Pages

Sunday, June 23, 2013

Siapa yang nak bertanggungjawab ni...


Tamatlah sudah rentetan kisah  kelahiran Nabi saw...masih banyak lagi,tapi cukuplah dulu setakat itu...seminggu trafik saya merundum...tidak mengapa,saya menulis bukan kerana apa,tujuan tetap sama menulis hanya kerana redha Allah.

andai saya pergi menghadap Allah dahulu mesti anak-anak saya akan membaca,suami juga...saya pasti.mesti setiap hari anak-anak akan membaca rentetan di blog cinnamon.

berbalik pada hari ini..semua anak-anak sakit,sakit kerana kerakusan manusia yang pentingkan diri sendiri...siapa nak bertanggungjawab dengan anak-anak,dan suami yang sedang kesakitan untuk bernafas dengan selesa.batuk,selsema,pedih mata..kesiannya, saya sebagai mama melihat mereka...bergilir-gilir menyedut inhaler..alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik untuk saya...



iman terlalu sensitif dengan keadaan cuaca,rumah yang berhabuk juga dia selalu bersin inikan jerebu yang melanda,setiap hari sebelum ke sekolah pencegah inilah yang dia akan sedut (inhaler) berwarna coklat Beclate 50 tujuannya untuk mencegah dari lelah.Asthalin HFA pula berwarna biru  ini apabila iman mengalami serangan asthma.setiap satu untuk di bawa ke sekolah setiap seorang kecuali muhammad.



begitu juga dengan si kecil ini juga penghidap lelah...memandangkan muhammad belum pandai mengunakan inhaler  secara terus.pengunaan Aero Chamber yang sesuai untuk anak-anak kecil seperti muhammad..








azhan mengunakan inhaler hampir setiap hari..kuat bersukan tapi masih semput..saya redha semua anak-anak saya semput termasuk adibah dan suami...tapi saya sangat bangga kerana semuanya aktif...tapi bila datang lelah hibanya hati,selalu saya minta pada Allah biarlah saya gantikan tempat mereka.bila mereka sakit sayalah yang tak boleh lelap,sekejap-sekejap saya bangkit tengok dada mereka..saya sendiri dah macam doktor.

selalu juga bertanyakan adibah "semput tak..dia kata ok..dia pandai untuk mengunakan inhaler dan saya bekalkan juga untuk dia...paling teruk jika suami turut lelah..

bila jerebu melanda sayalah orang yang paling risau dan susah hati...Ya Allah Engkau ampunkan dosa-dosa ku dan Engkau ampunkan dosa-dosa orang-orang yang terlibat membuat pembakaran terbuka..bukalah pintu hati mereka untuk menghentikan semua ini Ya Allah..

Tidak sedikit pun dari kita yang ’berkerja’ dalam ibadah kepada Yang Maha Pencipta, Pemberi rezeki, dan Penguasa alam raya;
Hanya sebatas pada kewajiban seorang hamba kepada Khaliqnya. Di situlah ada harapan mendapatkan balasan berupa gaji yang bernama pahala.


p/s saya dah penat..saya dah penat..


16 comments:

  1. tak habis lagi kak jerebu. melaka dah seminggu indah dengan pemandangan jerebu. huh indah lah sangat

    ReplyDelete
  2. Simpati ngan family knor yg semuanya mengalami lelah..tambahcuaca begini..semakin difficult kan..apa pun doakan moga Allah berikan kekuatan kpd mrk semua..take care yer

    ReplyDelete
  3. KA turut bersimpati. doakan moga anak2 dan seluruh family knor diberikan kekuatan utk mengahdapi semua ini yer ! .. Plg kesian pada anak2 tu !

    ReplyDelete
  4. semoga keluarga akak cepat sembuh hendak-Nya...amin..

    ReplyDelete
  5. kesian nyer kak...sama sam kita doakan yang terbaik utk bumi kita

    ReplyDelete
  6. dah follow kamu.

    Ya Allah begitu hebat dugaan yang kamu hadapi. anak anak semuanya kena guna inhealer?

    ReplyDelete
  7. kesabaran Knor...sekarang diuji kembali, semoga keluarga ( Anak, Suami ) yang sedang skit diberi kesembuhan oleh Allah swt

    ReplyDelete
  8. Cuaca yg tercemar begini amat menjejaskan pada keluarga Nor semua. Simpati kakak pada Nor. Betul-betul menagih kesabaran yg tinggi bila ini terjadi. Anak-anak yg besar ok dah pandai mengendali tapi macam Muhammad tu alahai sedihnya..

    Bersama kita berdoa moga Allah turunkan hujan bagi reda sedikit jerebu ini.

    ReplyDelete
  9. musim jerebu, mmg masalah untuk pesakit asma.. take care kak (psst: saya tetap jadi pembaca setia kisah kelahiran nabi muhd, kak walaupun xsempat drop komen)

    ReplyDelete
  10. tu laa.. sy terfikirkan mereka2 yg kena lelah time jerebu begini...makcik sy 1 family ada lelah..duduk plak kt tmpt yg bacaan IPU di tahap merbahaya...

    p/s sy dtg lps opis hour..

    ReplyDelete
  11. kerana kerakusan manusia lain, yang lain menderita. saya pon dah makin teruk batuk ni. banyak sangat sedut jerebu ulang alik gi kerja senawang-alor gajah. hmmm

    ReplyDelete
  12. Take care knor
    Semoga segera sehat semuanya

    ReplyDelete
  13. kak moga semua baik2 ye..
    Nur ada bgth anak2 akak x sihat, dia da bace entry ni, Nur suruh sy bace.. malam ni ade kelapangan sikit, sy doakan semua baik2 ye..

    ReplyDelete
  14. Wahai Zat Wajabal Wujud...Kurniakanlah kesejahteraan, kesihatan yg sempurna, kesembuhan yg sempurna buat setiap ahli keluarga ini..Keluarga ini amat bahagia Ya Allah..Panjangkanlah umur setiap ahli keluarga ini dengan penuh kebahagian..Allahumma Aaminn..

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)