Biasa tengok rancangan memasak di tv?hobi saya tu...Orang putih,Cina ,India,Arab,Thailand,Indonesia,Singapura dan Melayu semua saya layan...Channel Asian Food Channel, TLC and Food Network .dari sinilah ilmu memasak yang saya dapat...saya tak pernah keluar satu sen pun untuk belajar memasak kecuali nak membeli majalah masakan...duit suami...
Terlanjur bercerita mengenai masakan....
tak terlepas juga saya menonton Master Chef Celebriti Malaysia.saya bangga sangat juri-juri dari Malaysia...beradab.
Dari Abu Hurairah RA,berkata:"Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan,sekiranya baginda suka beliau makan,dan sekiranya baginda tidak menyukainya baginda meninggalkannya."(HR Bukhari)
Juri: setelah makanan di hidang oleh peserta..mula-mula makanan di tatap seolah-olah melihat makhluk asing,kemudian makan dengan tangan kiri,menikmati makanan dengan wajah yang garang,sambil menatap tajam ke arah peserta seolah ingin turut mengunyah mereka...puuiih.."ini sampah"!
Ketika sebahagian orang menganggap makanan yang di masak dengan penat lelah itu adalah sampah...ada sebahagian manusia dengan segala usahanya menerima keadaan bahawa sampah-sampah itu adalah makanan.
Juri : 'Jangan terlalu ikut perasaan apa yang saya lakukan adalah untuk melatih mental mereka agar tahan tekanan,dulu saya mengalami tekanan yang lebih teruk daripada senior saya!!.seorang chef harus mempunyai mental yang kuat seperti saya mencela dan di cela adalah perkara biasa,lagi pun ini hanya hiburan rancangan tv semata-mata bukalah minda sikit...!!
Memang betul tapi bagaimana sekiranya ribuan kanak-kanak melihat tingkah laku anda??mereka belajar dan meniru.
Bagaimana kalau berlaku seperti ini....
Keadan ketika di rumah..."mak!! "ini makanan ke sampah,pelik betul rasa."
kalau setiap chef berfikiran kreatif dalam masakan mereka juga berfikiran kreatif untuk memajukan mental dan suasana positif.
Contoh 'setelah di rasa oleh juri "kalau saya jadi kamu 'memang ada rasa sesuatu yang kurang,rasanya kalau tambah sedikit hirisan daun bawang,jintan manis,sedikit perahan lemon in shaa Allah akan lebih enak.
Orang yang setiap hari bergelumang dengan sampah ternyata mampu mengeluarkan kata-kata suci seperti mutiara.bagaimana dengan kita setiap hari merasa jijik dengan sampah???mampukah kita??
kalau kita tidak mampu mengeluarkan kata-kata yang suci, mungkin sudah tiba masanya untuk kita diam sejenak dan menangis.mungkin airmata mampu membersihkan hati....
great entry
ReplyDeletepedih telinga, sakit mata dan hati kalau ada yg suka menghina apatah lg mengsampahkan makanan...walau dlm 'lakonan' sekalipon ia tetap menggambarkan sesuatu yg tak cerdik..., tak semua penonton cerdik menilai, malah ramai yg menghadam saja semua apa yg ditonton..
ReplyDeletetu le .. setiap perbuatan perlulah beradab.. baru le sejahtera kehidupan hehe
ReplyDeleteRumah kakak tak ada astro so memang tak pernah menonton rancangan itu Nor. Mesti terasa hati mereka yg terkena... kesiannya..
ReplyDeletebetul tuh..bhs pun kena jg jgk..
ReplyDeletemmmm....sampai cm 2 ek
ReplyDeleteElok dipanjangkan entri ni ke pihak Astro/masterchef Malaysia...
ReplyDeleteKalau dah diuji kelak, tong sampah itu lah yg akan di kais dibuka mencari sesuap rezeki..
Saya pon peminat program masakan, walaupun saya tak pandai masak hihi
ReplyDeleteDan saya suke dgn segala idea dan komen juri2 dr Masterchef Malaysia, sgt beradab
:)
kerana mulut badan binasa...
ReplyDeletemakan apa sahaja yg halal,baik,bersih dan berkhasiat.salah satu tegahan yg dianggap melanggar sunah Rasulullah adalah merunggut ataupun menyebut mengenai makanan yg tidak sedap.adab makan yang yg di ajar Rasulullah adalah diam ataupun tidak makan apa2 yg tidak di sukai dan tidak perlu bersunggut.Rasulullah meninggalkan makanan yg tidak di sukainya.
ReplyDeletebiasa la chef2 senior mesti nak tunjuk power...
ReplyDeleteayut suke gak tgk rancangan masakan..hihihi..ad btulnya..klu nk motivate ayat pon kena yg btul..klu men ckp je bkn motivate dh makin down rasa ye :)
ReplyDeleteOkje pun suka jugak tengok Masterchef tu Knor.. suka tengok dia plating makanan tu nampak cantik dan ada kalanya kelakar
ReplyDeletedan sesungguh sya mmg x gemar menonton rancangan masterchef tu... ;)
ReplyDeleteSalam...semuanya terpulang kepada tahap keagamaan diorang..
ReplyDeletehaah... teringat balik masa duk asrama bila baca hadis tu.. ada kisah Rasulullah senyum je bila makan buah limau yang diberi seorang wanita kafir, Rasullullah tak bagi pada sahabat sebab limau tu masam sangat, takut sahabat tak suka dan mengecilkan hati wanita tadi... Rasulullah makan sorang2 sambil senyum umpama buah tadi manis sgt...
ReplyDelete