Pages

Saturday, August 6, 2011

Selipar..

     Assalamualikum,tergerak hari ini ,saya nak buat entry pasal selipar.
 Semalam anak lelaki saya balik berkaki ayam selepas solat tarawih,rasanya baru sebulan dia pakai selipar tu,masih baru.Saya katakan pada anak, kasut tu bukan rezeki adik (panggilan di rumah) redhakan saja.
    Sebenarnya pasal ke hilangan kasut ni bukan pertama kali,kalau tak silap saya sudah berkali-kali ia berlaku,semuanya masjid yg berlainan.
 Suami memang susah nak beli kasut,melainkan kasut tu dah teruk sangat,bila dah tertanggal tapaknya,dah tak boleh nak pakai,barulah dia nak beli yang baru,bukannya apa,suami lebih dahulukan anak-anak..macam tu la bila dah berumahtangga.
    Bila beli kasut baru,tentulah harganya agak mahal sikit untuk lebih tahan lama.Sebab bukan selalu beli kasut pun..
   Nak di jadikan cerita suami pergi ke masjid berhampiran di tempat kerja,menumpang kawan,kebetulan selipar pun tak ada,apa jadi seterusnya,faham-faham le..Ayat yg sama juga aku guna, "bukan rezeki kita"redhakan aje.
    Seminggu selepas tu,suami beli lagi kasut,kali ni kurang sikit le harganya,bajet kasut dah lari.
Seperti biasa nak jadikan cerita kasut tu hilang juga,di masjid,tak sampai dua minggu suami pakai..
 Inilah sikap segelintir orang,rumah Allah pun ada pasang niat nak mencuri..tak hairanlah sekeliling kita ni,kita tak tahu hati budi orang,rambut sama hitam hati lain-lain..
 Bila dah berturut-turut ke jadian hilang kasut,saya dan suami rasa inilah ujian Allah yg sekecil-kecilnya,saya dan suami redha dan sedekahkan pada yg mengambil kasut tu,semoga Allah ampunkan orang tu,dan di beri hidayah.
      Sampai ke hari ini suami pakai kasut yg lama,hanya ganti tapaknya saja..agaknya inilah rezeki suami.

2 comments:

  1. salam, byk kemungkinannya...org tersalah sarung pon ye jgk..xpa kita redha apa yg berlaku..tak jd hal sangat la tu kan angah yan...teringat dulu2 masa kecik duk hostel, solat kat masjid hr jumaat bawa balik selipar baru....nasib baik tak bawa perangai tu ke hari ni...alhamdulillah.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)