Assalamualaikum,lama sudah aku tak menaip apa2 kat blog aku ni..malas benor nak mengupdate..tapi kali ni aku nak le kongsi tip macammana nak bg anak2 kita ni sentiasa cemerlang dunia akhirat,Pertama sekali anak2 kena ada semangat nak pandai dan sentiasa nak buat yg terbaik.Kalau kwn2 diorg pandai,anak2 kita kena la lebih pandai,kalau kawan2 diorg boleh,kenapa kita tak boleh..Bukan la nak meletakkan harapan yg tinggi pada anak,tapi bila diorg dah ada semangat nak belajar dan nak pandai,anak2 akan berusaha sendiri untuk mendptkan yg terbaik.
Ok,kita sebagai ibubapalah yg memainkan peranan,macam mana nak mendisiplinkan anak2.
1.Mama dgn ayah kena bagi contoh yg baik
2.Jaga solat,biasakan anak ambil wuduk,5 minit sebelum masuknya waktu solat,
3.Dalam sehari ambillah dua waktu untuk solat berjemaah.
4.Lepas solat ashar,baca Al quran.
5.lepas solat maghrib buat hafazan,pilih lah surah mana2 pun.
6.Buat hafazan setiap hari,tak kira la waktu bila,biasanya lepas solat fardu.
7.Dalam seminggu si ayah buat tazkirah,ambillah masa 2 kali dlm seminggu.
waktu ni tugas si
ayah,membaca tafsir,hadis,dan buku2 ilmiah.
Nampak macam tak terikutkan,mesti boring.
ok kita sambung no seterusnya.
8.setiap hari selepas solat subuh baca surah yassin.
9.sarapan setiap pagi wajib,n makan tujuh biji kismis,kadang-kadang budak2 lupa,so kita sebagai parent's kena la rajin,ambil tujuh biji kismis bacakan Al fatihah sekali dan selawat tiga kali pastu suapkan kat mulut anak,yg besar2 tu baca sendiri la,yg pasti kismis tu sentiasa ada atas meja.
10.Pastikan dua minggu sebelum anak nak exam,kita sebagai mama kena masak masakan yg berkhasiat,contoh masak rebus2 terutamanya ikan.jgn sesekali masak yg pedas2..takut nnti masa anak nak exam perut pulak buat hal,pastikan anak makan sayur,cari sayur yg dimakan ulat.Dan nasi pulak nasi yg baru,jgn bagi anak makan nasi semalam,yg semalam biar mama dia makan sbb mama diorg dah luput tarikh...
Alhamdulillah..bagusnya tips ni..nak juga anak2 cerdik cm anak angah tu..
ReplyDeleteinsyaallah akan diusahakan . Selain tu sentiasa berdoa..betui dak angah.
amin..panjang lg perjalanan di org..
ReplyDelete