Pages

Monday, November 10, 2014

Rupanya Isteri Hanya MEMBANTU

Semalam sembang dengan suami..abang nak tau rupa-rupanya suami kena buat semua kerja, isteri hanya MEMBANTU..suami spontan jawab 'tau".."habis kenapa tak buat semua tu?...sebelum dia jawab aku terus cakap..'tapikan bang kalau isteri buat semua tu banyak dapat pahala"..terus suami angguk..laju je..
sebenarnya aku tau,dia tak tahu nak cakap apa..sebelum suami termalu..kan aku coverlah...

Mengikut hukum Islam,

tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:
Menjaga anak
Menyediakan makan-minum isteri
Mengurus segala keperluan rumahtangga
Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
Menyelenggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagainya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU.
 

Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tuntutan kerja di pejabat.

Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.

Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk engkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.
Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat.

Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi lah dia makan ubat ketika dia sedang sakit.


memang kekadang aku malas nak buat itu dan ini...makanya hari ini aku tapau mee kari udang...

7 comments:

  1. kak nor,

    bagusnya akak pandai cover:):)

    ada setengah pompuan lain tu mou dah perang mulut hehhehehehe.....

    ReplyDelete
  2. Dalam kitab munakahat lama mmg ada disebut macam tu, tapi kita sbg isteri tentu nkkan pahala berkhidmat dengan suami kan.
    Lagipun dah tugas suami mencari nafkah, jadi kita ringankan beban tu dengan selesaikan urusan rumah tangga, melainkan suami mampu sediakan org gaji, he he

    ReplyDelete
  3. kadang ada isteri takleh kalau suami tolong... potong sawi hancur, gosok baju bocor, tolong masak jadi lambat... tapi tak semua suami lah... ada suami lebih pandai masak dari bini lagi

    ReplyDelete
  4. saling bantu membantu.. kalau dalam masyarakat kita ni dah pasti isteri yang buat semua.. sudah terbiasa..

    ReplyDelete
  5. tapi ramai suami yang tak tau sebenarnya itu semua tanggungjawab suami....mereka ingat itu mmg tanggungjawab isteri sepenuhnya...

    ReplyDelete
  6. OKje pun selalu jugak malas nak buat apa apa Knor....hihi..

    Apa lagi kita....haha

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)