Assalamualaikum
Sekadar perkongsian....terpulang dengan semua anggapan..
Suatu senja kebiasaan jika suami tak ke masjid kami solat berjemaah...biasanya sebelum azan kami dah bentang sejadah dan masing-masing sudah berwuduk....
iqamah dilaungkan oleh anakanda Muhammad...selesai, kami solat seperti biasa...
tiba rakaat yang kedua,tiba-tiba anakanda Muhammad keluar dari solatnya...biasalah walau kita tengah solat,mesti kita perasan punya...sampailah dia masuk kebilik air,siap semua memang kita perasan walau tengah solat...sabar ajelah masa ni...memang dugaan betul...
Masuk rakaat ketiga,muhammad masuk balik solat (masbuq)Masbuq maknanya solat jemaah yang tertinggal beberapa rakaat daripada imam...
Kami selesai solat...manakala Muhammad sambung solatnya yang tertinggal tadi...subhanallah.kami berpandangan sesama kami, bayangkan semua perlakuan anakanda Muhammad sangat tertib dan betul cara solatnya seperti orang yang sangat tahu....
Selesai solatnya,suami terus peluk dan ucap tahniah dan sangat bangga dengan dia...
soalanku:"Macammana Muhammad tahu pasal solat masbuq ni...?"..katanya bersahaja:"ayah ajar'...
menurut suami,pernah cakap solat masbuq ni pada dia,tapi dah lama sangat...
yang suami bangga tu,sebab ingatannya sangat kuat....pada hal masa bagi tahu mengenai solat masbuq tu ..taklah serius sangat..santai-santai aje...rupanya-rupanya dia merakam, terus masuk dalam otaknya....
Rahsia Didikan Ibu Imam Shafiee
Ditanyakan kepada ibu Imam Syafiee, ” Wahai Ummu Habibah al Uzdiyyah,
apa rahsia kamu mendidik anakmu hingga begitu luar biasa ingatannya?”
tanya jiran tetangga yang berasa kagum dengan kebolehan Imam Syafiee.
Dijawab oleh ibunya,
” saya sentiasa mendoakan kebaikKan untuknya,
makan dan minumnya saya pastikan daripada sumber rezeki yang halal,
saya tidak pernah memarahinya apatah lagi mengucapkan kata-kata yang
tidak baik padanya. kerana kata-kata seorang ibu itu adalah doa!
Sekiranya dia melakukan kesalahan, saya didik dia dengan nasihat dan tunjuk ajar.”
Mama bangga dengan seumur Muhammad..buah hati mama..