Assalamualikum.
Cuti sekolah di penuhi dengan aktiviti memasak.Anak-anak pula sibuk dengan mengulang kaji pelajaran,memandangkan spm semakin hampir,anak-anak perlu lebih kerja keras untuk mendapat keputusan cemerlang.Anak saya hanya seminggu sekali belajar{home tusyen}di rumah kawan hanya empat orang,kerana ia lebih fokus,dan sesekali mengadakan study group.
Memang selama hari ini anak-anak tak pernah ada kelas tusyen.Kata anak dia lebih suka belajar sendiri.
Kalau ikut sistem formula 5S pasti berjaya dengan izinNya.

Formula 5S
1S : SALIN SEMULA NOTA
Salin dengan tulisan yang terang.
Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman.
Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil.
Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait.
Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami.
Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.
2S : SIAPKAN SEMUA CONTOH-CONTOH PENYELESAIAN SEKURANG-KURANGNYA DIULANG-ULANG SECARA PANTAS 5 KALI
Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.
Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.
Selesaikan secara pantas.
Teknik ini meningkatkan kemahiran.
Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama dan begitulah seterusnya.
Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.
Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.
Hari Jumaat, Sabtu, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan banyak masalah Matematik yang bertaraf peperiksaan.
3S : SUARA YANG KUAT
Lafazkan.
Suara anda harus dikuatkan.
Lafazkan formula berulang-ulang.
Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan.
Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan (teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkah-langkah penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).
4S : SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang lain.
5S : SELIDIKI JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA
Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun Sejarah atau Geografi.
Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.
Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masaalah atau membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.
Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.
Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja.
Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan taku buku-buku tersebut mengalami kekotoran.
Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.
Satu teknik lagi yang harus anda amalkan ialah ketika anda berdiri di stesen bas atau ketika anda berada di dalam bas atau kereta. Anda perhatikan nombor kereta. Katakan nombor kereta yang anda lihat itu ialah SA8978R. Campurkan sepantas kilat 8+9+7+8=32. Ya, jawapannya ialah 32. 8+9=17, 7+8=15 dan 17+15 = 32. Atau darabkan 8x9=72, 72x7=152, 152x8=1216; 150x8=1200 dan 2x8=16, 1200+16=1216. Latihkan diri anda setiap hari. Yakinlah Matematik anda akan menjadi pantas.
Amalkan juga selalu pembelajaran Matematik cara pembayangan (visualization) sebelum terlena tidur, atau semasa berada di tandas, di perpustakaan dan sebagainya. Pastikan kekuatan mental anda. Jangan lupa sarapan pagi yang baik setiap hari seperti telur, susu, buah-buahan, ikan, daging (burger) dan lain-lain makanan yang berzat. Kurangkan makanan yang mengandungi gula putih yang tinggi seperti coklat, biskut, keropok, kek, kuih, dan juga minuman-minuman manis dalam kotak, botol atau tin.
Nota;Kalau nak seribu daya.
Cikgu-cikgu boleh sebarkan pada murid-murid.
Wassalam.

selalu jugak kire no plet kat kerete tu..hehe...
ReplyDeleteni petua utk sy jg ni.. sbb tgh pening2 dgn statistik
ReplyDeletedekat pejabat kerajaan juga femes 5S ni... seiri, seiton, shitsuke, seiketsu dan tak ingat lagi satu apa...
ReplyDeletewah info yg berguna ni kak. terima kasih. masa jannah skolah dlu mak mmg hantar tuisyen. mmbantu juga :)
ReplyDeleteBagus utk anak-anak kakak nie... mereka perlu tahu tips ini - maklumlah anak-anak masih perlu dipantau selalu...
ReplyDeleteTerima kasih info...
Salam akak pekaba?..maaf baru sempat ziarah..tips yg bagus tuk student2 nie..
ReplyDeletesaya dulu pun belajar sendiri...
ReplyDeleteAnak yang sedang SPM memang perlukan kekuatan, tekad dan segala-galanya kerana selepas ini mereka akan menghadapi gerbang persaingan yang sengit. Ia merupakan hala tuju dan masa depan seseorang. Insya Allah anak Puan semua di sini berjaya di dunia dan akhirat.
ReplyDeleteguna calculator bole?hehe
ReplyDeleteadik bongsu saya pun akan hadapi spm tahun ini.. kita doakan yang terbaik buat diri mereka... smoga berjaya hendaknya
ReplyDelete