Assalamualikum.
Bagaimana mahu beramal sekiranya tanpa ilmu,kebahagiaan dunia dan akhirat perlu di capai dengan ilmu.Adakah kita puas hati dengan kehidupan sekarang ini mengikut membuta tuli?
Apa yang pasti,ilmu agama yang di gali bersumberkan al-Quran dan hadis.
Oklah kita lupakan sebentar mengenai yang di atas.
Saya nak menjawab soalan dari pada rakan blog saya,seorang guru,saya suka baca blog dia,kerana kematangan dia dalam penulisan.
mat som
Sampai sekarang saya tertanya-tanya nama Cinnamon ni, boleh tulis entri asal-usul nama itu?
Sebelum itu saya nak cerita sedikit tentang mencari nama blog.Saya ada empat orang anak,mereka ini memang suka di puji dan dapat ganjaran dari saya.Saya beritahu dengan anak-anak,cari nama blog, setiap seorang lima nama blog.Anak-anak memang suka sangatlah.Macam-macam nama blog anak-anak bagi,saya tak ingat,kertas itu juga dah hilang.Banyak tau, empat kalikan dengan lima.Lepas itu saya pilih yang terbaik dan menepati citarasa saya.Saya pilih lima.Daripada lima jadilah satu.dan akhirnya satu pun saya tak pilih.
Kesian anak-anak.Tahu kenapa saya tak pilih satu pun?,saya beritahu pada mereka:"Kenapa saya patut pilih nama blog kamu,masing-masing kena berhujah.Bila hujah mereka merepek,Faham-faham ajelahkan.Saya cuma bagi nama blog yang terbaik sahaja.
Ending semua merajuk.
Saya tertarik dengan pohon kayu manis dan namakan blog saya Cinnamon.Majoritinya semua anak-anak suka dengan nama tu,termasuklah suami.
Sesuai sangatlah dengan namanya.Saya boleh buat entri mengenai masakan,agama,keluarga,dan sebagainya.Nak letak kayu manis pun boleh juga.Tapi saya orang putihkan,dan jadilah cinnamon.com.
Yang lebih manis lagi,boleh dapat pengajaran daripada kisah Nabi Adam as.
Tangisan pertama di muka bumi adalah di lakukan oleh Nabi Adam as.Kerana rasa sedihnya ketika di keluarkan dari syurga dan mendapat kemurkaan Allah SWT.
Diriwayatkan bahawa Nabi Adam as.menangis selama tiga ratus tahun di bumi,dan tidak pernah mengangkat kepalanya kelangit kerana malu kepada Allah SWT.Nabi Adam bersujud di atas gunung Himalaya di India selama seratus tahun,maka dia menangis lagi hingga airmatanya mengalir ke lembah Sarandip.Maka Allah menumbuhkan pohon-pohon kayu manis dan pohon-pohon cengkih di lembah itu dengan bersumberkan airmata Nabi Adam.
Tumbuh-tumbuhan,burung-burung juga menikmati airmata Nabi Adam.Burung-burung berkata; 'Kami belum pernah meminum air yang lebih lazat daripada air ini.'
Nabi Adam mengira burung-burung itu mengejek dan mempersendakanya,kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.Maka Allah SWT memberi wahyu kepadanya: "Hai Adam,sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat lagi lebih hebat daripada airmata orang yang taubat dari derhakanya."
Dari situ sebaik taubat Nabi Adam di terima,maka berteriaklah Iblis terkutuk sekuat-kuatnya dengan kata-kata "celaka",sehingga berkumpullah seluruh bala tenteranya dari berbagai penjuru,baik dari darat,udara mahupun laut,dan bertanya,"Mengapa tuan kami?"Iblis menjelaskan kepada bala tenteranya mengenai di terimanya taubat Nabi Adam,sambil bersumpah untuk menjerumuskan Nabi Adam serta anak keturunannya.
Rasulullah SAW bersabda;"Iblis berkata Ya Tuhanku,demi keperkasaan Engkau aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama jiwa mereka masih berada di dalam jasad.'Maka Allah berfirman,'Demi keperkasaanKu dan demi kemuliaan Ku,hai laknatullah,Akupun selalu mengampuni mereka selama mereka meminta ampun."
Manalah tahu dengan entri-entri islamik saya,boleh menginsafkan sesiapa sahaja.Saya bukan sesiapa,tapi hamba Allah yang hendakkan keredhaanNya.
p/s If the blind lead the blind,both will fall into the ditch.
Wassalam.