaran kpd sesiapa pun..


    khairul-mesti seronok kan,kerana sebaik2 umat,adalah zaman Rasulullah SAW.


    QueeN TerataI -betul tu queen,mcm mana la,yg potong daging korban,dia ambil bgian yg cantik2..atau daging yg paling lembut,lps tu bahagian orang lain biasa-biasa je...eee,takut saya..

    ReplyDelete
  10. salam singgah sini..

    peringatan yg baik nih.. ramai org yg bersikap mcm ni.. utk diri sendiri amik yg elok2.. yg kurang elok baru nak bg kat orang.. hrp2 kita dijauhkan dari sikap begitu..

    ReplyDelete
  11. sentiasa bersyukur kerana dikelilingi sahabat yang sentiasa berkongsi kisah dan tauladan..
    terima kasih....

    ReplyDelete
  12. Mimpi ngeri di mlm krismas.http://gilamodified.blogspot.com/2011/11/ery-kenarimimpi-ngeri-di-malam-krismas.html

    ReplyDelete
  13. a'a kan...biasa blaku dlm kehidupan kita...yg elok n cntik2 kita pilih dulu...yg x elok bru kasi kt org...

    =(

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)