Assalamualaikum
Nak kongsi mengenai Api.Maklum asyik masak aje..so ada kena mengena dengan api.Jangan main-main dengan api.Semalam tengah lena tidur,tiba-tiba terdengar bunyi siren bomba,terasa bau hangit rumah,buka lampu sana sini takut-takut rumah saya yang terbakar,jenguk ke tingkap,sah ada kebakaran.cepat-cepat tutup tingkap,risau sangat.Masuk asap sikit aje dah panik,mana taknya ada empat orang penghidap asthma.Masa kejadian adibah sibuk menelaah,dia juga sudah terhidu asap.Alhamdulillah semua ok.
Jom kita selongkar kisah asal api
Setelah Nabi Adam di hantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka
Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka
untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun
diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api
neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma…
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya
akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat
kepanasanya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
Zabaniah:kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau
letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari
langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap
Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun
memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar zarah sahaja dari api
neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka
sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan
mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70
buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan
diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah
diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril
mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
Dengan api,terhidang lengkap.
pulut kuning dengan rendang ayam.
pulut kuning dengan rendang ayam.
Cuba bayangkan api neraka.Ada mengatakan api dunia hanya sekecil biji sawi.
Wassalam.