Pages

Monday, November 10, 2014

Wahai Pelajar! Jangan Takut Gagal

Bismillah

Kisah ini sangat baik buat pelajar lelaki mahupun perempuan,yang sangat takutkan kegagalan dalam pelajran

"Nurul Atiqah"

"Siti Aisyah"

Satu-persatu nama dipanggil. Sekali imbas ainul melihat markah yang tertera pada kertas rakannya.
41/50. "Subhanallah, bijak!"
49/50. "Hebat!"

Tangan Ainul semakin menggigil. Berpeluh. Takut lain
macam. Mana tidaknya, usrah bersama adik-adik
terpaksa dia tangguhkan kerana ingin membuat
persediaan. Meeting dengan ahli persatuan terpaksa dia
'skip' untuk belajar 'killer subject' ni

"Nur Ainul"

Kakinya berat hendak melangkah ke hadapan. Terus
melihat markah pada kertasnya.
27/50.

"Aku dah agak".

hatinya berkata-kata.
Air mata seperti ingin jatuh dari takungan. Cepat-cepat
Ainul kesat sebelum rakannya nampak.
Ini bukan kali pertama Ainul dapat markah sebegitu.
Dah berkali-kali. Cuma kali ini dia rasa sedih yang teramat sangat.

"Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu
dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.
Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding
rahmat Allah dan pertolongan dari Allah. Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah
berikan dan tetapkan pada kamu.
Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya
kerana kamu gagal menjawab
pada sebuah kertas peperiksaan.
Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat
kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti."
Kata-kata ini terngiang-ngiang dalam fikirannya.

"Ya Allah, mudahnya air mata ku jatuh hanya kerana
markah peperiksaan ku tak sebagus orang lain"

"Pernahkah sebelum ini aku menangis jika aku mengabaikanmu?"

"Pernahkah sebelum ini air mata ku jatuh kerana amalanku yang sedikit?"

"Pernahkah sebelum ini aku menangis mengenangkan
dosa-dosa lepas?"

"Mudahnya air mataku tumpah kerana dunia. Allahurabbi"

"Ya Allah, jika cemerlangnya aku dalam pelajaran menjadi asbab aku jauh dariMu, jangan sesekali kau
berikan kecemerlangan itu."

Jika aku diberi satu pilihan, sama ada ingin cemerlang
di dunia atau di syurga? Sudah tentu aku ingin cemerlang di syurga.
Kerana kehidupan di dunia ini, ia tidaklah panjang, menjadikan diri hanya ibarat pengembara yang sedang menyeberangi jalan sahaja..
Di akhirat jualah kehidupan yang abadi..

7 comments:

  1. Betul tu. jagan takut gagal. Jika gagal usaha lagi dan lagi sampai berjaya.

    ReplyDelete
  2. kisah yg boleh jadi motivasi terbaik...

    dan doalah kita, semoga berjaya dunia & akhirat, dengan cemerlang! Insya Allah

    ReplyDelete
  3. betul betul betul... masa saya kecik2 dulu masa sekolah... bila pelajaran maju jaya saya akan jadi sombong... tanak berkawan dgn org2 yg lemah... bila diingatkan balik saya menyesal tapi saya hanya budak, apalah yg saya tau...

    ReplyDelete
  4. setuju knor, dululu masa zaman bebudak , kita selalu yakin dengan usaha kita akan berjaya, tanpa kita ingat, tanpa tau kita sangat perlu tawakkal juga, bila berjaya kita ingat kita berjaya berkat usaha kita, tanpa mengaitkan kekuasaanNYa, bila gagal kita salahkan diri, bodohla aku ni..
    Bertuahnya anak-anak yang punya ibubapa yg selalu dpt mengingatkan, menyedarkan anak-anak bila mereka mulai lalai.

    ReplyDelete
  5. Kalau boleh mahu cemerlang dunia dan akhirat.. sebab dunia hari ini kalau anak yg beragama cemerlang di dunia boleh membawa kecemerlangan lebih ramai umat cemerlang di akhirat..

    ReplyDelete
  6. Pergh!!! Untung dapat mak yg pandai memberi motivasi dunia akhirat ....sampai geng blogger pun termotivasi sekalilah hihi...

    Hebat Knor ni!

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)