Pages

Wednesday, September 26, 2012

Ibaratkan sebatang pensel

assalamualaikum



Seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa?”
“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”
“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.
“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya.”

Pertama,

Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua,

Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau pendorong untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga,

Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat,

Tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima,

Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.


selamat hari lahir adik..Azhan fikri 26.9
semoga menjadi anak yang soleh,baca dan hayati kisah di atas...

Pengorbanan si ibu



Inilah kerja hari-hari tunggu si anak,kadang-kadang berpanas,kadang-kadang berhujan.
sambil tunggu dengarlah bacaan ayat-ayat suci al-Quran,yang di bluetooth dalam hp.
 sekolah nun di atas bukit,malas nak panjat atas,tunggu aje di dalam kereta.maklum saja bila parking di atas,dah tentu sesak nanti.
sementara si anak belum muncul,suka tengok gelagat budak-budak yang lain,macam-macam ragam ada,baru nak belajar mengurat,yang dah bercinta monyet pun ada,yang gedik-gedik pun ada,yang tengah hisap lolipop pun ada.rambut macam-macam fesyen,seluar yang hampir terlondeh pun ada.yang di jemput pemandu pun ada,besar-besar keretanya,taulah kita kalau penumpangnya duduk di belakang,pemandu pakai uniform.mesti orang jenis banyak pitiskan.
mana  si anak ni,tak keluar lagi..orang dah habis keluar,dia tak keluar-keluar lagi.
sorrylah mama lambat sikit,cikgu ada buat kelas tambahan.biasa lah tu..
selalunya si ibu ini akan angin,bila masa si ayah jemput si ayah bertenang aje.
Dari sekolah rendah hingga sekarang tak pernah lepas naik kenderaan awam.tadika sebab bus jemput depan pagar.cikgu payungkan kalau hujan.kalau sekarang hujan, si ibu panjat bukit payungkan si anak.besarnya pengorbanan si ibu itu ye,sanggup berbasah kuyup,supaya si anak tidak basah.bukan si ibu ini saja,ibu-ibu lain juga.bila si anak cemerlang di dalam peperiksaan,mulalah si anak minta itu dan ini,yang sebenarnya si ibu dan si ayah telah banyak memberi,tenaga,wang ringgit dan masa,bila berjaya sepatutnya anaklah yang memberi dengan ucapan terima kasih,pelukan dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,sujud depan ibu ayah dan sujud syukur.bukannya tunggu ibu bapa kamu yang memberi.





Tuesday, September 25, 2012

Saat bila hujan








Beginilah keadaan hujan yang turun jika dilihat dari atas Kapal Terbang.. SUBHANAALLAH! Hebatkan Ciptaan Allah S.W.T... Jika Hujan Tiada... Kita akan merana...



Picem goreng

Assalamualaikum

petang begini....


tengok dulu isi kat dalam
bancuh tepung,lepas tu golek-golek cempedak
mula mengoreng
siap cempedak goreng
siap cokodok

Monday, September 24, 2012

Sesekali dan setiap hari



sebiji mangga epal
4 biji cili padi
sebiji bawang besar {bombay}
sedikit udang kering
sos ikan
perahan limau kasturi
sesekali aje

dua sudu minyak zaitun,satu sudu kecil madu,setitis sauda,tujuh biji kismis untuk anak kecil,sebelas biji untuk anak remaja,21 biji untuk dewasa sebab otak dah bersawang dan setengah penutup air musoffa.
amalan setiap hari.

Thursday, September 20, 2012

Perut bumi



Walau bagaimana besar sekalipun darjatmu di dunia ini,satu hari nanti kamu tetap akan kembali ke perut bumi

Sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di muka bumi ini,maka satu hari nanti kamu tetap akan diazab dalam perut bumi

Walau banyak mana pun ketawa mu di muka bumi ini,satu hari nanti kamu tetap akan menangis di perut bumi

Sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan minum minuman haram.Satu hari nanti tubuh mu tetap akan menjadi  makanan ulat

Walau banyak mana pun harta yang kamu kumpulkan di muka bumi ini.Satu hari nanti akan musnah juga harta mu itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi

Walau banyak mana pun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini,satu hari nanti kamu tetap akan hidup dalam gelap di dalam perut bumi

Walau bagaimana pun kamu berlagak dan bertakabur di atas muka bumi ini,satu hari nanti kamu tetap akan di hina dalam perut bumi

Walau banyak mana ramai sekalipun sahabatmu di atas muka bumi ini,satu hari nanti kamu tetap akan keseorangan dalam perut bumi

Wednesday, September 19, 2012

Hari itu 16.9.2012

assalamualaikum.

untuk 40 orang makan,cukup ke ni...

mee kari nyonya

nasi impit,rendang,kurma ayam n puding resepi adibah

karipap pusing
 ice lemon tea,idea azhan,masa ni belum letak ais lagi..kerja azhan ni...
 kek putri salji saya
kek baldu saya

jemput makan



Monday, September 17, 2012

dan sebenarnya

assalamualaikum

untuk kelihatan cantik wanita perlukan kualiti 7m

1.Musyarakah – seseorang wanita itu yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri 
2.Murakabah – mereka menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri
3.Muhasabah – sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya 
4.Muakobah – sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita yang sempurna 
5.Muqarrabah – sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t 
6.Mujahadah – berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri 
7.Muarabah – cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri 

MY BIRTHDAY WISHES
 Alhamdulillah  16.9 Hari lahir saya. Bukanlah ingin meraikan ulang tahun kelahiran tapi  adalah untuk bermuhasabah balik dalam tempoh 8 tahun baligh bagaimana usia saya digunakan. Berapa banyak dosa-dosa besar dan kecil yang telah saya lakukan. Ya, Allah jika dihitung kesilapan-kesilapan yang lalu memang terlalu banyak. Jika diberi kehidupan 40 tahun lagi, belum tentu amalan-amalan yang saya tinggalkan dapat diganti semula.
Aku berdoa..
Ya,Allah..
Ampunkanlah segala dosa-dosaku yang telah lalu,
Ampunkanlah segala dosa-dosa ibu bapaku, keluargaku,
Dosa sahabat-sahabatku, dan dosa muslimin dan muslimat
ya, Allah…
jadikanlah aku sebaik-baik hamba.
Yang menuruti segala perintahmu dan
meninggalkan segala laranganMu.
Ya, Allah
Bantulah aku dalam perjuangan Agama Mu
Janganlah kau bolak- balikkan hati ini
Semoga aku istiqamah dalam perjuangan
Ya,Allah
Kurniakanlah limpah rahmat dan kasih sayangMU
Murahkanlah rezekimu kepada diriku
Ya, Allah
Semoga jodohku berkekalan
Hanya kau yang selayaknya menentukan takdir hidupku

Friday, September 14, 2012

Kelo lagi..!

assalamualaikum

kali ini saya ada hati lagi nak masak lauk kegemaran,dah tak boleh lari dengan n3 masakkan.dah pernah tunjuk pun masakkan ni.sebenarnya saya nak jamu mak mertua,katanya nak datang tengahari,tiba-tiba anak menantu ada hal,terpaksa tunda sebelah petang..
buah kelo atau murungai
antara bahannya
dah siap pun
memandangkan mak mertua tak jadi datang tengahari,tak adalah penambahan lauk,kami anak beranak aje yang makan,makan bersila aje.sesekali best juga,cuma iman dengan muhammad agak kekok.
 inilah yang sempat saya jamu mak di sebelah petang.kira minum petanglah ni..

Wednesday, September 12, 2012

kek pelik

Assalamualaikum

inilah dia kek dulu-dulu yang saya baru nak belajar,bila tengok balik,nak tergelak pun ada,macamlah sekarang pro sangat ye.kek-kek ni untuk di makan sendiri aje,belum ada hati nak jual,tak akan ada si pembeli..nya.ada hati nak tunjuk dekat orang pulak ye.
kek blueberry,menjilat jari sungguh

kek coklat buah,selepas belajar dan belajar,akhirnya dapat tempahan..cayalah.

kek  vanila buah,buruk rupa bentuknya..licin di kerjakan anak-anak.

kek buah longan pun ada...!!pelik sungguh.

p/s masih belajar,masih minat untuk memasak.

Tuesday, September 11, 2012

Berjaya juga akhirnya

assalamualaikum

alhamdulillah,semalam saya telah berjaya menyiapkan tempahan,maknanya hari ini saya telah merdeka...merdeka.orang dah berminggu merdeka saya baru aje sambut merdeka.tempahan kali ini,bukan saja dalam negara,tetapi luar negara juga..orang malaysia juga, belajar,dan bekerja di sana,dah tentu sweden dan ireland,juga yang bekerja sebagai kelasi kapal yang penting rempeyek nor dah terbang dan belayar.orang yang buat tak ke mana-mana...pelangan saya juga berbilang bangsa,terima kasih mr alex,lim,masnur dan semua pelanggan setia saya,nak sebut nama banyak sangat.para-para jpj,yang bekerja di firma guaman,kawan-kawan suami,yang tak di kenali,cikgu-cikgu juga,n banyak lagi.
rangup,sedap,nipis
jom makan sate..

Monday, September 10, 2012

Chocolate homemade

assalamualaikum.


chocolate homemade saya,suka-suka buat.
senang aje,setengah bar dark coklat,satu bar white coklat, 2 sudu cream hazelnut dan kacang hazelnut,kismis,badam dan sebagainya.kaedah double boiling.


Sunday, September 9, 2012

Masa santai

assalamualaikum



 azhan memang pandai melukis,bagi aje apa-apa,dia memang boleh lukis,walau atas tikar sekali pun.
 menonggeng,tetap menonggeng
 iman juga pandai melukis,ikut abang,melukis aje,mewarna semua tak suka.
cantik tak lukisan iman!
 ok,dah siap..
muhammad lukis apa tu?


Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)