Pages

Monday, December 15, 2014

Kelahirannya Kami Tunggu

Assalamualaikum  sahabat.
dah petang baru berkesempatan nak update blog.. bz tak habis lagi ni...

Bila Allah nak bagi, Allah akan bagi.. bila? dimana? dan bagaimana. itu rahsia Allah. cuma kita sebagai manusia harus bersabar dalam apa jua pun.. Allah perancang yang Maha Hebat..
kehadirannya kami semua tunggu dan sangat teruja.. apatah  lagi semua anak- anak semakin membesar...
kalau dulu anak- anak buah diulit oleh paksu tapi sekarang ni paksu ulit anaknya sendiri.... tak ada makna dah nak mengada- mengada dengan paksu...
lama sungguh  paksu nak pegang, sentuh dan belai anak sendiri.. akhirnya Allah makbulkan, semalam 14 Dec ..jam 6:20pm lahirlah seorang baby girl yang sangat comel dan gebus macam donat...
alhamdulillah,airmata turun juga semalam menangis  kegembiraan.. gembira sebab paksu adikku akhirnya  ada anak sendiri... masa nilah ingat kat arwah mak, kalau arwah mak ada tentu dia pun turut happy..

Beruntung adik sebab punyai mak mertua yang cukup baik dan kami pun anggap mak mertua adik macam mak kandung kami, kemana adik pergi, kenduri kendara mesti adik bawa mertua dia, jadi secara tak langsung kami adik beradik rapat...
masa proses  melahirkan,mertua adiklah yang menghadap isteri dia bersalin memandangkan adik penakut dan tak boleh tengok darah ..
dia mengendap sebalik pintu aje, kesian adik tak habis dengan penakutnya..
jom kita layan gambar baby...
Muhammad sangat teruja...

Mereka yang datang dan pergi dari kehidupanmu adalah DUGAAN dari ALLAH. Namun, mereka yang datang dan tak pernah meninggalkanmu adalah 'PILIHAN ALLAH'.
12 tahun jangka masa yang panjang...akhirnya.
pesanan aku pada adik jika nak anak yang soleh atau solehah harus ibubapanya dulu soleh dan solehah..


17 comments:

  1. alhamdulilah..tahniah kak dapat anak saudara...semangatnya..geram tengok pp..memang gebus...yan dah 5 tahun kahwin tapi lom ada rzeki lagi...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. tahniah akak. Semoga baby baru( anak buah) sihat dan membesar dengan ceria.

    ReplyDelete
  3. Dapat anak saudara baru.. tahniah buat seisi keluarga.. moga membesar jadi anak yg soleh.. merah kaki pasti melepak orangnya tu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. tahniah buat adik tu.. comey dan gebus tu .. geram tengok :)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah... comeinya baby ni... kaki tu geram tgk.. tahniah, dpt anak saudara baru...

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepad pak su..penantian 12 tahun akhirnya berakhir..syukur alhamdulillah...cute sangat baby tu..so didiklah dia menjadi anak yg solehah..betul ckp kak KY a.k.a Kayu Manis..ingin anak soleh or solehah..ibu bapa perlu soleh solehah dulu aminnn

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah 3x, rezeki adik knor, Allah bagi juga, sabar dia tunggu, tahniah3x buat knor dpt anak sedara yg comel tu, geramnya tgk pipinya tu, rasa nak picit-picit.

    ReplyDelete
  8. wah gebunya baby. tahniah untuk knor sekeluarga.

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat adik Knor yer..... betul tu bukan mudah nak menunggu sampai tahun ke 12, baru dikurniakan cahayamata. Besarnya dugaan Allah....
    Kotnya Muhammad nak beradik lagi kot hihi

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. tahniah buat semua. Muhammad kenapa nak baby? Mintalah kat mama:)

    Gebunya pipi baby Nor. Hidung tercacak dah macam anak mat saleh kakak tengok. Geram:)

    ReplyDelete
  11. tahniah akak dapat anak buah....tahniah tuk paksu juga :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, memang comel dan gebas gebus pun...

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat Kak Nor dan Si adik.
    12thn menunggu ye?. Alhamdulillah.. penantian yg berbaloi..cumil & putih melepak anugerah Allah. Birthday pulak sama dgn anniversarry Auntie Mirror.. lg la berbaloinyaa.. kekeke.

    ReplyDelete
  14. comelnya kita geram dengan kaki baby. lembut je

    ReplyDelete
  15. tahniah untuk akak dan ahli keluarga ye..betul,anugerah Allah akan hadir bila tiba masanya

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)