Bahagian 5
Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad
Rupanya dalam termenung itu, Muhammad mempunyai rancangan hendak pergi ke kubur bapanya. tapi buat sementara ini dia tidak memberitahu ibunya tentang rancangan itu. Dia ingin melihat kubur bapanya suatu hari nanti.
“Ingat” sambung Aminah lagi ” Pada pendapat setengah orang Muhammad akan menjadi orang besar di Kota Mekah ini. Tanda-tandanya telah banyak seperti yang ibu sebutkan tadi. Perangai-perangai yang baik harus di contohi.”
Setelah berumur enam tahun, Muhammad berkata lagi kepada ibunya. Muhammad mahu lihat kubur bapa” katanya.
Aminah terdiam mendengar permintaan Muhammad itu. Walaubagaimana pun Aminah tidak mahu menghampakan permintaan Muhammad.
“Baiklah”kata Aminah kepada Muhammad”. Tapi mesti minta izin dari datukmu.”
Abdul Mutalib tidak menegah hajat itu. Setelah segala persiapan di buat mereka pun berangkat ke Madinah. Dalam perjalanan yang susah dan jauh itu macam-macam cabaran yang di terima. Tapi Muhmmad tabah menempuhnya. Walaupun letih tapi dia tahan menghadapi semua itu.
Akhirnya, sampai juga mereka di Madinah. Hajat Muhammad sampai. Mereka pergi ke kekuburan. Sungguhpun masih anak-anak tapi Muhammad dapat menunjukkan kesabaran. Dia sedih tapi dia dapat menahan kesedihannya itu. Dia pujuk ibunya yang menangis. Dia pinta ibunya bersabar. Sedikit sebanyak, dapat juga Muhammad memberi petunjuk kepada ibunya.
Setelah beberapa lama di kuburan itu, Muhammad lalu mengajak ibunya pulang. Dia cuba damaikan perasaan ibunya dalam perjalanan itu. Tapi nasib Muhammad memang malang. Ibunya jatuh sakit dalam perjalanan.
Muhammad tidak dapat meneruskan perjalanan pulang. Maklumlah ibunya sakit. Masakan boleh orang sakit dipaksa pulang. Muhammad sabar lagi. kalau ibu sembuh bolehlah pulang, fikirnya. Muhammad terus berusaha untuk menyembuhkan penyakit ibunya itu. Tapi penyakit Aminah tidak mahu sembuh juga. Makin sehari semakin berat. Muhammad tidak putus asa. Tapi makin sehari semakin berat juga.
Akhirnya, ibu Muhammad meninggal dunia. Ini satu kejadian yang tidak diduga-duga oleh Muhammad. Tapi Muhammad sabar walaupun tanggungannya berat. Dan dia menangis dalam sabar. Dia bersedih dalam sabar. Dia uruskan ibunya.
bersambung...
sumber
thanks for sharing
ReplyDeletebetapa berat ujian yang dialami Muhammad, sejak kecil sudah ditinggal ayah ibundanya tercinta...
ReplyDeletetabahnya rasulullah. macam nak nanges baca
ReplyDeleteBegitu besarnya ujian diberi pada baginda sedari usia kecik lagi tapi sabarnya baginda tak ada tolok bandingnya
ReplyDeleteOoooo dah ada header penye. Nak tuka gamba cute kat blog saya tu ke?
ReplyDeletebayangkan seorang anak kecik yg begitu matang kan..anak ygerpilih...anak2 kita belum tentu boleh memahami situasi begitu..selawat keatas baginda SAW..
ReplyDeletebagusnyer kongsi n3 yg mcm ni !
ReplyDeletebaca2 aje dah part 5.. nk kena baca dari part 1 ni.. ape2 pun tq akak buat entri mcm ni.. tambah ilmu..
ReplyDeletelepas satu, satu dugaan menimpa baginda...
ReplyDelete