Pages

Friday, March 11, 2016

KELAS HUJUNG

Kisah yg ku ambil diperkongsian FB..sangat bermanfaat,dan ambilah ibrahnya disini...

Cikgu di Kelas Hujung

Namanya Farah Faizura binti Ahmad Rostam, cikgu yang baru ada 10 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan. 'Baru', kerana ramai lagi cikgu-cikgu di luar sana yang sudah ada pengalaman puluhan tahun. Jadi untuk ukuran 10 tahun, dia masih merendah diri untuk berkata 'baru'.

Dahulu dia di Sarawak, dan selepas hampir lapan tahun terpisah jauh dari suami, kini dia sudah kembali bersama. Tetapi itu cerita lain.

Di sekolah baru, dia menjadi guru kelas untuk kelas yang paling hujung. Tiga H (Tiga Harmoni). Kelas di mana para cikgu perlu 200 peratus usaha hanya untuk memastikan pelajarnya membuat latihan yang diberi. Belum lagi untuk memastikan pelajarnya faham apa yang diajar.

Kelas yang pelajarnya, seperti sudah tidak ada motivasi dalam akademik. Yang sudah hancur percaya dirinya pada ketika melihat markah ujian yang sentiasa merah.

Lalu, perkara pertama yang dia buat adalah memastikan para pelajarnya tidak menganggap akademik itu menyisihkan mereka daripada kehormatan. Dia tidak mengajar lebih masa kerana ada juga keluarga di rumah, tetapi dia membuat sesuatu yang para pelajar itu mampu buat.

Iaitu, cuba memenangi pertandingan Kelas Ceria yang diadakan pada setiap minggu. Pemenang akan diumukan semasa perhimpunan hari Isnin.

Dia datang awal ke kelas, membeli bahan-bahan yang diperlulkan, langsir, lapik meja, malah membawa tikar juga akuarium. Semuanya atas belanja dia sendiri. Dia susun meja, dia lapik meja murid-muridnya, dan semuanya dia buat sendiri.

Ditanya mengapa tidak minta muridnya sahaja yang buat?

“Tidaklah saya buat semuanya. Saya minta juga mereka angkat-angkat barang dari kereta. Tetapi yang utama, saya mahu mereka tahu, selain ibu bapa mereka yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mereka, masih ada juga cikgu yang mereka boleh sandarkan harapan, yang boleh diberi hormat. Hormat daripada pelajar  kelas hujung adalah sangat mahal. Biasanya, mereka hanya memberi taat dan takut. Hormat tidak boleh diminta, tetapi ia perlu diusahakan. Lalu pada ketika saya memperoleh hormat mereka, akan ada banyak perkara baik yang boleh berlaku dengan sendirinya. Jadi untuk permulaan, saya yang perlu menggerakkan 'batu' ini sendiri sebelum ia mampu bergolek dengan sendiri dan seadanya.”

Akhirnya, pada minggu pertama. Keputusan pertandingan Kela Ceria diumumkan. Pemenangnya adalah kelas Tiga H.

Pada ketika itu, ramai yang tidak percaya. Malah ketua kelas juga masih malu-malu untuk mengambil hadiah. Akhirnya rakan dia yang tampil ke depan. Ketika itu puji-pujian mencurah datang kepada para pelajar kelas hujung itu.

Ditanya kepada cikgunya apa reaksi pelajarnya. Dia menjawab, “Saya mahu mereka percaya, akademik bukanlah satu-satunya perkara dalam dunia yang akan meningkatkan harga diri. Jadi akademik juga tidak pernah akan membuatkan manusia terhina. Yang mengangkat harga diri adalah sikap. Kamu boleh tidak cemerlang dalam akademik, tetapi kamu harus cemerlang dalam sikap. Buat masa ini masih terlalu awal untuk berkata apa-apa. Daripada tiga kali pertandingan, mareka baru menang dua kali Kelas Ceria. Cikgu-cikgu memuji mereka, dan percaya diri mereka naik. Doakan mereka akan menang lagi sampai hujung tahun. Yang pasti, mereka semakin rajin memastikan kelas mereka bersih. Mereka rajin memberi ikan-ikan makan. Mereka sentiasa bantu membantu. Mereka sudah ada rasa tanggungjawab. Sudah ada rasa hormat kepada cikgu-cikgu. Dan paling penting sekali, sudah ada rasa hormat kepada diri sendiri.”

“Jadi, Cikgu sudah berpuas hati?”

“Puas hati bukan soalnya. Soalnya, siapa mereka nanti. Sekolah, bukan tempat ajaib untuk orang menjadi bijak pandai. Tetapi sekolah adalah 'medan perang', untuk melawan segala perkara negatif yang ada dalam diri pelajar. Bukan menambahkannya, tetapi mengurangkan. Kerana rasa hormat orang terhadap kita, bukan dibawa oleh sijil-sijil, tetapi dibawa oleh sikap. Jadi, mereka tidak akan menyalahkan akademik kerana membuatkan mereka berada di kelas hujung, tetapi mereka akan percaya, kelas hujung pun boleh menjadi 'bintang' dan diberi penghormatan yang tinggi dengan sikap yang betul. Insya-Allah.”

#tersentuhhati
Perkongsian yg hebat..


15 comments:

  1. bagus ada cikgu yg berfikiran begini...murid2 belakang tidak disisihkan...tahniah pada cikgu tersebut

    ReplyDelete
  2. Satu bintang yg bersinar dari celahan kegelapan malam inilah dia. Susah nak jumpa senario seperti ini Nor. Seorg cikgu yg tinggi peribadi dan punya pandangan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kakkk.
      Dlm ramai2 tu ada juga cikgu yg perihatin dn fhm.

      Delete
  3. Sukar utk mendapat guru2 yg ikhlas dalam berbakti kepada anak muridnya sekarang ni kan KM..

    Ada terbaca dalam FB...
    Seorang guru berkongsi keputusan SPM anak muridnya dikelas hujung..
    katanya dia hanya mengajar anak muridnya setakat 15 minit sahaja..
    Kerana tahu anak muridnya sukar utk menerima akademik dalam minda mereka..
    Selebihnya mereka banyak berbual dan bertukar cerita..
    Dia menjadi guru yg dihormati oleh murid2nya..
    Setiap muridnya dilayan dgn mesra..
    Diakhirnya dalam peperiksaan SPM itu..
    Hanya matapelajaran guru tersebut yg lulus walau pun E..
    Betapa bangganya gurunya tersebut..
    Anak muridnya dalam kelas itu lulus semua matapelajaran yg diajar..

    Betul tu KM..
    Akademik bukan pengukurnya...
    Sikap yg baik itu yg dikehendaki..

    ReplyDelete
  4. Knor mmg betullah.... hati kita pun tersentuh mcm kat # tu.....lalu hujan pun turun huhu...
    Hebatnya cikgu tu....mesti dia juga ibu dan isteri yg hebat. Betul tu...ketinggalan dlm akademik tak semestinya kita juga ketinggalan dlm semua bidang. Kita juga ada peluang untuk menjadi bintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn hebat cikgu ni..memahami.mesti dia seorang yg penyabar

      Delete
  5. kalau cikgu sendiri berputus asa..apatah lagi para pelajarnya..sbb tu perlukan cikgu yg tinggi daya motivasinya

    ReplyDelete
  6. bagus cikgu ni, punya daya motivasi yang hebat

    ReplyDelete
  7. bagus betul cikgu tu kak.... sangat kreatif dan innovatif untuk muridnya bkn sahja berjaya dari akademik tapi sahsiah diri dan keyakinan diri

    ReplyDelete
  8. sy respect dgn mereka yg bekerja sbg cikgu.. memerlukan tahap kesabaran yang tinggi..cikgu mcm ni la yg jd sumber inspirasi.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)