Assalamualaikum.
Masa cuti tempoh hari,saya balik kampung abang, di Felda Sungkai,Besaut 2
Abang nak sambut menantu,biasalah kenduri di kampung tiga hari tiga malam,asyik masak ajelah kerjanya,nak jamu jiran.Ini adalah salah satu resepi orang Felda,namanya kuih koci labu.Labu ni pun orang bagi percuma aje.orang berbangsa cina tau yang bagi.Maklumlah orang berkebun.Orang bagi,abang saya ambil.Takkan nak masak lemak labu ajekan,muntah pula nanti.Kretif juga orang felda ..
Labu yang telah di buang kulit dan di rebus
Di sejukkan sebentar dan di toskan.
Bahan:Daun pisang,yang siap di layur,entah bila di layur pun saya tak tahu..tahu-tahu dah siap.Tepung pulut,garam dan labu,sedikit minyak,di oles-oleskan ketika proses membungkus,supaya tak melekat pada daun pisang.
Caranya;masuk kesemua bahan dan adun,masa ni pun saya tak tengok,baru nak layan mata,dah semakin kuyu rasanya. Kerja saya cuma kupas labu aje.
Sementara tu,bolehlah buat inti.Ini pun orang felda juga yang mengacaunya.
Bahan-bahannya:kelapa putih,gula merah atau gula kabung,gula putih dan daun pandan.
Sebenarnya,semasa orang felda membancuh tepung,menguli dan seterusnya membungkus,saya ketiduran di ruang tamu..capek bangat.sadar-sadar udah siap,ini aja yang sempat di capture.Semua pic ni di capture oleh Iman Soffea.Bijakkan dia....!!
Inilah hasilnya selepas di kukus.Masih panas.
Kecil-kecil aje,senang makan.
Inilah rupanya,ada aroma labu gitu..lembut dan tak liat sangat.
Sama aje buat koci pulut biasa,yang ini bezanya ada labu.Pic ni agak samar sikit,
Wassalam.






