Pages

Thursday, November 5, 2015

SUAMI UZUR


As salam
Selamat pagi,semoga hari ni Allah temukan dgn orang2 yg baik, perkara baik2.Ya Allah jadikanlah kami orang2 yg tenang lagi menyenangkan...

Dalam menunggu en suami potong rambut,aku duduk dalam kereta,tak sanggup rasa nak cium bau2an ..sambil tunggu tu,terpandang sepasang warga emas bukan Islam,nampak uzur betul suami,sambil dipimpin isteri..isteri nampak tua juga, tapi segar dan sehat...baiknya isteri rangkul tangan suami,gerak perlahan,ikut rentak uzur suami..

Terpandang lagi sepasang warga emas Islam, nampak si isteri pimpin tangan,gerak perlahan juga..sambil si isteri buka pintu kereta untuk suaminya masuk,isteri nampak tua, juga bertenaga..duduk sebelah pemandu,start enjin kereta,terus jalan..
Sepanjang aku menunggu suami potong rambut, ramai pulak warga tua berurusan di situ..semuanya lelaki yg uzur,tapi perempuan nampak kuat dan bersemangat walau banyak garisan kedut kat muka..

Dah siap suami potong rambut,aku pun tanyalah.."kenapa lelaki bila dah tua,tak kuat lagi,bini tua juga,tapi masih bertenaga..kenapa ye?

"Sebab lelaki masa muda kuat kerja,bila dah pencen,tak tahu apa nak buat,mereput jer, tak campur masyarakat,atau buat hal sendiri. kalau yg aktif  tu,takpelah..contohnya berniaga ke,kaki masjid ker,bersukan ker,buat kerja2 harian"

Aku pun sambunglah.."tengok orang perempuan sampai tua berkhidmat untuk suaminya..maknnya orang perempuan tak ada istilah rehat dalam hidupnya..
Beranak lelaki tak dapat rasa sakitnya..itu sakit yg paling dasyhatlah...kalau setakat selsema, demam biasa,larat lagi bangun untuk buat kerja2 rumah..

Bayangkan kalau lelaki demam...!!!

Ibrahnya disini PEREMPUAN MEMANG KUAT itu hakikat.

24 comments:

  1. Like..like..like...like..
    setuju sangat, kita yg isteri ni mmg takder istilah rehat sampailah ketua...mungkin itulah yg menyebabkan kita bertenaga sampai ketua...hmmm

    ReplyDelete
  2. Sebab tu Perempuan kuat KM..
    Sentiasa bekerja .. rehat pun masa tido ajer kan..
    Semoga Allah memberikan kita kesihatan yg baik.

    ReplyDelete
  3. betul tu, saya setuju sesangat..orang perempuan memang tak pernah berhenti bekerja

    ReplyDelete
  4. Saya suka baca entry ni, kisah sebuah coretan harian...lihat sekumpulan warga emas...pabila tua wanita lebih nampak kuat...yesssssss sebab itu wanita walaupun ibu tunggal boleh sara anak 10 orang tanpa tunjuk dia susah pun...hatinya kental...kerana anak itu semangatnya...kata2 suami tu betul...orang lelaki masa muda kerjanya kuat...membanting tenaga...sang isteri wpun kerjanya tak putus tapi tak secabarnya kerja lelaki...

    Dua-dua ada imbangnya....sebab itu bila sama2 tua, hargai suami tika dia muda menabur bakti...

    ReplyDelete
  5. Itulah untungnya kita dijadikan sebagai isteri/ibu dan mudah kata perempuan
    Banyak hikmah sebenarnya. Dlm pada kata lemah tapi ada kekuatan tersendiri.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah, marilah kita sama2 usaha untuk masukkan diri kita ke dalam golongab wanita yang kuat. Jangan terpengaruh dengan anasir yang tak baik, kelakuan buruk dan lain2 yang seangkatannya.

    ReplyDelete
  7. kalau lelaki pulak..bini sakit kronik je dah mula terfikir .."kan bagus ada bini lain.."//hehehh

    ReplyDelete
  8. itu lah kaum wanita ni selalu di gelar superwoman... memang takkan berehat selagi ada kudrat.. beruntung jadi wanita sebenarnya, senang nak dapat pahala...

    ReplyDelete
  9. Berbakti kpd suami itu tinggi nilainya di sisi Allah, wanita yg baik pasti tidak melepaskan peluang membina jambatan ke syurga melalui jalan ini.

    ReplyDelete
  10. Moga isteri2 yg x cukup rehat ni dpt ganjaran syurga teratas hendakNya ;)

    Jom Terjah: Fesyen dan Gaya Popular Lelaki Masa kini yang Simple lagi Murah! :)

    ReplyDelete
  11. biasanya hubby demam yan takkan tdo
    .berjaga sampai sembuh

    ReplyDelete
  12. Setuju sangat Knor...lelaki ni kekadang manja kot, sakit sikit, dah macam parah no hihi...
    Apa yg mereka buat kat situ Knor? Ramai pulak warga kilauan lalu lalang tu?

    ReplyDelete
  13. mmg betullah . bila dah pencen dan byk rehat , cepat je dpt penyakit dan jadi mudah lupa ... org perempuan ni rehatnya masa tidur je ...

    ReplyDelete
  14. Singgah sini sat.....mengekek ke Knor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okje kita ni mcm mengintai kut tingkap jer...hehe.mengekek,mengepie,merempeyek....tulh ..org sana bestlh jln2..duit poket penuh....

      Delete
    2. Poket tak penuh pun, tapi dah sawan jalan nak buat camne hihi.....

      Delete
    3. Sawan jln berduit oklh..ini klu sawan tk berduit nmanya kutu rayau..hihi..

      Delete
  15. Ikut pada genetik kot ..
    Ada genetik yg gagah perkasa sampai
    ke tua... ada yg baru beranak sorang ..
    dah mengeluh2 penat, sakit tulang dsbnya..

    Mintak2 kita gagah perkasa sampai ke tua.. aamiin.

    ReplyDelete
  16. Ikut pada genetik kot ..
    Ada genetik yg gagah perkasa sampai
    ke tua... ada yg baru beranak sorang ..
    dah mengeluh2 penat, sakit tulang dsbnya..

    Mintak2 kita gagah perkasa sampai ke tua.. aamiin.

    ReplyDelete
  17. salam perkenalan dari blog baru bertatih (^___^) folo anda di 371

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)