Pages

Friday, March 2, 2012

Ribuan bilal melaungkan Azan.

Assalamualaikum.

Semalam bumi di basahi hujan,termasuklah saya ketika menjemput anak-anak pulang dari sekolah.

Alhamdulillah.

 Google

 “Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran saya. Subhanallah…ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah’. Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik sahaja masuk waktu Subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Keagungan Allah swt dan Nabi Muhammad s.a.w.
Allahu Akhbar!

   Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1 ½ jam.

   Belum pun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya akan bermula pula di Malaysia. Berikutnya akan disusuli di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikut laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Sringar di barat India.

   Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah 1 jam. Dalam jangka masa itu, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

    Jarak masa Azan bermula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9 ½ jam. Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), pasti akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!!!!


P/s sumber


Wassalam.

18 comments:

  1. betul kak...ustazah ada cakap mengenai laungan azan yang sentiasa berterusan.....


    *lama tak singgah header baru...kucing hitam tu..hehe

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar!
    Seruan Islam sentiasa berkumandang

    ReplyDelete
  3. kalau tengok dalam you tube ada cerita tentang ni dan ditunjukkan pergerakan azan dari satu negara ke satu negara... sebab tulah yakjud kajud tak sempat nak gali lubang akhirnya tertimbus semula...

    ReplyDelete
  4. betul tu.... selagi azan berkumandang selagi itu rahmat Allah turun ke muka bumi ini........

    ReplyDelete
  5. Subhanallah... Allah Maha Besar... Betapa agungnya Islam kan..

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar... maka besar allah itulah putaran masa membuat laungan azan setiap masa sentiasa ada... itu belum termasuk yg dirumah-rumah lagi...

    ReplyDelete
  7. Allah maha besar. begitu banyak laungan azan tapi begitu sukar umat mengerjakan solat. harap2 kita tak tergolong dalam golongan begitu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah kita masih boleh mendengar laungan azam itu...

    subhanallah..kebesaran Allah

    ReplyDelete
  9. salam akak cinnamon..maaf baru sempat singgah..subhanallah..azan yang berterusan..tenang je bila dengar azan...

    ReplyDelete
  10. hebatkan...kalau la org kafir baca ni, mesti dia tau betapa kebesaran Tuhan

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Allahu Akbar!

    Mohon maaf tidak meminta izin untuk dipaparkan blog. Saya paparkan sempena hari jumaat dan buat link ke blog anda.

    ReplyDelete
  12. Adie Achim -tak ape tak kisah.maaf tak dpt nak jln2 hari ini..

    busy sedikit.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)