Pages

Tuesday, July 5, 2011

Iblis ketawa..

      Asalamualaikum,kali ini akan aku ceritakan kisah Nabi Ayub as.untuk kita mencari dan menghayati,betapa kukuhnya iman Nabi Ayub as.
     Nabi Ayub as.adalah bangsa rom.Bapanya bernama 'Ish bin Ishak as.,dan ibunya adalah puteri Nabi Luth as.
     Nabi Ayub as adalah seorang pakar besi,bersih,sopan santun dan bijaksana.Sedangkan ayahnya seorang yang kaya raya,memiliki byk ternak,dan tidak seorang pun yg dpt menyainginya di negeri Syam dlm hal kekayaan.
    Ketika ayahnya meninggal dunia,maka kekayaannya diwariskan kpd Nabi Ayub as.Nabi Ayub bernikah dgn Siti Rahmah,iaitu anak kpd Afrayim bin Yusuf as.Allah SWT  telah mengurniakan mereka dgn 12 kali ke hamilan,yg tiap2 kali hamil melahirkan dua orang anak,seorang lelaki,dan seorang perempuan.
     Allah telah mengutus Nabi Ayub kepada kaumnya,iaitu penduduk Hauran Tiih.Allah telah membekalkan dgn budi pekerti yg baik,lemah lembut,dan menyeru kaumnya supaya beribadat kpd Allah.Nabi Ayub menyampaikan beberapa syariat dan membina beberapa rumah ibadah utk mereka.Nabi Ayub mempunyai meja makan yg khusus disediaknya untuk menjamu tamu2nya,terutama dr kalangan fakir miskin.
     Nabi Ayub amat penyantun terhadap anak yatim ibarat seorang ayah yg menyayangi anak-anaknya.Terhdp janda ia seperti seorang suami yg memberikan kasih sayang,dan terhdp orang2 lemah ia bagaikan raja yg melindungi mereka.
     Dengan semua itu,Nabi Ayub amat bersyukur kepada Allah,dan lidahnya tak henti-hentinya berzikir mengingati Tuhannya.
     Bagaimana pun iblis amat dengki kepadanya,iblis berkata "Sungguh Ayub telah berjaya di dunia dan di akhirat",dan iblis bercadang nak merosak salah satu atau ke dua-duanya,dunia dan akhiratnya.Lalu iblis terkutuk naik ke langit ke tujuh,dan mendengar firman Allah"Hai iblis terkutuk,bagaimana engkau melihat hambaku Ayub?Apakah engkau dpt mengambil drpnya manfaat walaupun sedikit?"
     Kata Iblis; Wahai Tuhanku,sesungguhnya ayub mahui menyembahMu kerana Engkau telah memberinya kelapangan hidup berupa harta kekayaan dan kesihatan.Kalaulah tidak hal itu, tentulah dia tidak menyembahMu".
    Firman Allah kpd Iblis;Engkau dusta,sesungguhnya Aku Maha Mengetahui,bahawa sesungguhnya dia menyembahKu dan bersyukur kepadaKu,walaupun dia walaupun dia di timpa kemiskinan di dunia ini.
    Kata Iblis;"Tuhanku,berilah aku kekuasaan untuk mengoda Ayub,maka perhatikanlah bagaimana aku akan berjaya membuat dia lupa utk mengingatiMu".
    Kerana permintaannya di kabulkan Allah,maka iblis terbang ke tepi laut dgn ketawa,lalu berseru dgn suara yg sangat keras,sehingga semua bangsa Jin berkumpul di sisinya seraya berkata."Apakah gerangan yg menimpa baginda?'Iblis menbjawap;"Sesungguhnya aku telah mendpt kesempatan yg belum pernah kuperolehi seperti ini,semenjak aku berjaya mengeluarkan Adam dr syurga. Oleh itu bantulah aku dlm memperdaya Nabi Ayub".
    Maka mereka semua bertebaran dan membakar serta merosak semua harta kekayaan Nabi Ayub,sedangkan Iblis pergi menjumpai Nabi Ayub yg sedang solat.
    Kata Iblis; "Apakah engkau tetap menyembah TuhanMu dlm keadaanmu yg gawat ini,sesungguhnya Tuhanmu telah menuangkan api dr langit yg memusnahkan semua harta kekayaanmu sehingga semua menjadi abu".
   Nabi Ayub tidak menjawapnya,hingga dia selesai menyempurnakan solatnya.Lalu katanya"Alhamdulillah,Dia yg telah memberikan kurnia kpd saya lalu,mengambilnya dr saya".Selepas berkata demikian,Nabi Ayub meneruskankan solatnya.
   Iblis kembali dgn hampa,merasa terhina dan menyesali kegagalannya.Namun bersama bala tenteranya Iblis terus mencari jalan untuk menggangu Nabi Ayub.
   Di rumah Nabi Ayub,semua anak-anaknya berkumpul.Mereka sedang makan,Maka syaitan mengelilingi rumah itu dan melempari anak-anak Nabi Ayub sehingga mereka mati semuanya.Iblis pun menjumpai dgn Nabi Ayub yg sedang solat.Kata Iblis "Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu,sedangkan anak-anakmu semua telah mati?"Nabi Ayub tidak menjawap sepatah kata pun hingga dia menyelesaikan solatnya.Lalu katanya;Hai Iblis,Alhamdulillah,Dia yg te;lah memberi dan mengambilnya pula dr saya,sehingga saya dapat bersabar lg tenang utk beribadah kpd Tuhan ku".
    Iblis kembali dgn hampa,merintih,menangis dan berlari tak tentu hala menyesali kegagalannya mengoda Nabi Ayub.Namun Iblis tidak berputus asa,kerana sememangnya sifat Iblis untuk terus menyesatkan manusia.Lalu Iblis kembali menjumpai Nabi Ayub yg sedang melakukan solat.Ketika Nabi Ayub sedang sujud,Iblis meniupkan nafasnya ke hidung dan mulut Nabi Ayub,sehingga berpeluh dan menderita sakit.
    Berkata isterinya Siti Rahmah,"Ini semua adalah sebab kesusahanmu terhadap harta yg telah musnah dan anak-anak yg telah mati,sedangkan engkau tetap beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari tanpa henti-hentinya,dan engkau masih saja merasa tudak cukup dgn ibadatmu itu".
    Akibat dr hembusan Iblis tersebut,Nabi Ayub menderita penyakit kudis pada seluruh tuibuhnya,mulai dr kepala hingga ke kaki,bahkan mengalir dr tubuhnya darah bercampur nanah dan di sertai ulat-ulat yg banyak.Keadaan ini membuatkan kaum keluarga dan sahabat-sahabat menjauhi Nabi Ayub.
    Nabi Ayub mempunyai tiga orang isteri,Kerana penyakitnya yg semakin bertambah parah,Kedua-dua isterinya minta cerai.Kini hanya tinggal seorang saja isterinya yg setia mendampinginya,iaitu Siti Rahmah.
    Nabi Ayub hidup berjiran tetangga.Kerana keadaan penyakitnya semakin bertambah parah,mereka risau akan menjangkiti pd anak-anak mereka.Maka jiran-jirannya mengusir Nabi Ayub.Siti Rahmah membawa suaminya Nabi Ayub keluar dr lingkungan jiran itu,dgn mendukung suaminya seraya berkata,"Aduhai,berat betul penderitaan ini."
    Siti Rahmah mendukung Nabi Ayub sedangkan air mata membasahi pipinya.Ia terus berjalan dan meletakkan Nabi Ayub di sebuah rumah yg sudah rosak yg di jadikan tempat pembuangan sampah,kerana hanya itulah satu-satunya tempat yg masih boleh dijadikan tempat tinggal.Tetapi sungguh malang nasib Nabi Ayub,kerana di tempat itupun ia tidak di izinkan oleh masyarakat untuk tinggal.
 Mereka malahan mengugut,"Bawalah suamimu itu jauh-jauh dr kami,kalau tidak maka akn kami bawakan anjing-anjing kami,untuk memakannya."
    Sesaklah dada Siti Rahmah mendengar ugutan masyarakat itu.Dalam pada itu,tertawalah Iblis merayakan kejayaannya mengoda Nabi Ayub.
     Bagaimana pun Allah tidak membniarkan Nabi Ayub berterusan di bawah pengaruh iblis laknatullah.Setelah seluruh tubuh Nabi Ayub habis dimakn ulat,Allah berkenan menyembuhkan penyakit kudisnya,mengembalikan semula daging dan kesihatannya seperti sedia kala.
   

No comments:

Post a Comment

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)