Pages

Sunday, October 27, 2013

Pesan Nabi


Nasihat kepada orang yang tidak kenyang:
Dari Wahsyi bin Harb r.a bahawasanya sahabat2 Rasulullah berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan tetapi tidak merasa kenyang." Rasulullah bersabda: Mungkin kamu semua makan sendiri-sendiri. Mereka menjawab: Benar." Baginda bersabda: "Maka berkumpullah kamu kalau makan, dan sebutlah nama Allah Ta'ala nescaya kamu semua mendapat keberkatan di dalam makanan itu." (Riwayat Abu Daud)

Ambil makanan dari tepi, jangan dari tengah pinggan: Dari Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Barakah turun pada tengah-tengah makanan. Maka makanlah kamu semua dari tepi dulu, dan jangan mulai dari tengah." (Riwayat Abu Daud)

Makruh makan bersandar: Dari Abu Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku tidak pernah makan dengan bersandar." (Riwayat Bukhari)





prawn garlic juadah untuk anak-anak nak ke sekolah

ingat anak-anak pesan Nabi...yang penting jangan gelojoh..makan sedikit sedikit tetapi kerap...

21 comments:

  1. mkn sblm lapar, berhenti sblm kenyang...

    p/s sy dtg amik esok tghari ya kak...

    ReplyDelete
  2. sebenarnya cara mcm Nabi lah yg paling praktikal..bkn mcm orng skrang yggelojoh..huhu

    ReplyDelete
  3. kena beradab dan sopan santun dlm segala hal

    ReplyDelete
  4. makruh makan bersandar? :o baru saya tau! thanks share info penting ni! :D

    ReplyDelete
  5. insyaallah....selalu ingat tu Kak....

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah jika ikut sunnah Nabi, banyak keberkatan dah hikmahnya.

    ReplyDelete
  7. baru sy tahu.. thanks. kalo x smpai ke sudah x tahu. huhuhu...

    hi! :)

    ReplyDelete
  8. sama2 kita amalkan sunnah Rasulullah

    ReplyDelete
  9. saya kalau makan nasi leh kontrol tapi kalau desert sukaaaa sangat.

    terima kasih atas perkongsian knor

    ReplyDelete
  10. itulah indahnya Islam, ada tertib dan adab dalam segala hal

    ReplyDelete
  11. salam selasa cik kak tuu..,eHHHewe

    ReplyDelete
  12. tq mengingatkan....
    dan sesama kita amalkan sunnah nabi kita...
    prawn garlic tu sedapnyer...

    ReplyDelete
  13. wah...
    baru tau tentang makruh bersandar tu...
    thankz for sharing..
    ehehehee

    ReplyDelete
  14. Sunnah-sunnah dan cara makan ini perlu dipupuk. Kalau sekolah tadika Pasti dari usia 4 tahun dah tahu Nor.. siap boleh tegur org tua di surau lagi.. belum faham kan dia tegur semacam ajelah. Kakak nampak mak dia yg malu. Tapi kami faham budak cakap apa yg dia belajar..

    ReplyDelete
  15. Kakzakie -betul tu kak..kdg org tua patut di tegur juga..suruh anak mkn jangan berdiri..tapi bila di luar ayahnya makan sambil berdiri..kat masjid pun ada..tapi budaya skrg mmg mkn smbil berdiri..kononya..ala barat..

    ayah suruh anak bca doa mkn..tapi yg si ayah mkn dulu..hahah dpn mata je bnda ni..

    ReplyDelete
  16. kerusi makan umah mmg x de tmpt menyandar, ala2 kopitiam hihi
    tq share

    ReplyDelete
  17. Indahnya kalau mengikut sunnahkan Knor....
    Nampak sedsp udang garlic tu Knor ..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)