Pages

Tuesday, May 10, 2011

Gambaran Seluruh Atau Sebahagian Daripada Peristiwa Yang Terjadi Pada Hari Kiamat..

Hadith Lengkap Tentang Sangkakala

AL-Hafiz Abu Ya'la Al-Mushili dlm Musnadnya,meriwayatkan dr Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w pernah bercerita kpd kami ketika baginda berada di tgh para sahabatnya lalu bersabda; "Sesungguhnya Allah s.w.t.,selesai menciptakan langit dan bumi,maka Dia menciptakan sangkakala,lalu dia berikan kpd Israfil.(setelah menerima benda itu),Israfil meletakkannya ke mulutnya sambil menatap terus ke 'Arasy,menunggu bila diperintahkan untuk meniup".

Aku bertya,kata Abu Hurairah,Ya Rasulullah,apa itu sangkakala?'
Rasulullah s.a.w.menjawap,Tanduk.'
Abu Hurairah r.a bertya pula,'Bagaimana tanduk itu?'

Rasulullah s.a.w.menjawap,'Besar'.Lalu baginda terangkan,'Demi Allah yg mengutus aku dgn membawa kebenaran,sesungguhnya besar lingkarannya adalah seluas langit dan bumi.Sangkakala itu akan ditiup tiga kali.Yang pertama tiupan mengejutkan(Nafkhatul Faza').Kedua mematikan(Nafkhatus Sha'iq). Yang ketiga tiupan membangkitkan(Nafkhatul Qiyam), untuk menghadap kpd Tuhan semesta alam'.

Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup tiupan yg pertama seraya firmanNya, 'Tiuplah tiupan yg mengejutkan'.

Setelah ditiup, terkejutlah segenap penghuni langit dan bumi,kecuali mereka yg di kehendaki Allah s.w.t. Ketika itu Allah s.w.t. menyuruh Israfil memanjangkan tiupannya tanpa henti.Itulah yg di firmankan oleh Allah s.w.t.;
Ertinya;"Tidak ada yang mereka tunggu-tunggu selain satu teriakkan sahaja, tanpa ada saat berselang padanya".(Sad:15)

Lalu gunung-gunung pun berjln bagai awan,lalu menjadi fatamorgana.Bumi bergoyang hebat mengoyangkan penghuninya bagai perahu di laut lepas, dihempas ombak kian-kemari.Penghuninya terumbang- ambing bagai lampu yg digantung di 'Arasy.Hati sesiapa pun menjadi gementar kerananya.Itulah yg difirmankan Allah s.w.t.:
Ertinya: "Pada hari ketika tiupan(pertama) mengoncangkan alam.Tiupan itu diikuti tiupan (kedua).Hati manusia ketika itu sangat takut".(An-Nazi'at:6-8)

4 comments:

  1. Buku yg dihadiahkan sempena hari ibu..tq

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..boleh pinjam segala buku ilmiah angah nanti ye..!

    @li

    Makan Tgh Malam..ok ke?

    ReplyDelete
  3. makan malam ,,tak elok..nnti gemuk..tak baik for kesihatan..siang2 cantik la..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)